* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

June 30, 2016

April yang sungguh busy!


Masih berkisar  tentang aktiviti bulan April HAHA

Awal bulan before birthday Ery, Aboi balik from Australia untuk attend wedding Haban.
Aboi is my abang susuan, Haban is his elder brother.

Sekembalinya dari Sabah, kitorang yang tak pergi ni gather makan bubur Sentosa No 1 kat Permas Jaya.
Sini lebih comfortable sebab dalam building. Tak lah seriau duduk tepi jalan.
Niat nak order sotong tepung dari kedai dekat situ, tapi cuti pulok.

   


Lepas makan-gelak-bagi souvenir-gelak-makan, semua pun berpisah.



A week after birthday ery, kitorang celebrate Baba's birthday dekat Selera Senibong Seafood.
A small celebration from us sebagai wakil keluarga.

Kek pun beli 1 slice je sebab tak de yang nak makan kek sangat.
Baik makan seafood haha


Kali ni dapat meja kat luar, tepi sekali pulak tu.
memang best la.

Staff sini pun sporting.




Ni bila Faqih dah pegang handphone.



Dia paksa kitorang pose untuk dia.
Hasil gambar boleh diterima jugak.


Betul orang cakap, anak tak akan ikut nasihat kita tapi dia akan ikut perbuatan kita.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 29, 2016

WW - School





♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 28, 2016

Duit Siapa?



Yeah so last week viral video boyfren celebrate birthday gelfren bermewah-mewahan.

Siap cakap "Dulu kita makan meggi sama-sama, sekarang kita makan spaghetti sama-sama" ha macam tu lah lebih kurang.
I watched that video a day late. Bila dah ramai sangat post baru lah nak tengok.

Ok fine.
Aku tengok mamat ni banyak duit and dia happykan gf dia yang dia da bercinta selama 4 tahun.
Whats the big deal kan?
lain lah baru kenal seminggu nak celebrate macam tu boleh lah korang carot.
Tapi lantaklah dia nak celebrate macam mana pun.

Aku tengok theres one lady bash this guy bla bla bla...
Pastu ramai lah isteri-isteri lain yang reacted macam tu.
Lagi bagus laki jaga anak dari buat surprise.

OH MY!

Kenapa nak bandingkan budak umur 22 tahun dengan korang yang da ada anak pinak?

Yang cemburu sangat entah kenapa. Dah dia nak share kebahagiaan dia, biarkan lah dia.
Korang bukan tak pernah bercinta.
Ni bahagian masing-masing.

Itu duit lelaki tu, masa lelaki tu, perasaan lelaki tu.
Dia kaya nak buat macam tu, so korang yang kawen dengan orang tak kaya nak bash budak tu dah kenapa.
Masa bercinta takkan lah tak boleh buat benda sweet-sweet kan?
DUIT KO KE?


Yang lagi best yang bash awek-awek yang tag bf dia.
Alahai korang ni.
Biarlah diorang nak jugak rasa macam tu.
MACAM KORANG TAK PERNAH BERCINTA KAN?
Yang lelaki kena tag pun jangan lah nak down sangat. Orang perempuan memang suka benda sweet. Kalau korang tak boleh nak buat surprise macam tu, belikan je lah rose sekuntum br 15 inggit.
Kalau tak de bajet beli bunga ros tak ada hiasan sekuntum tu baru RM 3. Then gigit bunganya melintang gi bagi kat awek korang.
Kami perempuan ni rasional. 

Katalah percintaan diorang tak ke jinjang pelamin, itu adalah kenangan untuk mereka.
Jadi jangan sibuk nak cakap desperate lah dayus semua.
Dalam video tu molek je this girl bertudung semua takdela tergedik-gedik pegang tangan segala.
Cuma memang ada dia pegang tangan lelaki tu masa nak keluar dari LIMO tu.
Duduk pun tak rapat-rapat.
What happened behind the scene memang kita tak tau tapi kita doakan je lah diorang ni berkekalan.
Kalau tak ada jodoh itu ketentuan Ilahi.

Lepas kahwin memang lain dik, mungkin Hafiz tu tak jadi sesweet itu lagi tapi dugaan kahwin ni macam-macam, Banyak masam manis. So sekarang sementara tengah bercinta ni, cinta lah elok-elok.

This is how rich people spend their money. Kita yang tak berapa rich ni boleh tengok je tapi jangan ada hasad dengki.

So sekarang korang nak bash sape pulak? Ke nak duduk diam-diam muhasabah diri?


Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 27, 2016

Main Mekap Mekap

Lepas kenduri rumah Mimie petang tu buat bonding session dengan sisters.
Ada dua sisters yang tak dapat join.

Ramai yang tahu we the sisters memang keluar rumah naked face. Without powder pun haha.
Tapi kadang-kadang nak jugak cantik kan.

Kita pergi kelas Mary Kay yeay.
Dah pernah buat appointment dengan akak ni tapi tak jadi.
So kali ni jadi akhirnya.

Masing-masing pun diajar macam mana nak cuci muka dengan cara yang betul dan yeay make up time!

Semua kena ambik gambar naked face.





Then colek sana colek sini, maka siaplah muka kami ni haha
Akak ni best sebab dia ajar kitorang macam mana nak mekap mata yang eyelid halus macam kami adik beradik.
Dan semuanya pakai glasses. Mekap macam biasa mana nampak kan.




