* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

October 23, 2013

alhamdulilah...bersiaran dengan status baru..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kini dapat beronline kembali...
lama dah tak mengupdate...

Alhamdulillah kini dengan status baru...
officially a mother from 11th October 2013..

cerita selanjutnya akan di share kemudian insyallah :)



September 11, 2013

Wordless Wednesday

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

September 10, 2013

Check-up kat Klinik Kerajaan?



alhamdulillah!

mula-mula tak nak test sebab sebelum tu negatif...
kali ni tunggu sebulan tak period tak kunjung tiba,beli lah jugak pregnancy test...

balik,pergi test and tengok positif!
masuk bilik kejut husband and tunjuk dia test kit tu,nasib baik dia tak masukkan dalam mulut macam dalam Adnan Sempit 3! hahaa

esoknya pergi klnik untuk scan, takut false alarm...
alhamdulillah memang ada sesuatu dalam womb ini...



checkup buat kat klinik area blok kitorang ni,sampai lah baby dah 5 bulan, berat turun...
sebelum-sebelum tu berat maintain je...

so doktor suruh pergi Klinik Kesihatan je...
berat hati jugak lah sebab kerja kan, memang susah nak keluar...
tapi sebab fikirkan baby,pergi la jugak...

sekarang ni, dah banyak bulan gak checkup kat kerajaan...
lama tunggu tu memang la,tapi detail sangat checkup dia...


 mesin nombor rosak, so takdelah lama sangat tunggu, jangan terpedaya dengan "Nombor Giliran terkini"..

so kalau aku datang 3 ptg,selalunya habis 5 ptg...
aku punya kes lama sikit la sebab kencing kotor...

ni flow untuk korang yang nak buat maternity check-up dekat klnik kesihatan
tapi mesti lah buat buku pink yang ibu mengandung tu... untuk buat buku, kena spend setengah hari sebab banyak benda dia nak check...

1. Make sure datang on time! jangan ingat kau datang awal dari appointment, kau dapat awal... no no no...
2. Tunggu nurse bagi buku pendua
3. Pergi buang air kecil dan celup dengan test strip (KK Pasir Gudang sediakan strip dalam toilet, so tunjuk strip je pada nurse, tak tahu lah kalau KK lain)
4. Kalau nurse kata ok, boleh la buang air tadi... kalau tak ok, kena simpan air tu...
5. pergi kaunter check hemoglobin (satu kaunter dengan kaunter air kecil tadi)
6. pergi letak buku dekat bilik nurse. Tunggu giliran anda
7. Nurse ambik berat dan blood pressure... kalau anda kena jumpa Doktor masa hari tu,anda boleh keluar dan ke bilik doktor...
8. Kalau appointment hanya jumpa nurse pada hari kejadian,nanti dia akan brief dan tanya anda macam-macam... info banyak dapat masa ni,,, tak tahu, tanya!
9. Letak buku depan bilik doktor. tunggu giliran
10. lepas check dengan doktor,letak buku lagi sekali untuk buat appointment akan datang.
11. siap, balik!

haaa banyak kan prosedur?

tapi untuk my case, dari nombor 2 skip ke nombor 5... then lepas nombor 7, pergi lab untuk hantar air kecil...
lepas tu baru jumpa doktor...

bagi aku,aku happy dengan apa yang aku dapat walaupun lama sikit menunggu...
tolong jangan ingat yang semua prosedur boleh siap dalam sejam... melainkan KK yang korang pergi tu memang tak ada orang...

okay,sekian dari aku... hahaa....selamat checkup... :)


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

September 9, 2013

35 weeks and counting....

Dah lama senyap je blog ni....
ni disebabkan oleh laptop yang rosak dan juga kesihatan puan punya blog ni tak mengizinkan...

now dah 3rd trimester...
minggu ke 35...
maksudnya x lama lagi je nak labour dah.... huhu nervous sangat...

last few weeks buat maternity photoshoot, but since gambar-gambar tak dapat lagi, screen grab je dari Facebook...
hahaha...
orang semua dekat Bukit Layang-Layang ambik gambar wedding, kitorang couple yang amik gambar maternity hahaha segan la jugak...





belakang ni ada pengantin tengah ambik gambar hahah

doakan semuanya selamat eh! :)

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

September 6, 2013

Quarters? yay or nay?

