* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

January 29, 2016

Zoo Melaka

Keluar dari hotel terus ke Zoo Melaka.
Bayangkanlah matahari atas kepala kot masa tu.
Gigih pergi zoo.

Berikut ialah harga untuk masuk ke zoo.
Dan ada jugak masa persembahan, feeding and banyak info lain.




Kos kami bertiga ialah seperti tersebut.
Disebabkan Faqih bawah umur, so entrance fee tak kena bayar.



Sini ada buggy rental. Yang untuk budak punya bukan yang drive macam kat atas.
Tapi mengenangkan ada stroller, dah kenapa nak menyewa pulak kan.


Dah lama benar tak pergi sini.
Dulu pergi dengan husband masa bercinta.
Tu tahun 2009 kalau tak silap.





Pusing tawaf zoo ni ambik masa 2 jam jugak. Konon nak tengok show tapi tak larat dah kaki ni berjalan.
So we decided untuk keluar.
Lagipun Faqih dah tidur.
Maka kita pergi lunch je lah.



♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

January 28, 2016

Bayou Lagoon Park Resort

Sambung balik post Melaka.
Lepas pergi lunch, kami pun pergi lah check in.
Rezeki bukan cuti sekolah agaknya, dapat check in awal sejam.


Naik bilik laki bini tidur. haha penat travel jauh.
Bila nak turun baru lah Faqih tidur.
So akhirnya pukul 530 petang baru turun pergi waterpark.
Disebabkan oleh bilik tak nampak waterpark, so we were eager untuk explore.
But turned out waterpark dia biasa-biasa je.
To me lah. Sebab we checked in here sebab this so-called waterpark.
Jauh tu datang dari Johor dan rate bilik bukan murah. Nasib baik book thru Agoda.
Lagipun banyak yang rosak la maintenance lah kotor lah mungkin sebab baru habis school holidays kan.
9D theater dia pun tutup.





Ambik gambar dulu sebelum mandi.
Tapi mandi tak lama pun sebab Faqih takut air dan kejap je kitorang dah boring haha sebab attractions tak banyak.
Mungkin jugak sebab pergi bertiga tu yang kurang sikit hebohnya.
Situ memang ade banyak slides, seronok cuma I wasnt wearing seluar yang diperbuat dari material swimsuit, maka kebarangkalian untuk tersangkut di tengah slide adalah tinggi.
HAHA.
Main 1 slide je yang ada kat gambar atas tu.
Yang tu seronok.

Lepas tu naik pool yang dekat atas. Hanya swimming pool and good thing about this place, nak swim tak payah pakai swimsuit. Baru lah betul. Tak macam certain hotel yg memang tak bagi orang pakai shirt masuk pool.
satu hal pulak sebab nak masuk pool kena spend almost RM 200 untuk swimsuit muslimah.



Nama pun handphone aqua, takkan lah tak snap gambar dalam air kan.


Malam tu lepas dinner baru ambik gambar sign board ni. Haha.
Siang tu tak teringat nak snap.

Esoknya turun breakfast dekat coffe house.
Lalu snap gambar lantai lift.
The day before memang perasan Thursday tapi I lupa yang masa tu ialah Khamis.
Mati-mati ingat hari Sabtu.
So rupanya diorang tukar karpet tu setiap hari.


Sampai coffee house memang tak ada orang sangat.
Ada 2 meja je agaknya yang occupied.
Ambik meja dekat dengan buffet area supaya senang bangun duduk.
Gitu.
Yelah pergi buffet bukan ambik makanan penuh semeja pastu tak habis.
Ambik ikut keperluan.


1st round. Ambik yang light je.
Dalam salah satu omelette tu ada kulit telur yang banyak.
Mula-mula tergigit ingatkan sikit je. Gigit lagi, eh kulit lagi, gigit lagi kulit lagi so buang je terus.


Ha yang ni rare. Makan lontong dekat Melaka.
Seminggu sebelum tu memang cari lontong dekat JB tapi tak jumpa sebab dekat area office tak menarik perhatian sangat.
Sekali pergi sini dapat lontong memang bergembira lah.
Tak tahu lah ini memang diorang punya menu ataupun menu ni dibuat sebab ramai Johorean check in.
Tengok kat parking lot plat J saje. Situ J sini J.


Faqih yang dah kenyang makan 2 mangkuk koko krunch dan jugak sausage.
Dia sekarang dah suka makan. Alhamdulillah.
Masa dekat Melaka ni 3 hari straight dia tak minum susu langsung.
Mintak susu pun tidak.


Naik bilik konon nak turun pool tapi sebab ambik bilik ada jacuzzi, maka rendam dalam jacuzzi je lah.
Rugi kot bayar tak pakai.

Siap-siap mandi semua, turun bawah ambik gambar sebelum pergi lobby dekat blok sebelah.



Bye-bye Bayou Lagoon.

