* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

October 21, 2016

ABC Song

To me, ini video paling bagus nak bagi Saiful Faqih tengok dan belajar.
Easy dan catchy.

Sumber : Youtube




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 30, 2016

April yang sungguh busy!


Masih berkisar  tentang aktiviti bulan April HAHA

Awal bulan before birthday Ery, Aboi balik from Australia untuk attend wedding Haban.
Aboi is my abang susuan, Haban is his elder brother.

Sekembalinya dari Sabah, kitorang yang tak pergi ni gather makan bubur Sentosa No 1 kat Permas Jaya.
Sini lebih comfortable sebab dalam building. Tak lah seriau duduk tepi jalan.
Niat nak order sotong tepung dari kedai dekat situ, tapi cuti pulok.

   


Lepas makan-gelak-bagi souvenir-gelak-makan, semua pun berpisah.



A week after birthday ery, kitorang celebrate Baba's birthday dekat Selera Senibong Seafood.
A small celebration from us sebagai wakil keluarga.

Kek pun beli 1 slice je sebab tak de yang nak makan kek sangat.
Baik makan seafood haha


Kali ni dapat meja kat luar, tepi sekali pulak tu.
memang best la.

Staff sini pun sporting.




Ni bila Faqih dah pegang handphone.



Dia paksa kitorang pose untuk dia.
Hasil gambar boleh diterima jugak.


Betul orang cakap, anak tak akan ikut nasihat kita tapi dia akan ikut perbuatan kita.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 28, 2016

Duit Siapa?



Yeah so last week viral video boyfren celebrate birthday gelfren bermewah-mewahan.

Siap cakap "Dulu kita makan meggi sama-sama, sekarang kita makan spaghetti sama-sama" ha macam tu lah lebih kurang.
I watched that video a day late. Bila dah ramai sangat post baru lah nak tengok.

Ok fine.
Aku tengok mamat ni banyak duit and dia happykan gf dia yang dia da bercinta selama 4 tahun.
Whats the big deal kan?
lain lah baru kenal seminggu nak celebrate macam tu boleh lah korang carot.
Tapi lantaklah dia nak celebrate macam mana pun.

Aku tengok theres one lady bash this guy bla bla bla...
Pastu ramai lah isteri-isteri lain yang reacted macam tu.
Lagi bagus laki jaga anak dari buat surprise.

OH MY!

Kenapa nak bandingkan budak umur 22 tahun dengan korang yang da ada anak pinak?

Yang cemburu sangat entah kenapa. Dah dia nak share kebahagiaan dia, biarkan lah dia.
Korang bukan tak pernah bercinta.
Ni bahagian masing-masing.

Itu duit lelaki tu, masa lelaki tu, perasaan lelaki tu.
Dia kaya nak buat macam tu, so korang yang kawen dengan orang tak kaya nak bash budak tu dah kenapa.
Masa bercinta takkan lah tak boleh buat benda sweet-sweet kan?
DUIT KO KE?


Yang lagi best yang bash awek-awek yang tag bf dia.
Alahai korang ni.
Biarlah diorang nak jugak rasa macam tu.
MACAM KORANG TAK PERNAH BERCINTA KAN?
Yang lelaki kena tag pun jangan lah nak down sangat. Orang perempuan memang suka benda sweet. Kalau korang tak boleh nak buat surprise macam tu, belikan je lah rose sekuntum br 15 inggit.
Kalau tak de bajet beli bunga ros tak ada hiasan sekuntum tu baru RM 3. Then gigit bunganya melintang gi bagi kat awek korang.
Kami perempuan ni rasional. 

Katalah percintaan diorang tak ke jinjang pelamin, itu adalah kenangan untuk mereka.
Jadi jangan sibuk nak cakap desperate lah dayus semua.
Dalam video tu molek je this girl bertudung semua takdela tergedik-gedik pegang tangan segala.
Cuma memang ada dia pegang tangan lelaki tu masa nak keluar dari LIMO tu.
Duduk pun tak rapat-rapat.
What happened behind the scene memang kita tak tau tapi kita doakan je lah diorang ni berkekalan.
Kalau tak ada jodoh itu ketentuan Ilahi.

Lepas kahwin memang lain dik, mungkin Hafiz tu tak jadi sesweet itu lagi tapi dugaan kahwin ni macam-macam, Banyak masam manis. So sekarang sementara tengah bercinta ni, cinta lah elok-elok.

This is how rich people spend their money. Kita yang tak berapa rich ni boleh tengok je tapi jangan ada hasad dengki.

So sekarang korang nak bash sape pulak? Ke nak duduk diam-diam muhasabah diri?


Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 23, 2016

Legoland

Ni pergi masa bulan April haritu.
So pagi-pagi dah gerak ke Nusajaya untuk ke Legoland ni.
Harga tiket boleh tengok kat bawah okay.
Tapi since kitorang beli Annual Pass sebab ada promo untuk Johorean, so tak de la beli tiket segala.
Cuma pergi redeem annual pass je.




Gambar sebelum masuk.
The night before bukak youtube bagi Faqih tengok Legoland punya rides semua.
Jadi dia excited untuk pergi Legoland paginya.
Itu tips untuk ibu bapa sekalian bila nak bawak anak ke tempat yang baru ye.

Pagi-pagi kejut cakap "Faqih, jom bangun nak pergi Legoland" ha terus terbukak mata dia.

Ride pertama kita pergi is Boating School.
Sebelum kahwin pernah pergi sini dengan member tapi ride ni penuh ke tutup ke tak pasti.
Maka kami pun naik lah bot ni berdua sebab dia tak boleh dua adults dalam satu bot.
Kat sini bot tu kita bawak sendiri, which is Faqih la handle, habis dilanggar tembok-tembok.




Haruslah snap gambar kat sini kan


Kemudian naik airport ape tah dengan main bomba tapi tak snap sebab handphone simpan molek-molek dalam poket haha

Then naik Observation tower kalau tak silap nama dia.
Macam Menara Taming Sari kat Melaka tu.
Nampak lah satu Kota Iskandar dari situ.


Budak tak gayat boleh diri kat situ rilek je.


Then masuk Ninjago show, memang menarik seh.
Excited pulak tengok sebab selalu trick orang pakai baju hitam gerak-gerakkan patung tengok dalam tv je ni real depan mata.




Ni dekat 4D movie punya tempat.
Ada walk of fame gitu.



Then main bricks dekat zone Imagination.
untuk budak lelaki memang ni sangat seronok okay.
Even adults pun lepak tempat ni untuk main race kereta lah, gravity test lah.
Tapi sebab apaknya tidak berminat nak main lego pada hari tersebut, so kitorang pergi kids corner yang pakai Duplo.
Which is bigger and easier to handle.
Layan Faqih main lego kat sini tapi rasa macam mummy ayah yang over haha.



Then kita pun keluar. Pakai annual pass boleh masuk 365 hari setahun.
So untuk hari tersebut kitorang main half way je.
Later pergi lagi separuh yang tak sampai.


Ok cubaan ambik gambar loncat.
Cuba tengok Faqih kat belakang tu tengok ayah dia.



So dia pun nak loncat jugak.




Okay handphone mummy tak cukup canggih.
Nanti kita beli digital camera okay anak.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

February 26, 2016

Coconut Shake Klebang, Melaka

Okay ni post agak sendu sebab gambar dua keping je!
Malas nak snap sebab panas.
Selalu singgah sini kalau datang Melaka, tapi kali ni first time dine in.
Selama ni tapau je.

Mula-mula nak gi beli kuih keria tapi sebab baru jugak makan, maka cancel. 
Terus ke Klebang.


Kat sini ambik kuih and makanan self service.
Masa nak bayar, cakap kat dia nak berapa coconut shake.
Nanti lepas bayar, letak resit atas meja korang dan akan ada waiter yang hantar air tu ikut resit.

Tolong tunggu sebab kedai ramai gila orang.
Ada meja sebelah ni bising memekak cakap servis lambat lah siap marah-marah lagi.
Oh mai, kedai penuh oi. Orang yang bawak shake tu ke hulu ke hilir.
Fikir lah sikit.
Kalau dia duk goyang kaki main handphone ko nak jerit segala, baru lah betul.




Siap semua tu, balik lah ke Pasir Gudang nan tercinta. Tu Faqih pakai baju baru beli few days before. 



♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 25, 2016

Jonker 88, Melaka

Jonker 88, dessert house yang tak sempat nak pergi trip sebelum ni.
Maklumlah semua pun rush kan.
So kali ni, lepas naik beca tu, kami pun berdondang sayang ke Jonker Walk ni.
Waze je akan jumpa tempat ni ya.
Special kat sini ialah Baba Laksa dia dan ada macam-macam jenis laksa.
Saiz pun ada yang double untuk big eater kan.
Dapat meja, terus beratur. Kat sini self service ya kawan-kawan.
Jangan sampai kedai terus excited nak makan tanpa memikirkan mana nak duduk.




Cendol order tempat lain, laksa tempat lain tapi dia berdepan je.

