* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

March 25, 2016

Magic Art Museum, Melaka

Haih ni lah post yang asyik hutang.
Entah kenapa macam liat je nak buat post ni.
Sebab kitorang ambik gambar bukan-bukan je posing kot kahkah.

Mulanya pergi sini sebab nak kill time sebelum check in dekat Bayou Lagoon, bila Waze cakap owh dekat dengan Bayou ni, so lepas museum kita pergi check in.

Turns out museum ni satu kawasan dengan Bayou! HAHA.
Betul-betul belakang museum tu lah Bayou Lagoon.

Tempat ni nampak dari tepi jalan.



Harga seperti di bawah ya, masa pergi ni pakai coupon buy 1 free 1. Beli coupon pun sebab check in dekat Bayou tu.



Sebenarnya kat JB dah ada trick art macam ni tapi tak pernah pergi sebab mahal jugak.
Macam harga kat Melaka.
Tapi sebab ni dapat half price kami pun pergi lah.

Disebabkan kami datang awal pagi, so tempat ni tak ada orang langsung.
Adalah seorang staff dia guide macam mana nak ambik gambar.
Lepas tu ada seorang lagi staff snap beberapa gambar kita.

Tengok lah posen macam ape dah awal-awal haha.










Kemudian skill bertambah sikit demi sedikit. Gitu. 


























Tempat ni ada dua tingkat, mula-mula ambik gambar macam blur jugak.
Lepas habis setingkat, naik atas, pose lagi. 
Then baru faham ape sebenarnya kena buat.
Lepas tu siap turun repeat balik ambik gambar kat tempat sama.
Semua lukisan kat sini hand-painted so effect dia best cuma kena pandai guna angle nak snap.
Kitorang yang bukan model dan jugak photographer ni pose and snap seadanya je lah.
Tapi jujur cakap, kalau rasa ada duit lebih then u can enter.
Sebab macam tak berbaloi untuk ambik gambar je.
Mungkin sebab tak ada makan so ketawariang tak suka?
Eh tak lah.
Kalau tak sebab buy 1 free 1 memang tak datang lah kitorang.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥ Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya! Love, #ketawariang

March 24, 2016

Laksa Sarawak

Memang dah lama husband request nak makan Laksa Sarawak ni.
Rempah pun dah berlambak kerja restock je.

So lepas beli barang dapur, pukul 8.30 malam tiba lah rumah.
Sejam kemudian, ini hasilnya.





Esoknya masing-masing bawak bekal ke tempat kerja.
Ni Laksa Sarawak yang naked.
KAKAKA



♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥ Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya! Love, #ketawariang

March 23, 2016

WW - Gong Xi Gong Xi




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥
Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

March 22, 2016

UTC Johor Bahru

Alkisahnya Faqih terpilih untuk wakil taska dia ke UTC JB untuk represent Kelab Pengusaha Taska.
Dari pagi dah hantar dia then kami ke JB untuk join.

Since memang plan nak breakfast kat JB, so terus ke Pondok Santapan dekat Larkin.


Dari kanan : Lontong kering, Roti Arab, Roti Jala.

Tambah lagi satu set roti jala sebab husband request.
Masa bayar, makcik cashier tanya, Makan 4, air 2?
Berapa orang makan ni?
HAHAHA makcik ni jangan la bikin kantoi kitorang makan banyak.

Then terus ke UTC sebab nak tengok Faqih dari jauh.
Memag cikgu dia dah pesan jangan tunjuk muka.

Sampai awal tapi anak-anak tak sampai lagi dekat booth.
So pergi lah semua booth ada pameran, register SSPN-i Faqih dan jugak bukak akaun Tabung Haji dan daftar haji.



Akhirnya anak-anak naik atas, kami pun snap gambar dari jauh.





Tiba-tiba nampak orang yang sangat dikenali lalu lalang dekat booth sebelah tempat Faqih, sepupu sendiri.
Hahaha

Terus selfie dan mintak dia ambikkan gambar Faqih dari dekat.







Ikutkan pukul 2.30 petang anak-anak dah balik tapi bila tanya orang situ, pukul 4 baru lah seseorang tu tiba.
So kami pun balik dulu sebab husband baru balik kerja pagi tu.
Ingatkan pukul 6 budak-budak ni dah balik, rupanya jalan keluar dari UTC semua ditutup.
So anak-anak stuck kat dalam UTC.
Tapi sebab dah petang sangat, cikgu bawak budak-budak makan.
Baru nak makan, dapat info orang tersebut dah sampai, lalu semua naik atas semula.

TAPI sehingga jam 7.30 malam, orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Cuma WAKIL dia je datang tengok.
So cikgu decide untuk bawak jugak budak keluar dari UTC.
Pukul 8.00 malam baru lah anak-anak sampai ke Pasir Gudang.
Kesian sangat cikgu-cikgu dan anak-anak.
Memang lepak sangat. Faqih mengamuk je sampai la tidur.
Malam tu dua kali jugak dia mengigau.

DAN lagi sedih bila anak-anak OKU sanggup tak nyanyi tak buat show sebab menantikan sesorang tersebut. Nak jugak buat show depan orang tersebut.
Ya rabbi, meruntun hati rasa.

Kepada yang tak muncul-muncul untuk anak-anak dan juga orang yang menantikan anda, fikirkanlah perasan mereka ni semua. Dengan panas, penat, tak ada tempat tidur, bising, tapi semua berkorban untuk anda seorang.

ADIL KE  AWAK BUAT DIORANG MACAM TU?

Ramai yang kecewa diperlakukan sebegitu rupa.
Terlalu ramai.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

March 21, 2016

Festival Layang-Layang 2016

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, wajib lah pergi Festival lebih dari sekali haha
Sebab nak shopping
time festival banyak barang murah tapi tahun ni tak gempak sangat lah shopping nya.

Malam first pergi belik monopod with shutter dengan tukar screen protector tempered glass.



Pusing mencari wide lens murah, jumpa pun RM 10.
So esoknya melaram pakai wide lens.



Hari Sabtu pergi siang lepas Zohor, panas memang berdenting tapi berangin.
Bawak Faqih, dua pupu dan kawan dia dua orang.
Pusing dan makan.
Since husband kerja shift siang maka kami pergi sendiri je.
Riadah pun kan.







Hari Ahad pergi dengan adik-adik dan jugak sepupu.
Lepas ambik adik nombor tiga dari Senai, langsung ke sini.








Yang sedihnya tak perasan lens ada calar.
Haish banyak gambar yang tak cantik.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥ Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya! Love, #ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...