Nampaknye sekarang makin jarang update blog ni...
aduh tak menyempat je la hai sedangkan banyak bendaaaaa nak disharekan dalam ni..

so lepas kahwin, kami husband and wife duduk dekat kuarters yang disediakan oleh kilang En Suami...
 Sebabnya, dekat dengan tempat kerja dan rumah free dan dapat elaun lagi! hahah
kami ni duduk di rumah flat 5 tingkat... rumah kami dekat tingkat 3... ok lah...

Since aku tak pernah duduk kuarters, aku cuba la nak adapt dengan keadaan kuarters ni kan...
 tapi, hidup aku hanyalah pergi kerja balik kerja, bukan lah jenis yang lepak-lepak rumah orang dan sebagainya..kerja itu penat okay...

things went well selama beberapa bulan ni, tapi ada beberapa hal yang berlaku lately sampai aku rasa nak luahkan jugak dalam blog ni...

1st, aku memang tak bercampur dengan jiran-jiran tetangga... bukan la tarik muka,tapi penat sangat balik kerja, aku memang masuk rumah,masak untuk husband dan rest...

weekend? aku tak keluar rumah atau aku keluar dari pagi sampai ke malam...
tu je la masa untuk diri sendiri and husband...

so banyak la mulut-mulut cakap aku SOMBONG,etc... ala buat tak dengar je sebab diorang tu semua suri rumah....memang la takde kerja lain kan?

tapi, satu benda terjadi... eh dah kawan-kawan (antara suri-suri rumah) ni kan, bergaduh pulakkkk....
orang ni tak puas hati dengan dia ni, dia tak puas hati dengan dia ni... macam-macam hal la!

husband yang sebelum ni sibuk suruh aku "berjiran" keluar statement "Nasib lah B tak campur orang-orang ni" hahaha

okay cerita kedua, 
Satu pagi tu husband sms beritahu ada drama kat rumah... dia cakap dia record video...

aku balik lunch tu tengok video...
guess what? one of penduduk (PEREMPUAN MELAYU) blok kitorang pergi serang guard! menjerit-jerit macam orang gila siap baling-baling barang!!!! guard ni perempuan melayu...

kecoh gila kes ni...rumah aku dekattt je dengan guard,so video tu memang boleh dengar jelas... bayangkan menjerit-jerit melolong sampai tingkat 3 boleh dengar!

eh kak, guard tu,COMPANY yang bayar tau tak? kau tu siapa nak gi serang-serang orang?
anak kau yang buat hal, gi la marah anak kau!

esoknya, time dah nak maghrib,minah yang menyerang dengan guard melayu ni jumpa guard (agama lain) yang dikatakan pembawa mulut jahat..
(Guard melayu dengan minah melayu dah berbaik)

boleh tak time azan Maghrib, si guard agama lain ni menjerit-jerit marah guard melayu?
menjerit macam perempuan gila!
yang aku rasa dia tu bodoh sangat, dia pergi persoalkan kenapa guard tu tak pakai tudung...
hoi! ko tu siapa hahhh? yang ko menjerit masa tengah azan tu ape benda? bagus sangat la?

sejak dari kes tu, memang aku super-anti dengan guard agama lain ni... plastik sangat dan mulut jahatttt sangat!

okay kes yang palig baru, ada satu orang HR pindah ke blok kitorang, dia duduk tingkat bawah sekali...
baru kahwin, ada dua buah kereta...
so, satu kereta park depan rumah, satu lagi park jauh sikit...
esoknya, time aku balik kerja, aku tengok dekat parking ada kerusi!!!
kejadah dia! ingat dia HR dia boleh reserve parking depan rumah?

memang aku mengamuk habis dekat laki aku,dia cakap nanti dia tanya...
parking betul-betul depan blok memang limited, so siapa cepat dia dapat...

