* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

November 30, 2015

Office Bersepah? Benci!

Minggu lepas dekat Mix FM breakfast show bukak topic pasal office yang kotor disebabkan perbuatan salah seorang dari diorang.
 
Tinggalkan jaket, cawan, hoverboard dan macam-macam lagi dekat konti.
 
So diorang mintak pendapat pendengar sama ada kemas apa yang orang lain sepahkan atau buat tak nampak je.
 
From pendapat dari callers, diorang akan kemas tapi akan tegur that person supaya molek sikit perangai dalam office.
 
Yeah aku alami benda tu jugak masa kerja company dulu.
 
Tapi masalah ni terhasil dari orang-orang yang datang guna office kitorang. Bukan dari staff yang station dekat office tu.
Kami bekerja guna meja besar, so since meja tu ala-ala meja meeting, setiap kali ada meeting, meja tu akan digunakan.
 
 
Masalahnya, diorang yang meeting ni memang menggeramkan.
Habis meja kitorang bersepah setiap kali ada orang dating office.
Itu belum cerita lepas makan minum macam bagus tak reti nak kemas pinggan cawan sendiri.
Semua letak dalam sink.
 
 
Mula-mula okay lagi, sebab kami satu office bahagi basuh dan kemas. Tapi lama-lama fikir macam
 
"Eh, kitaorang bukan KULI BATAK kauorang tahu tak?"
 
 
So, disebabkan rasa marah yang meluap-luap sampai orang kat office cakap I kuat membebel, so I came out with the PANTUN idea.
 
Punya lah gigih (sangat) mengarang pantun 4 kerat untuk 'menasihati' mereka-mereka ni semua.
 
Tampal 1 pantun dekat meja kerja, satu lagi lekat dekat sink.
 
Alhamdulillah lepas tu tak ada dah orang nak menyepahkan semua benda kat office tu.

Sampailah masa nak raya ada habuk rokok dekat atas meja! Sedangkan dah penuh office tu dilekatkan dengan NO SMOKING punya signage.
 
Annoyed.
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

November 27, 2015

Musang? Ini bukan yang berbulu ayam.

Masa cuti hari Hol Almarhum Sultan Johor haritu, petangnya pergi Bukit Layang-Layang sebab nak beriadah.
Lama tak keluar pergi jalan-jalan outdoor sejak jerebu teruk haritu.
Sampai je terus beli aiskrim magic, makan sambil berjalan.
 
Tiba-tiba tengok kat padang ada orang ramai berkumpul dan ade beberapa pet carriers dekat situ.
 
Tengok punya tengok, ada beberapa ekor musang, ular, biawak afrika dan juga guinea pig dekat situ.
Musang ok lagi, ular tu ada beberapa jenis. Ade 5 jenis kalau tak silap.
Rupanya diorang ni dari group Musang Johor Lovers (Kat Facebook).
Diorang saja gather dekat Bukit Layang-layang.
 
Makanya dari beriadah berjalan sekeliling bukit tu, kami decide untuk stay kat situ dan bagi Faqih main dengan binatang-binatang exotic ni (except ular).
Dia panggil musang tu cat. cat. Mummy, cat.
 

 
 


 
 



 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

November 26, 2015

Cub Prix, Litar Pasir Gudang

Minggu lepas 20-21 November ada Cub Prix pusingan ke berapa entah dekat Litar Pasir Gudang.
 
So disebabkan hari itu kami cuti, so ajak lah husband pergi situ.
Plan nak pergi petang sikit sebab nak pergi Bukit Layang-Layang lepas ke circuit.
 
Tapi nampaknya plan terpaksa diawalkan sikit sebab kawan-kawan husband dah tunggu unuk pergi saing.
Sampai je sana, Alhamdulillah tak susah sangat nak cari parking. Mungkin sebab masa tu panas berdenting denting ting ting ting.
Baru pukul 1 tengah hari masa tu, memang matahari atas kepala.
 
Masa dating tu, 1 race baru je habis so sementara nak tunggu yang lain start, pergi jalan-jalan dulu dekat booths yang ada dekat situ.
 
Antaranya, ada Honda, Modenas, Petronas, Spritzer, Biore dan jugak Dashing.
Pergh macam-macam barang motor dijual. Memang seronoklah mat-mat motor pergi sini.
 
Tapi due to panas berdenting dan handle Faqih sendiri sebab Husband sambung tengok race, memang tak snap gambar dekat booths. Kami berdua jalan lari pusing-pusing semua haha.
 
Muka Faqih yang sedih. Masa dia pose, time tu tak sempat snap.
Boleh baying tak panas tempat tu?
Berkilat!

