* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

September 11, 2013

Wordless Wednesday

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

September 10, 2013

Check-up kat Klinik Kerajaan?



alhamdulillah!

mula-mula tak nak test sebab sebelum tu negatif...
kali ni tunggu sebulan tak period tak kunjung tiba,beli lah jugak pregnancy test...

balik,pergi test and tengok positif!
masuk bilik kejut husband and tunjuk dia test kit tu,nasib baik dia tak masukkan dalam mulut macam dalam Adnan Sempit 3! hahaa

esoknya pergi klnik untuk scan, takut false alarm...
alhamdulillah memang ada sesuatu dalam womb ini...



checkup buat kat klinik area blok kitorang ni,sampai lah baby dah 5 bulan, berat turun...
sebelum-sebelum tu berat maintain je...

so doktor suruh pergi Klinik Kesihatan je...
berat hati jugak lah sebab kerja kan, memang susah nak keluar...
tapi sebab fikirkan baby,pergi la jugak...

sekarang ni, dah banyak bulan gak checkup kat kerajaan...
lama tunggu tu memang la,tapi detail sangat checkup dia...


 mesin nombor rosak, so takdelah lama sangat tunggu, jangan terpedaya dengan "Nombor Giliran terkini"..

so kalau aku datang 3 ptg,selalunya habis 5 ptg...
aku punya kes lama sikit la sebab kencing kotor...

ni flow untuk korang yang nak buat maternity check-up dekat klnik kesihatan
tapi mesti lah buat buku pink yang ibu mengandung tu... untuk buat buku, kena spend setengah hari sebab banyak benda dia nak check...

1. Make sure datang on time! jangan ingat kau datang awal dari appointment, kau dapat awal... no no no...
2. Tunggu nurse bagi buku pendua
3. Pergi buang air kecil dan celup dengan test strip (KK Pasir Gudang sediakan strip dalam toilet, so tunjuk strip je pada nurse, tak tahu lah kalau KK lain)
4. Kalau nurse kata ok, boleh la buang air tadi... kalau tak ok, kena simpan air tu...
5. pergi kaunter check hemoglobin (satu kaunter dengan kaunter air kecil tadi)
6. pergi letak buku dekat bilik nurse. Tunggu giliran anda
7. Nurse ambik berat dan blood pressure... kalau anda kena jumpa Doktor masa hari tu,anda boleh keluar dan ke bilik doktor...
8. Kalau appointment hanya jumpa nurse pada hari kejadian,nanti dia akan brief dan tanya anda macam-macam... info banyak dapat masa ni,,, tak tahu, tanya!
9. Letak buku depan bilik doktor. tunggu giliran
10. lepas check dengan doktor,letak buku lagi sekali untuk buat appointment akan datang.
11. siap, balik!

haaa banyak kan prosedur?

tapi untuk my case, dari nombor 2 skip ke nombor 5... then lepas nombor 7, pergi lab untuk hantar air kecil...
lepas tu baru jumpa doktor...

bagi aku,aku happy dengan apa yang aku dapat walaupun lama sikit menunggu...
tolong jangan ingat yang semua prosedur boleh siap dalam sejam... melainkan KK yang korang pergi tu memang tak ada orang...

okay,sekian dari aku... hahaa....selamat checkup... :)


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

September 9, 2013

35 weeks and counting....

Dah lama senyap je blog ni....
ni disebabkan oleh laptop yang rosak dan juga kesihatan puan punya blog ni tak mengizinkan...

now dah 3rd trimester...
minggu ke 35...
maksudnya x lama lagi je nak labour dah.... huhu nervous sangat...

last few weeks buat maternity photoshoot, but since gambar-gambar tak dapat lagi, screen grab je dari Facebook...
hahaha...
orang semua dekat Bukit Layang-Layang ambik gambar wedding, kitorang couple yang amik gambar maternity hahaha segan la jugak...





belakang ni ada pengantin tengah ambik gambar hahah

doakan semuanya selamat eh! :)

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

September 6, 2013

Quarters? yay or nay?

Nampaknye sekarang makin jarang update blog ni...
aduh tak menyempat je la hai sedangkan banyak bendaaaaa nak disharekan dalam ni..

so lepas kahwin, kami husband and wife duduk dekat kuarters yang disediakan oleh kilang En Suami...
 Sebabnya, dekat dengan tempat kerja dan rumah free dan dapat elaun lagi! hahah
kami ni duduk di rumah flat 5 tingkat... rumah kami dekat tingkat 3... ok lah...