Jadinya sebelum balik kita wefie ramai-ramai.
Laki dah call tanya bila nak balik haha


Masing-masing muka... mekap gitu..




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 24, 2016

Selamat Pengantin Baru Mimie & Aziz

Ni wedding dah berbulan-bulan dah pergi haha

Attending our schoolmates wedding reception.
Walaupun aku sekolah Convent, Mimie ni classmates both husband and wife.
Masa kat Convent kami sekelas, masa kat Teknik dia dengan Ery sekelas.

So pagi tu gerak dari JB terus ke rumah pengantin.

Before & After sangat haha




Mekap dalam kereta je. Set tudung pun dalam kereta masa dah nak sampai kenduri.

Kitorang janji dengan parents yang kita jumpa dekat kenduri je terus.
Memang childhood friend so parents masing-masing pun kenal.


Ha sedap acar kulit limau tu agaknya nama dia.


Before balik haruslah snap gambar dengan kawan Convent jugak kan.
Mimie dapat laki orang Sarawak.
Kelaka Sawak lah kitak ya.




Mummy Daddy jumpa perantin.
Then photoshoot session.






Selamat Perantin Baru Mimie & Aziz!



♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 23, 2016

Legoland

Ni pergi masa bulan April haritu.
So pagi-pagi dah gerak ke Nusajaya untuk ke Legoland ni.
Harga tiket boleh tengok kat bawah okay.
Tapi since kitorang beli Annual Pass sebab ada promo untuk Johorean, so tak de la beli tiket segala.
Cuma pergi redeem annual pass je.




Gambar sebelum masuk.
The night before bukak youtube bagi Faqih tengok Legoland punya rides semua.
Jadi dia excited untuk pergi Legoland paginya.
Itu tips untuk ibu bapa sekalian bila nak bawak anak ke tempat yang baru ye.

Pagi-pagi kejut cakap "Faqih, jom bangun nak pergi Legoland" ha terus terbukak mata dia.

Ride pertama kita pergi is Boating School.
Sebelum kahwin pernah pergi sini dengan member tapi ride ni penuh ke tutup ke tak pasti.
Maka kami pun naik lah bot ni berdua sebab dia tak boleh dua adults dalam satu bot.
Kat sini bot tu kita bawak sendiri, which is Faqih la handle, habis dilanggar tembok-tembok.




Haruslah snap gambar kat sini kan


Kemudian naik airport ape tah dengan main bomba tapi tak snap sebab handphone simpan molek-molek dalam poket haha

Then naik Observation tower kalau tak silap nama dia.
Macam Menara Taming Sari kat Melaka tu.
Nampak lah satu Kota Iskandar dari situ.


Budak tak gayat boleh diri kat situ rilek je.


Then masuk Ninjago show, memang menarik seh.
Excited pulak tengok sebab selalu trick orang pakai baju hitam gerak-gerakkan patung tengok dalam tv je ni real depan mata.




Ni dekat 4D movie punya tempat.
Ada walk of fame gitu.



Then main bricks dekat zone Imagination.
untuk budak lelaki memang ni sangat seronok okay.
Even adults pun lepak tempat ni untuk main race kereta lah, gravity test lah.
Tapi sebab apaknya tidak berminat nak main lego pada hari tersebut, so kitorang pergi kids corner yang pakai Duplo.
Which is bigger and easier to handle.
Layan Faqih main lego kat sini tapi rasa macam mummy ayah yang over haha.



Then kita pun keluar. Pakai annual pass boleh masuk 365 hari setahun.
So untuk hari tersebut kitorang main half way je.
Later pergi lagi separuh yang tak sampai.


Ok cubaan ambik gambar loncat.
Cuba tengok Faqih kat belakang tu tengok ayah dia.



So dia pun nak loncat jugak.




Okay handphone mummy tak cukup canggih.
Nanti kita beli digital camera okay anak.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 22, 2016

Selamat Berpuasa!

Ahaa....
Dah nak habis puasa dah baru reti nak update blog kan?

Kalau tengok macam dah lama jugak tak buat blogpost.

Maklumlah sekarang ni hectic jugak hidup.
Walaupunnnn ada banyak benda untuk dikongsi tapi masa mengekang nya haha.

Tambah-tambah bila handphone rosak.
Gambar pun tak boleh nak snap.

So memandangkan ni bulan puasa, kita share pasal buka puasa la ek.
Setakat ni memang lebih selalu masak dari membeli di bazar.
Pergi bazar pun tak tahu ape nak di beli.

Cuma last week Mummy Daddy ajak our grandparents and my in laws untuk buka puasa together-gether.

Sebelum tu pergi Kedai Emas Anuar yang glamer kat Kota Tinggi tu.
Alhamdulillah rezeki thank you Daddy.

Sehari sebelum dah book meja dekat Selera Senibong Seafood.
Jadinya bila sampai tak de la gelabah cari meja. Alhamdulillah book meja bawah bumbung sebab hari tu hujan masa nak berbuka.

Gambar makanan tak de sebab kelam kabut dan tak de hp nak ambik gambar haha.

Cuma mintak budak kedai ni tolong snap gambar ramai-ramai.
Memang sporting staff kat sini mungkin sebab kitorang selalu datang (sangatttt)






♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...