Then kitorang pun berjalan ke tempat nak tengok motor race.
Hanya ada tempat duduk sahaja tanpa bumbung dan tempat tu penuh habuk besi karat.
Huh. Patutnya bersihkan lah sikit tempatnya.
Ramai budak-budak kot yang tengok race tu.



 



Mummy, motor. Vroom vroom vroom.
Berkilat kepala dia berpeluh-peluh. Payung je ada bawak, topi dia tertinggal pulak. Kesian Faqih.

So lepas tengok beberapa match, kitorang pun balik rumah.
Malam tu dapat berita yang litar Pasir Gudang akan ditutup untuk naik taraf.
Memang patut pun.

 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

November 25, 2015

November 24, 2015

The Reception

Dan selepas tiga tahun, baru gambar ni di keluarkan ke media sosial haha.
Serba sikit gambar masa wedding reception kami.

Reception day - Fatihah & Saiful Bahri

11 November 2012















♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

November 23, 2015

Happy Birthday Mummy dan Saiful Faqih

Alkisahnya Mr Husband pergi company dia punya dinner last week.
Since tahun ni dia dapat award sebab dah bekerja 5 tahun, kami pun menanti-nanti lah apa agaknya yang dia dapat.

HAHA.

Dia balik je rumah (isteri dan anak tak boleh di bawa ke dinner tu hokeh.SENDU).
Katanya dapat voucher jam bernilai RM XXX. Okay lah dari takde kan?
Mula-mula expect voucher Jusco/Tesco, so berangan nak beli barang dapur banyak-banyak.
Sekarang kami mengamalkan menyimpan stok dekat rumah sebab kadang-kadang hari tak selalu cerah.
Nanti kita share pasal tu ye.

Then dia cakap dia dapat voucher Mydin Rm 200.00. Hah okay lah tu, dalam kepala dah rencana apa nak dibeli dekat Mydin. Sebab nak restock barang yang dah nak habis.

The next morning, terus pergi Plaza Angsana.. Sebab nak pergi redeem voucher jam tu.
Katanya voucher jam tu dihadiahkan ke isteri tercinta sebab belum beli hadiah birthday ini tahun.

Okay lah Husband, I ok jer.

Duduk kedai tu pilih semua jam warna pink, sebab memang nak ganti jam Adidas yang dia bagi dulu rosak.
Pilih punya pilih akhirnya dapat seutas jam yang menawan hati.



Nampak tak brand apa? haha. Memang Barbie punya brand. Yang penting ianya nampak sangat cool bila pakai dan orang tak fikir ciplak pasar malam punya.



.

Siap ada engraving Barbie lagi mak enon.

Dan anak handsome nak jugak seutas jam. So pilih lah seutas jam yang harga RM 30.00 itu pun dah habis pakai voucher beli my watch, kena tambah duit sikit. Kira hadiah birthday jugak lah. Kitorang share birthday bulan yang sama iaitu Oktober.

Bila dalam kereta tanya dia, "Where's your watch?"
Dan ini jawapan dia...



haaaaa

Lepas beli jam terus balik Pasir Gudang, sebab nak beli barang dapur dekat Mydin Taman Rinting.
Pilih, tambah, tolak, siap duduk kat scanner machine sebelum ke cashier untuk confirmkan harga.
Masa tu beli barang kena tambah RM 1.20 je rasanya, yang penting keperluan rumah dah stocked up.


Dah siap beli barang semua, mencari peluang untuk mengisi perut. Makan mihun sup daging yang sedap. Ok sedap.
Tu dalam troli adalah barang-barang yang dibeli tapi lupa nak snap gambar dari atas. Trust me, dengan RM 200.00 anda boleh dapat macam-macam dekat Mydin. Tapi apa pun jangan lupa banding harga dulu dengan tempat lain dan gunakan segala kupon yang ada.

Dan handsome akhirnya tidur dalam stroller yang kita pinjam dengan Mydin ni. Masa tu jam dah cabut dah dia bagi bapanya.





Perut kenyang hati girang, balik lah ke rumah. Sebelum tu singgah kedai gunting rambut dekat Bukit Dahlia sebab nak cantas sikit rambut. kahkah.

Siapa yang tengok rambut aku lepas gunting memang akan ketawa punya.
Adik-adik aku bantai gelak okeh.
Tapi tak pe, memang gaya tu yang aku nak pun. Dah jadi mak mak ni memang tak koser nak bela rambut berfesyen bagai.




So sebelum balik, laki bini selfie dulu.
Hoyeah.