Since aku tak pernah duduk kuarters, aku cuba la nak adapt dengan keadaan kuarters ni kan...
 tapi, hidup aku hanyalah pergi kerja balik kerja, bukan lah jenis yang lepak-lepak rumah orang dan sebagainya..kerja itu penat okay...

things went well selama beberapa bulan ni, tapi ada beberapa hal yang berlaku lately sampai aku rasa nak luahkan jugak dalam blog ni...

1st, aku memang tak bercampur dengan jiran-jiran tetangga... bukan la tarik muka,tapi penat sangat balik kerja, aku memang masuk rumah,masak untuk husband dan rest...

weekend? aku tak keluar rumah atau aku keluar dari pagi sampai ke malam...
tu je la masa untuk diri sendiri and husband...

so banyak la mulut-mulut cakap aku SOMBONG,etc... ala buat tak dengar je sebab diorang tu semua suri rumah....memang la takde kerja lain kan?

tapi, satu benda terjadi... eh dah kawan-kawan (antara suri-suri rumah) ni kan, bergaduh pulakkkk....
orang ni tak puas hati dengan dia ni, dia tak puas hati dengan dia ni... macam-macam hal la!

husband yang sebelum ni sibuk suruh aku "berjiran" keluar statement "Nasib lah B tak campur orang-orang ni" hahaha

okay cerita kedua, 
Satu pagi tu husband sms beritahu ada drama kat rumah... dia cakap dia record video...

aku balik lunch tu tengok video...
guess what? one of penduduk (PEREMPUAN MELAYU) blok kitorang pergi serang guard! menjerit-jerit macam orang gila siap baling-baling barang!!!! guard ni perempuan melayu...

kecoh gila kes ni...rumah aku dekattt je dengan guard,so video tu memang boleh dengar jelas... bayangkan menjerit-jerit melolong sampai tingkat 3 boleh dengar!

eh kak, guard tu,COMPANY yang bayar tau tak? kau tu siapa nak gi serang-serang orang?
anak kau yang buat hal, gi la marah anak kau!

esoknya, time dah nak maghrib,minah yang menyerang dengan guard melayu ni jumpa guard (agama lain) yang dikatakan pembawa mulut jahat..
(Guard melayu dengan minah melayu dah berbaik)

boleh tak time azan Maghrib, si guard agama lain ni menjerit-jerit marah guard melayu?
menjerit macam perempuan gila!
yang aku rasa dia tu bodoh sangat, dia pergi persoalkan kenapa guard tu tak pakai tudung...
hoi! ko tu siapa hahhh? yang ko menjerit masa tengah azan tu ape benda? bagus sangat la?

sejak dari kes tu, memang aku super-anti dengan guard agama lain ni... plastik sangat dan mulut jahatttt sangat!

okay kes yang palig baru, ada satu orang HR pindah ke blok kitorang, dia duduk tingkat bawah sekali...
baru kahwin, ada dua buah kereta...
so, satu kereta park depan rumah, satu lagi park jauh sikit...
esoknya, time aku balik kerja, aku tengok dekat parking ada kerusi!!!
kejadah dia! ingat dia HR dia boleh reserve parking depan rumah?

memang aku mengamuk habis dekat laki aku,dia cakap nanti dia tanya...
parking betul-betul depan blok memang limited, so siapa cepat dia dapat...

2 hari lepas tu, kitorang pergi beraya, balik beraya tengok ada tong cat dekat parking siap nama "Encik XXXX"
husband cakap ni mesti guard yang letak ni.. kalau tak,takkan la nama sendiri letak Encik kan?

okay investigate kes ni, rupanya guard lain agama ni yang letak! siap paksa lagi Encik tu letak parking kat tempat yang dia dah reserve!
memang kurang ajar hotak dia kaki bodek!!!!!

argh!
aku da rasa stress dah duduk kuarters ni...
macam nak pindah je!!!!

p/s : aku rasa macam nak report dekat Company husband aku supaya keluarkan guard lain agama tu dari kuarters. mulut jahat kerja buat cerita, bertalam-talam muka dan pelasssssstik sangat!



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...