* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label pasir gudang. Show all posts
Showing posts with label pasir gudang. Show all posts

March 21, 2016

Festival Layang-Layang 2016

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, wajib lah pergi Festival lebih dari sekali haha
Sebab nak shopping
time festival banyak barang murah tapi tahun ni tak gempak sangat lah shopping nya.

Malam first pergi belik monopod with shutter dengan tukar screen protector tempered glass.



Pusing mencari wide lens murah, jumpa pun RM 10.
So esoknya melaram pakai wide lens.



Hari Sabtu pergi siang lepas Zohor, panas memang berdenting tapi berangin.
Bawak Faqih, dua pupu dan kawan dia dua orang.
Pusing dan makan.
Since husband kerja shift siang maka kami pergi sendiri je.
Riadah pun kan.







Hari Ahad pergi dengan adik-adik dan jugak sepupu.
Lepas ambik adik nombor tiga dari Senai, langsung ke sini.








Yang sedihnya tak perasan lens ada calar.
Haish banyak gambar yang tak cantik.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥ Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya! Love, #ketawariang

March 17, 2016

Nasi Kerabu!

Start balik dengan review mengreview makanan sedap.

Kali ni baru jumpa satu tempat makan or should i say rumah makan yang jual makanan Kelantan yang sangat sedap!

First time beli, tapau je. Ni kawan satu kilang husband yang meniaga.
Jadi dia bawak dua bungkus Nasi Kerabu Tumis untuk kitorang.

Masa makan memang jatuh cinta tapi gambar pulak tak de.
Nasi banyak lauk banyak, harga RM 3.50 je.

So dua hari lepas tu pergi cari rumah dia untuk repeat Nasi Kerabu lagi.



Memang rasa sedap lah.
Order nasi kerabu, mee celup, lok ching.



Husband and wife memang asal dari Kelantan, kiranya ni pure Kelantan food tau.
Murah dan menggembirakan tummy.
Tapi dia naik harga 50 sen kot start bulan ni.
Tapi still murah.

Boleh cari rumah dia dekat Jalan Ciku 33, Kota Masai.
Tengok bunting yang digantung dekat gate.
Dari pagi dah meniaga tapi tak pernah lagi try yang makanan-makanan pagi.

♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!
 Love, #ketawariang

December 17, 2015

Festival Trak Johor 2015

Nampak banner ni masa pergi Uda haritu, so lepas balik kerja hari Jumaat, terus singgah sini.
Then hari Ahad pergi lagi tapi dengan adik-adik pulak.
 


Since ianya Festival Trak, I was thinking of food trucks memenuhi area ni.
But I was quite disappointed.
Ada only few trucks dekat situ.
Tapi diorang ada bukak canopy untuk macam-macam brand.
Pusing punya pusing, tak sampai 30 minit dah habis pusing satu festival.



Mungkin sebab haritu hari Jumaat, so tak ramai orang walaupun dah petang.
Hari ahad pergi lagi, kali ni pergi jumpa dentist yang merupakan sepupu kitorang.
Masing-masing pun check gigi.


 
Habis check dan consultation, kitorang dapat berus gigi yeay.


Singgah pentas kejap ambik gambar Ifa Raziah.
Lagipun siapa ambik gambar dia bagi hadiah dari adabi.



Ha, siap bergambar setiap seorang dapat Telur Mate dari Adabi 3 pek. Banyak jugak tu. Tapi tak try lagi telur mate tu.

Mungkin sebab pergi masa tengah hari, panas berdenting.
Lepas tu rasa malas nak keluarkan Hp nak snap gambar.
Panas tak hengat.

Balik rumah dapat tahu pada same weekend ada Festival Seni Johor dan jugak food truck festival dekat Mount Austin.
Patutlah tak ramai join dan datang festival ni. Rugi betul

patutnya organizer kena peka benda-benda macam ni. Kesian kat vendor-vendor yang join.
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 15, 2015

Five Jumpe Coffee, Taman Rinting

Yes!
Akhirnya dapat jugak rasa air Five Jump ni.
Sebelum-sebelum ni takde kat Pasir Gudang, so mampu tengok kat Facebook je.
Tapi sekarang dah ada dekat Taman Rinting, so mari lah kita pergi menerai nya.
 
Tau je lah sekarang macam-macam nama coffee ade jual.
Mostly jual dalam cawan besar, ni haritu tengok ada jual dalam bekas plastic ala-ala nata de coco.
Ada macam-macam jenis lah pendek kata.
 