2 hari lepas tu, kitorang pergi beraya, balik beraya tengok ada tong cat dekat parking siap nama "Encik XXXX"
husband cakap ni mesti guard yang letak ni.. kalau tak,takkan la nama sendiri letak Encik kan?

okay investigate kes ni, rupanya guard lain agama ni yang letak! siap paksa lagi Encik tu letak parking kat tempat yang dia dah reserve!
memang kurang ajar hotak dia kaki bodek!!!!!

argh!
aku da rasa stress dah duduk kuarters ni...
macam nak pindah je!!!!

p/s : aku rasa macam nak report dekat Company husband aku supaya keluarkan guard lain agama tu dari kuarters. mulut jahat kerja buat cerita, bertalam-talam muka dan pelasssssstik sangat!



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

August 14, 2013

August 7, 2013

July 31, 2013

July 30, 2013

Raya mood?

Raya lagi berapa hari jer....
dah kira malam 7 likur eh sekarang?

tahun ni beraya sebagai seorang isteri... in sha allah tahun depan dengan title baru...
doakan lah ye...


tahun ni tak shopping banyak pun....baju raya je tempah....tu pun kain dapat hadiah kerja kahwin...
mood raya tak sampai lagi ni...

nak tambah mood raya, aku pun beli cd lagu raya zaman dulu-dulu...
hahaa gitu kan...

p/s : company tak nak bagi bonus raya ke? masing-masing update status pasal bonus.... T_T




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 27, 2013

Special dedication to my BFF :)

 
Post ini didedikasikan buat kawan baik saya, Nurhafizah aka Tad…

Nak tahu tak? Saya kenal dia dari tingkatan empat masa sekolah teknik dulu…
Kami satu dorm… dia dorm mate yang pertama saya jumpa…

Lepas sekolah kami sambung belajar di tempat yang berbeza…
Contact pun dah agak jarang…
Masa tu facebook,twitter, whatsapp dan sebagainya bukan lah macam sekarang…

Tapi, masa dia Latihan Industri, dia praktikal dekat company yang saya kerja masa itu…

Dan masa saya nak kahwin, dengan kelam kabut buat preparations, dia lah peneman setia saya tau…
Dia jugak merupakan pengapit ketika majlis saya…
Lagi beberapa hari nak kahwin, dia datang rumah saya… tolong siap-siap (kemas lagi betul kot) bilik pengantin…

Nasiblah saya dapat kawan yang rajin, buat kerja super pantas dan baik hati ni…
Masa hari nikah dan sanding, dia lagi busy dari saya… pastikan semuanya ok…
Kesian dia kepenatan tapi tak de pun dia mengeluh…

Sekarang dia masih lagi kawan baik saya, tiba masa saya pulak tolong dia :D
Happy dan excited tau! yeayy

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan :

Dear Tad, thanks for always being there for me…
Mintak maaf banyak-banyak kalau selalu buat ko marah…
walaupun kita sama-sama ikut perasaan je, ko tetap melayan…ko sentiasa ikut walaupun aku sentiasa ajak ko gi KSL…haha…
takziah atas kehilangan ayahanda ko… aku mintak maaf sebab aku lambat sangat dapat information tu…
aku doakan ko berbahagia dunia akhirat tau? Tak mau lah marah ke sedih ke…
lepas ni entah dapat tak lepak macam dulu-dulu… mane nak pergi kita bantai je…
ni dua-dua busy kerja, mungkin nanti kita lepak dengan bertambah jumlah orang… hehe…
moga kita berkawan sampai mati… insyallah.



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

July 26, 2013

Chaiwalla & Co.


Dah lama dah tempat ni bukak dan dah berkali-kali pergi…
Baru sempat nak buat review…. T_T
Ini adalah Chaiwalla, kedai minuman yang macam CoolBlog, Chatime dan lain-lain…



Dapat tahu benda ni dekat Facebook, sangat teruja sebab konsep kedai dia yang dalam kotena 40 kaki…
Dan ianya sebab owners Chaiwalla ini ialah dua orang lelaki muslim… time to support muslim products 
Masa ni dia punya operation hours ada dua…
Siang satu sesi, malam satu sesi… maghrib dia tutup… weekend je dia bukak sampai malam…
Hari kejadian pergi tu, dah nak tutup dah tapi nasib sempat…
Dari pasir gudang 5.00 pm, sampai ngam-ngam je…
Disebabkan first time sampai sana,so tidak lah tahu ape nak di order…
Tapi, staf kat sana sangat best!!! Dia suggest apa yang best, tengok apa selera kita…



Masa tu beli Chocolate milk with pudding…nyumnyum sangat! Dan brownies… since I’m not hantu brownies,so to me rasa dia so-so..

