* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

February 2, 2016

Ee Ji Ban Restaurant - Halal Chicken Rice Balls

Dah berjalan panas-panas dekat Zoo,teruskan misi food hunting dekat Melaka ni.
Disebabkan pengaruh tv, beriya lah mencari Chicken Rice Balls yang halal ni.
tak susah pun, guna waze je.




Dalam internet cakap tempat ni selalu penuh, so dalam minda ni dah set mungkin kena tunggu lama sikit nak makan.
Tapi rezeki hari tu, tempat agak penuh so datang tak payah beratur terus dapat meja.
Faqih masih lagi tidur dalam stroller sampai lah masuk kereta balik lepas makan.



.

Dapat meja, tengok gambar-gambar dekat dinding ni, ramai artis pernah sampai.
yelah, mana nak cari nasi ayam cina yang halal kan?
memang top la tempat ni.

Masa nak order keliru sikit sebab harga dia asing-asing.
Ayam lain harga nasi pun lain harga.
Nasi pulak ada dua jenis.
Nasi ayam biasa or yang dalam bentuk bebola.

So orang tu cadangkan ambik 10 balls dulu untuk kitorang berdua dan dua portion ayam.
Dekat sini diorang tak bagi sup okay.
kena order sup lain harga dalam Rm 8.00 macam tu semangkuk.
Ada beberapa jenis sup jugak.
Haruslah tak order sup hahaha.




Memang nasi dia best.
rasa macam nasi impit tapi ada flavour nasi ayam.
Ayam stim untuk aku dan roasted untuk husband.

Dia ada bagi cili dalam mug besi kat atas dan kicap.

So ikut suka korang nak tuang banyak mana.




bukan main laju lagi makan, kejap je bola nya habis.
Order lagi sepuluh balls.
Ahaaa makan lagi.
eh tak cukup, tambah lagi 5 balls.
HAHA.
Orang tu ingat kitorang ni naga ke ape makan tak benti.

So total 25 balls nasi ayam kami order.
Dan bungkus 10 balls untuk Faqih sebab dia suka nasi ayam.





So total bil as per gambar.
Bagi aku okay lah spend RM 30 untuk nasi ayam chinese yang Halal.
Lepas ni nak try buat sendiri.
Ecewah.


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...