Tapi FIVE JUMPE jual air dalam paper bag!
tu yang macam excited sangat nak pergi.
 
 
Ha, ini dia punya banner ya. Dekat Taman Rinting, area Kamal Curry House.
Sampai je terus disapa oleh tokey yang merupakan rakan sekerja dulu.
Tapi ape-ape pun, order dulu.
Tengok harga dia, tak mahal kan?
 
 
 
So dengan harga tu dan tengok paper bag dia, fikir macam ha okay lah ni. Order seorang satu air.
 Satu chocolate, Latte dan juga Mocha.



Sekali bila dapat, ampun besar gila plastic dalam beg tu!

Sebelum balik kena lah selfie dengan tokey dulu, terima kasih Bulat.


 
Air dia memang best. Bukan cakap best sebab dia kawan, tapi memang best dan berbaloi dengan harga. Plak tu wap air tak menitik-nitik. Sebab paper bag tu tebal dan memang lasting chilness as per diorang punya tagline.

Semalam repeat Green tea pulak, pun sedap dan wangi.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

November 27, 2015

Musang? Ini bukan yang berbulu ayam.

Masa cuti hari Hol Almarhum Sultan Johor haritu, petangnya pergi Bukit Layang-Layang sebab nak beriadah.
Lama tak keluar pergi jalan-jalan outdoor sejak jerebu teruk haritu.
Sampai je terus beli aiskrim magic, makan sambil berjalan.
 
Tiba-tiba tengok kat padang ada orang ramai berkumpul dan ade beberapa pet carriers dekat situ.
 
Tengok punya tengok, ada beberapa ekor musang, ular, biawak afrika dan juga guinea pig dekat situ.
Musang ok lagi, ular tu ada beberapa jenis. Ade 5 jenis kalau tak silap.
Rupanya diorang ni dari group Musang Johor Lovers (Kat Facebook).
Diorang saja gather dekat Bukit Layang-layang.
 
Makanya dari beriadah berjalan sekeliling bukit tu, kami decide untuk stay kat situ dan bagi Faqih main dengan binatang-binatang exotic ni (except ular).
Dia panggil musang tu cat. cat. Mummy, cat.
 

 
 


 
 



 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

November 26, 2015

Cub Prix, Litar Pasir Gudang

Minggu lepas 20-21 November ada Cub Prix pusingan ke berapa entah dekat Litar Pasir Gudang.
 
So disebabkan hari itu kami cuti, so ajak lah husband pergi situ.
Plan nak pergi petang sikit sebab nak pergi Bukit Layang-Layang lepas ke circuit.
 
Tapi nampaknya plan terpaksa diawalkan sikit sebab kawan-kawan husband dah tunggu unuk pergi saing.
Sampai je sana, Alhamdulillah tak susah sangat nak cari parking. Mungkin sebab masa tu panas berdenting denting ting ting ting.
Baru pukul 1 tengah hari masa tu, memang matahari atas kepala.
 
Masa dating tu, 1 race baru je habis so sementara nak tunggu yang lain start, pergi jalan-jalan dulu dekat booths yang ada dekat situ.
 
Antaranya, ada Honda, Modenas, Petronas, Spritzer, Biore dan jugak Dashing.
Pergh macam-macam barang motor dijual. Memang seronoklah mat-mat motor pergi sini.
 
Tapi due to panas berdenting dan handle Faqih sendiri sebab Husband sambung tengok race, memang tak snap gambar dekat booths. Kami berdua jalan lari pusing-pusing semua haha.
 
Muka Faqih yang sedih. Masa dia pose, time tu tak sempat snap.
Boleh baying tak panas tempat tu?
Berkilat!

Then kitorang pun berjalan ke tempat nak tengok motor race.
Hanya ada tempat duduk sahaja tanpa bumbung dan tempat tu penuh habuk besi karat.
Huh. Patutnya bersihkan lah sikit tempatnya.
Ramai budak-budak kot yang tengok race tu.



 



Mummy, motor. Vroom vroom vroom.
Berkilat kepala dia berpeluh-peluh. Payung je ada bawak, topi dia tertinggal pulak. Kesian Faqih.

So lepas tengok beberapa match, kitorang pun balik rumah.
Malam tu dapat berita yang litar Pasir Gudang akan ditutup untuk naik taraf.
Memang patut pun.

 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...