Dekat cawan pulak ada sticker “Ordering facts” sama macam kat air kotak ke apa-apa product yang ada “nutritional facts”….to me,it’s special hehehe….



2nd visit ke Chaiwalla

Lokasi chaiwalla & co ni ialah berdekatan Pasar Karat, JB…
Kalau nak ke pasar karat, sebelum OCBC bank (belah kiri) ada parking space… dekat situ la tempatnya…dari tepi jalan memang akan nampak kedai ni…
Kalau dah penat berjalan kat pasar karat, singgah la untuk membasahkan tekak…pie dia pun best…
Cuba lah! :D

p/s : sekarang dia bukak everyday sampai malam… dan ada branch baru dekat food court Citi Square… tak sempat lagi nak pergi…


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 25, 2013

Laksa Sarawak


Percubaan pertama nak masak laksa Sarawak…. Teringin nak makan tapi tak de pulak kemampuan nak ke sana dalam masa terdekat…

Pes laksa dihantar oleh kawan dari Sarawak… tu surprise jugak tu tiba-tiba ada parcel atas meja.. tapi x ingat la pulak apa brand pes tu…



So,excited lah untuk mencari resipi, google sana sini and found this recipe…




Dah print,balik readykan benda-benda untuk masak… rupanya tak lah susah nak buat kuah dia…
Yang banyak kerja sikit nak buat condiments dia sebab dia ada macam-macam… but I enjoyed sepanjang proses ni… buat sorang-sorang tak mintak tolong husband pun…
So ini lah hasilnya… hehehe

Laksa Sarawak air tangan orang Johor…. hehe




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 22, 2013

Buka puasa - Malay Village

First buffet buka puasa tahun ni…


Kami pergi ke Malay Village, Jalan Kolam Air…Beberapa hari sebelum pergi sana ada jugak tanya review pasal tempat ni dekat twitter tapi takde yang respond…

So kita pergi dan terjah dengan “Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan”…


Sampai sana pukul 4.00 pm sebab hantar kek, dapat lah tengok buffet spread dia…

1st impression was, “keciknya tempat ni mesti susah nak ambik makanan”…

Lepas hantar kek pergi beli barang dan managed untuk sampai sana dalam pukul 6.50pm macam tu…Tu pun lama sebab nak cari parking yang dah x ada…nasib lah ada parking lot belakang Malay Village ni…

Masuk je dalam kedai, as expected memang PENUH sangat orang… tempat makan yang kecik,dan laluan yang sangat limited…

Semua orang beratur dalam keadaan yang tak selesa…Disebabkan orang bersesak, gambar spread tak ambik…
Tapi ni layout buffet…




Bayangkan la dengan meja rapat-rapat,laluan memang kecik sangat… tempat makan pun sempit…

Untuk hari kejadian, menu yang disediakan ialah :

Main course

Nasi putih                        Nasi kuning
Daging hitam Borneo       Bread & Mushroom soup
Kuzi ayam                       Tauhu jepun
Udang (unknown)           Spaghetti bolognaise
Sawi                               Ikan sweet sour

Ulam-ulaman

Sambal goreng                       Ulam yang dicelur
Ikan masin                            Telur masin
Keropok (a few types)          Ulam raja
Sambal kacang                      Sambal belacan
Cencalok

Dessert

Serawa durian                              Talam berlauk (cold)
Kuih lapis                                     Lapis suji
Fruit punch with nata de coco       Bubur chacha
Buah-buahan potong

Drinks

Pink Guava                         Orange (cordial)
Teh panas                            Kopi O panas
Air suam



Langkah selamat diambil, ambik air banyak-banyak sementara tunggu buka puasa…dan sempat grab beberapa jenis kuih…

Once dah buka puasa,baru pergi ambik makanan sebab orang dah start kurang dekat tempat makanan…


1st batch makanan

pinggan besar : Nasi putih, nasi kuning, Daging hitam borneo, kuzi ayam, udang masak tak tahu, sawi Chinese style, tauhu jepun, ikan sweet sour

piring : telur masin, sambal belacan, ikan masin, sambal goring

mangkuk kecil : kerang bakar

piring ulam (Nampak sikit dalam gambar) : kentang, bendi,sengkuang, kacang panjang, kuah kacang

ada jugak ambik jelly dan pudding dan beberapa jenis kuih… tapi satu pun tak habis..

