Minggu lepas 20-21 November ada Cub Prix pusingan ke berapa entah dekat Litar Pasir Gudang.
So disebabkan hari itu kami cuti, so ajak lah husband pergi situ.
Plan nak pergi petang sikit sebab nak pergi Bukit Layang-Layang lepas ke circuit.
Tapi nampaknya plan terpaksa diawalkan sikit sebab kawan-kawan husband dah tunggu unuk pergi saing.
Sampai je sana, Alhamdulillah tak susah sangat nak cari parking. Mungkin sebab masa tu panas berdenting denting ting ting ting.
Baru pukul 1 tengah hari masa tu, memang matahari atas kepala.
Masa dating tu, 1 race baru je habis so sementara nak tunggu yang lain start, pergi jalan-jalan dulu dekat booths yang ada dekat situ.
Antaranya, ada Honda, Modenas, Petronas, Spritzer, Biore dan jugak Dashing.
Pergh macam-macam barang motor dijual. Memang seronoklah mat-mat motor pergi sini.
Tapi due to panas berdenting dan handle Faqih sendiri sebab Husband sambung tengok race, memang tak snap gambar dekat booths. Kami berdua jalan lari pusing-pusing semua haha.
Boleh baying tak panas tempat tu?
Berkilat!
Then kitorang pun berjalan ke tempat nak tengok motor race.
Hanya ada tempat duduk sahaja tanpa bumbung dan tempat tu penuh habuk besi karat.
Huh. Patutnya bersihkan lah sikit tempatnya.
Ramai budak-budak kot yang tengok race tu.
Mummy, motor. Vroom vroom vroom.
Berkilat kepala dia berpeluh-peluh. Payung je ada bawak, topi dia tertinggal pulak. Kesian Faqih.
So lepas tengok beberapa match, kitorang pun balik rumah.
Malam tu dapat berita yang litar Pasir Gudang akan ditutup untuk naik taraf.
Memang patut pun.
Love,
ketawariang
No comments:
Post a Comment