Lepas ni kalau datang ambik bilik standard without breakfast.
So boleh JJCM dekat area situ.


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

Ikea Shopping Spree!

Walaupun plan pergi KL ni agak last minute, tapi diri ini sempat menyiapkan list untuk bershopping dekat Ikea.
Almaklumlah Ikea tu beratus kilometer dari rumah haha.

So pagi the next day meredah (lah sangat) highway untuk ke Ikea Damansara,
Sampai sana Hubby breakfast dulu sebab dia tak sempat makan sebab bangun lambat! haha
Gambar dekat food court tak snap pun sebab Faqih menumpahkan semangkuk sup.
So handphone memang tak pegang dah.

                                       

Akhirnya enter Ikea pukul 11.00 pagi dan mula la menjelajah showroom dia.
ke sana ke mari dan perut pun lapar, maka stop makan dulu.
dan semestinya kena makan meatballs dia kan dan semestinya kena snap gambar kahkah


Alhamdulillah kenyang dan turun ke bawah untuk ambik barang-barang yang di listkan sebelum bertolak dan yang tertambah masa usha showroom haha

Sadly gambar-gambar barang tangkapan hilang. Mungkin terdelete masa format phone haritu lupa back up.

Yang tinggal gambar masa beratur je.
Ni pergi Ikea Damansara pun beratur hazab jugak menunggu.
Faqih tidur masa lepas makan tu so Husband duduk dokong dia.
Masa nak bayar baru dia join us.



Lalu terus pulang ke Ukay Perdana pukul 6 macam tu sebab semua dah flat especially my SIL yang pregnant tu kesian dia lama tunggu kami bershopping.
Bila duit dah habis shopping harus ambik gambar sedih.






♥ Share post ni dekat keluarga, rakan, sahabat handai tau ♥

Love,
ketawariang

January 27, 2016

January 25, 2016

Hospital Kuala Lumpur

Seminggu lepas Krismas pergi Kuala Lumpur nak visit uncle husband yang cancer.
Ambik cuti masa 1 Januari sebab Johor tak cuti, 31 Disember tengah malam sampai Putrajaya.

Tidur pukul 3 pagi kot sebab Faqih dah segar sebab tidur lama sangat dari JB sampai Putrajaya.
Last-last dia tidur pukul berapa pun tak tahu sebab mak bapak dah lepak tidur krohh krohh

Lepas solat Jumaat baru bergerak ke HKL.
Sebelum turun ambik gambar dulu tapi entah kenapa Faqih pose macam tu.




Sampai bawah suruh ambik gambar dengan "Motor shanye".
sebenarnya ialah motor besarnya.
Tapi due kepelatan dia, jadilah motor shanye.
Faqih ni diajar dengan guna words betul bukan bahasa pelat macam contoh mamam, babam dan macam-macam lagi.
cuma ada dua perkataan je kot dia sebut pelat.
Yang lain alhamdulillah sebut betul.


Selfie dengan Mummy lepas puas hati dapat ambik gambar dengan motor besar.





Ha Ikea ni yang kat Cheras. Lalu masa on the way hospita.
Dah pujuk-pujuk husband nak singgah tapi hampa sebab dia cakap "kan esok nak pergi yang damansara punya".
Maka berkuburlah harapan haha.
Walaupun orang cakap Cheras ni ramai gila orang, nak jugak try pergi sebab few barang dalam list to ikea tak de dekat damansara,




Ni lepas melawat Pak Anjang my husband yang tengah dapatkan treatment untuk cancer.
Moga beliau cepat sembuh.

Nasib lah ada ambik gambar ni, kalau tak tak de sekeping pun gambar kita bersama kat KL mi.
Haha dah masing-masing busy dengan anak.




Kota batu. Feeling-feeling nak letak dalam instagram gitu.
Last-last tak letak pun.

Balik dari HKL pergi Pandan rumah Pak Andak husband, alang-alang dah ke KL kan bukan setiap hari ke sana.

Ni sepupu sebaya, beza 4 bulan je Dhia dengan Faqih.
Memang geng je la bila berjumpa.



Nanti cerita pasal Ikea pulak.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

January 22, 2016

Balik Kampung Ooooo Balik Kampung

Lepas dua bulan tak balik Batu Pahat (yeah aku tau dekat, tapi laki bini cuti tak sama, macam mana nak balik? cili mulut tu kang), so cuti Krismas haritu balik lah ke kampung.

Semua adik beradik husband pun balik jugak sebab cuti panjang kan.
The more the merrier.

Ni masa pergi Parit Simen kot carik udang and ketam fresh.
Tapi stok ketam tak cukup, so kena tunggu nelayan balik.
Apa lagi dah tepi laut memang rugi lah tak ambik gambar kan.





Ni gambar sepupu sepapat sebelum diorang balik ke Kuala Lumpur.
Tapi dah ada additional dah sepupu Faqih.
Seorang cousin perempuan telah dilahirkan pada 18 Januari lepas.