Start makan, terkejut besar! Sebab daging tu BASI…BASI ok! Masa ambik lauk tu memang dah ada bau semacam tapi tak tau lauk mana yang rosak… bila dah rasa memang failed!

Makan makanan basi masa berbuka puasa adalah a big NO! especially bila anda dengan bangga menggunakan “Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan”

Okay ada lauk lain, kita makan lauk lain… kuzi ayam pun sama je…bau dan dah rasa masam T_T

Makan sayur, okay sedap…dan ikan tu. Sedap jugak…

Nasi kuning tu, my friend ambik dan nasi tu jelantah… luckily my plate nasi tak jelantah…Kerang tu tak makan sebab memang ambik untuk Mr Hubby… malas nak mengopek haha … Ulam pulak, kentang dia dah berlendir, bendi tua, tak boleh nak makan… sambal kacang ok lah berasa…

Untuk piring telur masin, sambal goreng dia memang sedap! *clap clap*

So 1st batch done, ambik makanan lain pulak iaitu mi rebus…Mee rebus portion dia x besar, so memang ngam lah…Ada condiments yang lengkap tapi ambik apa yang nak makan je…Sayangnya kuah cair dan tak berasa sangat tapi okay lah sebab tak basi LOL

Habis mee rebus, ambik spaghetti bolognaise, which mengecewakan…

Kuah dia dah berbau dan slimey… erk…So tu makan ratah-ratah je lepas tu surrender…In between mee rebus dengan spag, ada ambik bubur chacha…Makan sikit je sebab santan rasa mentah….sangat lah tak sedap…

Okay done sesi makan dekat situ… Sate, ikan bakar dah habis… bubur lambuk tinggal sikitttt sangat so tak ambik, roti dan mushroom soup dah habis… yang lain semua dapat rasa…gambar-gambar lain dah corrupt!!!! geramnye la rasa...

Rate yang boleh di bagi ialah 1 dari 5 bintang… tu semua berlaku sebab makanan basi... harapnya pihak Malay Village dapat perbaiki apa yang dah terjadi… orang datang makan bukan free…

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 20, 2013

Setahun dah berlalu

Pejam celik dah setahun dah berlalu...

Tahun lepas masa bulan puasa, aku pernah stayback dekat office, tiga orang je gadis yang ada...
Tu pun diorang teman aku siapkan kiraan gaji untuk staff...

Ngeri? jangan cerita la memang ngeri habis...dah la office dekat hujung yard...

Bulan puasa lepas lah aku last dapat gaji dari company tersebut...
"Advance" kepada semua staff... Masa tu dah tinggal beberapa hari je lagi nk raya...
Disebabkan duit company tak cukup, setiap staff dapat RM 100 - RM 500 sahaja.
bayangkan lah kalau dapat RM 100, macam mana orang nak beli persiapan untuk raya?
lagi-lagi kalau staff tu dah berkeluarga...
Kenapa kompeni layan staff macam ni?

Bulan puasa lepas memang dugaan buat semua staff...
macam-macam alasan kompeni bagi bila staff mintak gaji...

Kesian dengan semua yang dah bekerja habis-habisan untuk kompeni tapi dapat balasan macam ni...
kalau lah kompeni cakap kami tak buat kerja, kenapa projek ni masih berjalan?
kenapa simply dengar cakap-cakap orang?
kenapa tak tanya sendiri pada satff?

dugaan nya ya rabbi masa tu...

dan bila raya, kami yang dah bertahun bekerja bersama-sama pun berpisah...
bawak haluan masing-masing...

kerja sekarang, aku cuba cari environment macam dulu...
bila semua macam adik beradik... batas agama tetap terjaga...
bila nak nangis, bila marah, ada kawan nak mengadu...