Tak lama menunggu sebab diorang buat kerja laju. Dinasihatkan masa beratur dah fikir siap-siap nak makan or minum apa.



Order cendol durian dengan abc kalau tak silap tapi dua-dua nampak sama je kan.
Haha
Yang durian sumpah sedap. Mungkin sebab crave sangat masa tu, maka semua pun sedap.



Baba Laksa dia like OMG sangat lah sedap, Dengan tauhu pok dia tu. Aduhai aduhai.
Terbayang lagi sampai sekarang.

Ini kedai orang bukan Islam ye kawan-kawan.
Sebelum datang sini dah baca segala reviews and tengok kedai dia dulu sebelum beli.

So lepas minum and makan, kami pun berangkat ke destinasi terakhir sebelum balik ke Pasir Gudang, Klebang Coconut Shake.




♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 11, 2016

Qasreena Cafe

 Disebabkan lapar yang agak dahsyat, kami pergi cari makan yang dekat dengan hotel Bayou je.
Malas nak bandar Melaka.
Lagipun dua hari nanti stay dekat bandar.

Maka travel guide on the go cadangkan Qasreena Cafe.

Kata dia "Tempat tu sempoi tapi makanan dia semua sedap".
Guna waze, kejap je sampai kedai dah tak sampai 5 minit.

Mula-mula macam berbelah bagi jugak nak masuk kedai dia. Tapi decide untuk park dan terjah je.

Kat luar ada table jugak ada shisha lagi tapi we opt untuk indoor seating.
Nampak la beberapa customer makan western food.

Dalam hati cakap ni okay ni tempat ni.


Masuk dalam tengok interior dia, wah menarik.
So duduk dan ambik menu.
Nampak tak plak hijau JJCM tu?
Terus teringat ni lah tempat mee racun kat Melaka tu.



Tengok dalam menu, memang confirm ni tempatnya.
Kemudian waiter salah hantar makanan, rupanya mee racun.
Yes memang seperti dalam gambar dan memang jauh berbeza dengan yang dekat BP.
So tak delah nak try benda tu.
Petang tu swim segala, perut memang mintak nasi je.




 Restaurant ni family-friendly. Dalam tu mostly family yang datang.
Tempat pun santai je.
Ada aircond lagi dalam ni.
Harga pun not bad.



Nama makanan kat sini memang unik. Apa nama dua-dua makanan ni tah.
Nasi goreng cendawan dengan nasi goreng ayam nama asal.

kot



Masa nak order air special dia, mata melilau tengok orang punya meja.
HAHA.

last-last order mango ape tah ni.
Best, whipped cream dia banyak cuma first sedut, tersedut kordial semata-mata.
Tersedak terus haha

Komen untuk Qasreena Cafe, nasi sedap, servis laju, harga murah, air sedap, tempat sejuk.
Recommended.

Balik tu pergi singgah Jiki tapau Char Kuey Tiow.
Last trip ke Melaka tempat ni tak bukak lagi.
Perut kenyang gila, tapau untuk makan malam tu kononnya.
Last-last esok paginya baru makan.
Memang sedap patut pun masuk Best In The World.





♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 4, 2016

Hotel Angsana, Melaka

Lepas lunch dekat Ee Ji Ban tu, pergi lah ke Mahkota Parade untuk jalan-jalan.
Then pergi cari tempat massage dalam tu sebab kaki sakit gila berjalan dalam Zoo.

Dah lewat petang baru check in kat hotel.




Angsana Hotel ni dekat Ujong Pasir.
Dia betul-betul tepi bandar memang convenient.
Bilik ni pulak beli dengan Groupon. Kalau tak silap RM 69 je satu malam.
Hotel siap lif, tak payah panjat tangga.
Memang berbaloi-baloi.
Sebelah hotel ada pemborong jajan nama Nam Huat.
Ha kalau check out kena tutup mata anak pastikan tak nampak kedai ni haha







Ni dekat lobby.
Dekat sini dia bagi wifi free kot dan ada jugak laptop kalau nak bukak internet.
Nampak tak bakul putih belakang Faqih tu? tu sebakul gula-gula okay.
Cubaan nak ambik gula-gula tak berjaya.



Gambar dalam bilik tak ambik tapi memang best.
Ada katil, tv lcd, welcome drink, shower dia pun ada heater.
Basic room yang menggembirakan.
Staff pun baik je.

Ini view dari dalam bilik.
Belakang tu Portuguese Settlement. 
Yang building putih tu hotel jugak.





Ni view dari lif nak turun ke lobi.

Malam tu food hunting dekat Kota Laksamana dan pagi tu pukul 9 dah check out sebab sambung food hunting.


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...