 Ini belum celebration, Mr Husband cakap nanti celebrate kemudian... Sekali dengan anniversary... tunggguuuuu haahaha



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

November 20, 2015

Alhamdulillah rezeki

Last month ada jawab quiz teka nama suppplement Shaklee dekat Facebook cikgu sekolah Teknik.
Since masa BF memang makan Shaklee,so adalah kenal satu supplement ini..
Cikgu tu ada tulis nanti dapat hadiah kalau dapat jawab betul..
Alkisahnya jawapan pun ditaip.. Ada 5 jenis agaknya..

Then kembali ke dunia kerja, langsung tak teringat pasal quiz ke apa. Maklumlah masa tu jawab sebab nak lari sekejap dari dunia kerja.

Tiba-tiba cikgu mintak address dan nombor telefon.
Nak kirim hadiah katanya.

Balik dari KL, kawan office bagi parcel Poslaju.
Goncang-goncang, eh botol ni. Yelah tak expect pun dapat hadiah, masa tu fikir dapat sampel Shaklee kot.
Sekali bila buka parcel, WOW!




I iz terkezut okeh. Sangat terkejut.



Cuba tengok bekas pil Hello Kitty ni. Aduhai comel betul.

Alhamdulillah... Rezeki nak mengandung agaknya... Sebab memang dah makan folic acid sejak last month since plan  nak pregnant.

Terima kasih cikgu. Moga cikgu dilimpahkan rezeki yang terus menerus.
Siapa yang nak order produk Shaklee boleh contact Cikgu saya.. Puan Norlailee Sariff ..





♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

November 19, 2015

Kuala Lumpur.


Minggu lepas,last minute Boss mintak attend meeting dekat KL.
Mula-mula ingat tak jadi,namun nampaknya plan ke KL berjalan seperti biasa.

Disebabkan appointment pukul 9.30 pagi dan kami yang pergi ni tak mahir jalan dekat Kolumpo tu, kami bergerak ke KL pukul 1 pagi dari Pasir Gudang.

YES 1 pagi haha

sampai KLCC pukul 5 pagi dan menepu dekat tengah-tengah bandar.
Since tak ada tempat nak fresh up, maka berlari sekejap ke Keramat iaitu rumah ibu saudara hamba.


Usai mandi,solat,tuju ke bandar Kuala Lumpur pukul 6.30 pagi..




Cari tempat makan, lalu nampak Nasi Kandar Pelita dari jauh.
Maka berjalan kakilah kami ke kedai itu.


Sekeping roti telur yang dibaham pada pagi tersebut.
Sebenarnya ada keraguan sikit pasal kedai nasi kandar ni tapi sedapkan hati cakap "insyallah Halal".
Masa nak bayar rupanya ada frame "Sijil Halal".
Alhamdulillah.

Berlalu lah ke meeting yang delay sejam..habis meeting jam 12.30.

Since cuti sekolah,kitorang decide untuk balik ke PG terus.


Cubaan untuk berhenti dekat IKEA Cheras tak berjaya sebab esoknya baru IKEA tu bukak.
hmmph

 
On the way balik, ajak member singgah Melaka.. Maka dia pun ok dan kami singgah Melaka sebab nak sangat beli kuih keria internationale.

So disebabkan cuti sekolah,order dulu kuih keria tu sebab kalau tak kena beratur. i iz malaz.
google punya google, jumpa nombor tuan kedai.. and surprisingly, ada whatsapp okey
terus order. kehkeh.

sampai ke Tengkera, tengok dah ada yang beratur.
Rupanya untuk orang yang dah order dulu, dia bawak masuk ke dalam.

jengjengjeng

special gitu... so kita pun tunggu tempahan kita dibungkus iaitu sebanyak RM 20.00 
haha memang banyak.. 
50 sen sebiji..memang puas hati makan keria tu.
tapi sebab dah ajak member-member singgah,tak kan lah tak bagi diorang kan?

dapat jugak tengok Lady kuih gentel kuih keria. Bukan main laju lagi.



Masa tu dah pukul 2.30 petang dan kami tak makan lagi.
Singgah Pantai Klebang, lunch dekat medan selera tepi jalan tu.


Dah lewat pun banyak lagi lauk pauk. Memang best.



 Asam pedas tetel yang menjadi signature Melaka. Rugi kalau tak makan.

Siap makan terus gerak ke JB, hujan lebat sepanjang jalan. Tiba rumah 6.30 petang.
Fetch Hensem dan pergi klinik bawak adik yang kedemaman.
Malam pergi Kempas celebrate birthday adik nombor 5..

Akhirnya 11.30 malam sampai rumah, terus tidur. Pengsan.




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

November 18, 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...