Thanks En Awi, abg madir, abg jamil, hardi, am, amat, akmal, apis, dan semua...
thanks atas segala tunjuk ajar dan peluang yang diberi...

thanks hardi, am and abg jamil sebab jaga saya masa kat Sarawak dulu
thanks amat sebab selalu jadi pendengar setia bila aku nangis
thanks akmal sebab suka buat aku gelak
thanks abg dudir atas semua jasa
thanks en awi sebab amik saya masuk kerja

buat kompeni tersebut, hentikan lah menganiaya orang lain..
balance gaji yang tak bayar tu, takpe aku halalkan...insyallah ada rezeki lain untuk aku..

ye aku tau aku ada salah aku, tapi bukan semua staff bersalah...

yang pasti, pengalaman ni betul-betul jadi pengajaran buat aku...
yelah dari pengalaman la kita belajar kan?


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 19, 2013

Tips perniagaan online

hai! eh dah puasa la...

kejap je kan masa berlalu?
tapi lama dah x update blog ni....

susah la laptop rosakkk....isk...

so post hari ni, pasal tips perniagaan online...
sebagai seorang pembeli online tegar (dulu la) dan juga pernah membuat perniagaan online,rasanya nak share sikit tips buat pembaca blog ni...huhu

moga tips ni berguna untuk peniaga online yang baru dan mungkin peniaga lama boleh apply tips ni jugak untuk tingkatkan market anda..

Benda yang paling penting, pastikan anda beri penerangan yang LENGKAP dan TEPAT untuk produk anda...
Terutama dari segi EJAAN...bayangkan lah kalau ejaan dah salah, macam mana orang nak datang mood membeli?

dari segi harga, jangan lah suruh PM ke apa... tak adil kepada buyers lain... melainkan buyer nak negotiate dengan anda, itu baru lah PM...

Then, pastikan anda reply/respond pada pembeli punya enquiry berkenaan produk/servis anda... Jangan buat orang ternanti-nanti... nanti mood nak membeli tu hilang...

Respond pada bakal buyer dengan manner yang baik. Bukan dengan reply sms "K" sahaja...anda kena fikir dia tu nak bagi rezeki pada anda.. benda ni baru je terjadi minggu lepas... grrrr.

Pastikan anda dapat dihubungi...sama ada melalui telefon ke, sms ke, email ke... Jangan dah bagi saluran untuk buyer contact anda, tapi anda pulak yang tak bukak handphone dan email (serta sebagainya)

Percaya atau tidak, memang anda akan berhadapan dengan FUSSY buyers... bertenang, jangan marah-marah sebab smua orang ada pengalaman pertama... mungkin buyer pertama kali beli barang online.. mungkin juga itu pengalaman pertama anda dengan fussy buyer... keep calm dan beri respond yang terbaik okay?

Selepas dua-dua pihak bersetuju, anda boleh minta buyer untuk bank in amount kepada anda... tips terbaik, pilih akaun bank yang selalu digunakan oleh ramai orang (Maybank/CIMB) supaya tak ada "floating" pada amount yang di bayar kepada anda..

Pengeposan hendaklah dibuat dalam waktu terdekat selepas pembayaran...jangan bagi orang tunggu lama (ini tidak applicable kepada produk pre-order)

Jangan sesekali lupa bagi tracking number kepada buyer anda! Ini tahap paling penting... jangan ingat anda dah dapat duit,anda boleh lepas macam tu je...tolong ingat yang orang bayar anda untuk produk itu...

dari segi pengiklanan, rajinkan diri buat marketing... rajin bukan bermakna sentiasa okay? plan waktu yang sesuai untuk buat promo... buat promo ketika ramai orang online so scope pembeli tu besar sikit...

haahhh...rasanya dah cukupla kot tips untuk kali ni...
kalau teringat nak tambah, nanti la buat post lain...hehe
Selamat berniaga! :D

sorry bahasa campur BM dan English...

Selamat berpuasa!!

 Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...