Dah alang-alang berjumpa, memang kena lah ambik gambar kenangan.
Konon nak print poster tapi gambar yang ada semua guna camera depan,so quality tak cantik.
Fikir dulu mana nak print.



Before they departed pun snap snap lagi.
My eldest sister dah selamat beranak dah.



Bila semua dah balik, Faqih duduk kat dapur makan ais krim Malaysia sorang-sorang.
Geng semua dah tak ada.


Petang 27 Disember tu balik Pasir Gudang semula.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

January 21, 2016

Asam Pedas Hajah Rahmah

Sampai je Melaka, terus pergi Muzium 3d tapi gambar tak transfer lagi so kita skip dulu lah cerita kat sana haha

Masa bawak Faqih lepas habis hari dulu, kitorang lunch dekat sini.
Asam pedas and air tebu dia memang top la dekat sini.

Since masa check in ialah 3 petang, jadinya masa yang ada dimanfaatkan dengan makan lunch.
Sampai situ masa matahari atas kepala dalam pukul 12 kot.
Punya lah terik, tu yang gambar sign board pun ambik dari tepi je.

                                     


Lauk dia memang banyak dan bermacam jenis tapi awas sebab harga dia pun banyak haha
Masa lalu tengok lauk dah fikir nak ambik asam pedas, sotong goreng dengan sayur.
Jadinya berkobar-kobar nak ambik lauk lepas dapat meja, mujur mulut rajin nak bertanya.
Sotong nya ikut harga ekor dalam RM 6-10 kot.
dah lupa dah. terkejut dengan harga itu, maka kita eliminate sotong dari menu.
lagipun datang sini sebab asam pedas dia.
Memang power punya lah pada tekak aku.


Dan memang kena minum air tebu fresh dia.

View dalam kedai. Nampak tak Pilihan JJCM tergantung warna hijau kat situ?




Total bil dah tak ingat tapi harga tak mahal gila lah. 
Melainkan korang datang sini makan kari kepala ikan dia, RM 40 macam tu fuyoh

Snap gambar before balik. Masa tu ada satu group datang, diorang dah reserve meja and lauk pun dah siap-siapkan.
Nasib baik dah siap makan. Kalau tak mesti lagi crowded.


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang




January 20, 2016

January 15, 2016

Berapa hari kambing ni? 40 hari! Kenapa?

So, last week kisahnya pergi Melaka satu family (kecik).
Bilik-bilik dah siap book dari bulan November lepas lagi.
Pergi 4 hari 3 malam.
Punya lah dahsyat macam nak pergi jauh je.

Pagi tu pukul 645 pagi bergerak ke Melaka.
Haruslah soalan pertama ialah "nak breakfast mana".
So kami ni fikir punya fikir, dengan nak kena redah jem budak pergi sekolah lagi, so tiba-tiba teringat pasal kari kambing ni.
Check waze, dalam sejam lebih sikit sampai dari Pasir Gudang ni.
So ayuh kita.
Time ni cakap dengan husband tengok je Waze ni sebab tak bagi tau mana sebenarnya nak pergi.

So dah sampai dekat tempat ni  baru lah husband tahu ini rupanya agenda binik.

                                   

Masuk dalam, tengok apa menu dia.
Makanya husband bukan fan nasi arab apatah lagi kena makan pepagi hari, kitorang decide untuk order 4 keping roti canai dengan 1 portion kari kambing.

Dekat situ ade tulis "Roti canai tak boleh bungkus!"

Apa sebabnya? Entah tak tanya pulak.

                                                      

Ha dekat sini kena self service tau. Masa kami sampai ni pagi lagi so tak de la beratur pun.
Tapi masa makan tengok ramai start datang.


                                        

Dan budak yang tidur dari rumah dah pun bangun. Lalu nak keluar dari stroller itu.
Yeah kami masih ada stroller jangan pelik pulak.





Pakai sunglasses ayah untuk berposing.


Okay agenda makan dah pun siap.
Kari dia? memang terbaik.
Sedap.
Ni taip pun teringat kari dia. haha
tapi kari dia bukan macam kari. dia more to masak beryani.

Ada toilet dekat situ so ambik kesempatan untuk mandikan Faqih so bersiap dalam kereta lalu bergerak ke Melaka.


Tau tak kenapa dia nama 40 hari? 

Selambe tanya kat staff kat situ almaklumlah blogger kan semua benda nak kepoh.
Mula-mula dia macam keberatan nak cakap, then masa tu taukey dia lalu untuk angkat periuk nasi arab terus aku tanya dia, sebab keluar 40 hari ke? (rasanya ramai yang faham)

So tu lah rupanya nama 40 hari tu. dia cakap tak ada kena mengena dengan masakan pun.
Letak nama je. Nampak tak the power of nama?
Jadinya sesiapa yang baca post ni nak buat bisnes, pilih nama yang unik tapi jangan sampai tahap pelik.


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...