* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

April 24, 2011

Mee Bandung Udang @ Mee Udang at Kampung Tg Langsat

woah! tengok tajuk tu dah membuatkan aku rasa nak makan lagi mee udang tu... hihi...

dah dengar beberapa orang cakap pasal tempat ni... so semalam terus pergi cari....
x pernah pergi, called my friend tanya kat mana tempat ni... Kg Tg Langsat tu pun x tau katne... huhuhu

So we went there ikut apa yang diajar oleh my friend... sampai je kampung tu, masuk je... jumpa orang kampung tu, mintak direction....

then sesat sebab kami x jumpa sign board! hahaa...
perut masing-masing dah lapar... cuba nasib ikut jalan yang kitorang rasa betul...

alhamdulillah!

kedai


So ini details untuk ke kedai ini...

Lalu highway Pasir Gudang, terus je sampai ke Tanjung langsat... Ada simpang tiga dekat situ, belok kiri and terus lagi... Nanti jumpa sign board Kampung Tanjung Langsat... terus lagi... sampai jumpa sign board ni...

Sign board ni kecik je tapi mesti nampak...


Belok ke pantai.... Nanti jumpa Pos Tanjung Langsat... askar punya pos...
terus lagi... dah nampak panatai *yeay*

Cari kedai pertama belah kiri...
Nama kedai ni seperti di bawah...

lokasi kedai sebelum bangunan dibuat dari batu...

kalau nampak sign board ni, ni lah kedainya ok?





So kitorang masuk ke kedai... Hujan masa tu... ada tempat duduk tepi tapi diorang tutup dengan canvas, takut tempias kot... kami pun duduk di tengah-tengah...
baru je duduk dah terasa pening kepala... haha
i ni mabuk laut!
dulu pernah sampai i duduk je diam-diam kat kedai atas air tu... pening wo...

We ordered 2 mangkuk Mee bandung udang.... sempat interview apa yang famous kat situ, orang tu kata mee bandung udang dengan ketam black pepper... bukan paper ok? ;p

tapi $$$ x banyak, ni pun fiancee yang nak belanja..so x de la plak nak order ketam...

so makanan dah sampai... Makan!!

mee bandung udang...

jemput tengok...


yummmmmmyyyy



lapar masa tunggu makanan... hahah


burrpppp alhamdulillah... i dah kenyang dah... jap lg Mr tunang nak order nasi goreng udang... Actually i nak order nasi goreng udang, tapi orang tu cakap yang special mee udang, maka i order mee udang...

sebelum nasi sampai, amik gambar banyak-banyak dulu... *orang tengok-tengok apehal la budak-budak ni sibuk bergambar*

So tengok nasi goreng udang ni... dan tengok kegembiraan muka tunang i tu... haha


see the udang?

nasi goreng udang mengancam!

Makan jangan x makan... lalala~


Before balik, tanya kat counter, berapa harga ketam... harga baru turun kepada rm40 sekilo... woah... nasib baik i bukan suka makan ketam... haha

last but not least, kepada penduduk Pasir Gudang yang dah x tau nak makan kat mana, boleh datang sini... pelancong pun boleh datang gak... hehe

Goreng-goreng and tomyam pun ada kat sini...


view dari kedai...bukan la tengah laut pun... tapi tetap mabuk... huhu

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE!!

kali terakhir pergi sini, around August 2014, servis dan makanan semuanya mengecewakan..
udang mentah... makanan langsung tak ada rasa...

last week lalu sini, dah tukar sign board... x sure sekadar sign board baru atau dah tukar ownership sebab tak ingat nama kedai ni lagi...


luv,
ketawariang

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥Luv, ketawariang

penat...

dah lama betul x ada post baru...asyik busy je...

maklumlah bride-to-be(b2b) ni kan... sibuk mencari duit je....
sorry sangat sebab x ada post baru....
banyak sangat nak story ni....
tapi hari minggu ni nak rehat dulu... huhuhu...

by the way, dah mula dah berniaga Blackwood dan juga moist chocolate cake....
order la ye...
nak tambah tabung b2b ni.... huhu




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

April 21, 2011

Kedai Blackwood kini dibuka

Assalamualaikum....

dengan lafaz Bismillah, saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuka satu blog untuk menjual Premium Cat Food berjenama Blackwood - Adult and Kitten...

Kepada pencinta kucing yang ingin membeli makanan kucing ini,sila hubungi saya di








Dijamin harga termurah di kawasan Selatan Malaysia...

Sila war-warkan kepada rakan-rakan yang ingin membeli produk ini... segala info dan harga termaktub di dalam blog tersebut..

Jasa anda semua amatlah dihargai...


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

April 13, 2011

Happy birthday Mr Fiancee!!

Lama juga x update... sibuk+penat+macam-macam lagi minggu lepas....
memang x menjenguk pun blog... maaf ya lambat reply komen...

post kali ni untuk birthday Mr Fiancee yang jatuh kepada 12th April 2011...
alkisahnya birthday beliau dah lepas...

cuma celebration tahun ni paling simple berbanding 5 tahun sebelumnya...
sebab penat sangat dan birthday masa hari kerja....

X sempat langsung nak organize party...

the night before, kita nyanyikan lagu HB dekat dia around 11.45pm... sebab i x larat nak tunggu... kek pun yang dah few days dalam fridge... huhu... x senonoh perangai tunang dia kan...

cuma He requested for Laksa Johor.... so we bought the ingredients the day before, semalam sampai je rumah around 6.00 pm, terus masak... :)

kelantang kelentung... before 7.00 pm dah siap dah semua...
lega....
dah ajak few friends datang makan...mata dah terkebil-kebil nak tunggu 8.00 pm...mengantuk sangat!

makan-makan bermula jam 8.30pm... semua makan dengan gembira terutama i sebab lapar... haha

usai makan, tonton asmara,,.. *cerita kat tv3 tu,bukan "asmara"*
lepas tu dia balik,terus i tidur...haha....
memang best... hadiah pun x bagi lagi...

nanti la buat celebration lain kot....sorry ye...

ape pun, nak ucapkan

HAPPY 23rd BIRTHDAY SAIFUL BAHRI! Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... amin...
.Love you.

sorry sebab this is the worst birthday celebration ever....

* x ada gambar sebab memang x larat langsung nak bergambar*

Nanti nak post recipe laksa johor... :)



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

April 7, 2011

Cun lah cun!

Ha...review kali ni untuk cerita cun...


believe it or not... semalam pergi menonton cerita ini tanpa tengok trailer dan sinopsis cerita...
berbekalkan minat yang sangat mendalam terhadap Maya dan Remy....
maka cekalkan hati je gi tengok semalam...

mula-mula ingat nak buat movie marathon, cerita Cun dan Hop...
last-last pilih tengok cun je sebab masa x mengizinkan... T.T


gambar kredit kepada blog ini..

starting cerita ni dah boleh buat orang gelak sebab kerbau di mekap dan ditulis CUN... huhu

ianya adalah kisah Luna Latisha (maya karin) yang merupakan pengacara program Meletops (ala-ala melodi)...
dilanda gossip dan lari ke kampung PAnya...
actually BFnya kena tangkap dengan perempuan lain...
di sana la berlaku insiden-insiden yang kelakar...
semuanya menggembirakan...sehinggalah....
boss kepada Luna datang untuk membawa luna kembali ke KL...
Berlaku adenga-adengan nangis-nangis... sebab remy ishak tu poyopos! huhuhu
biasa;ah artis,terikat dengan kotrak la semua..
mana mungkin klcc dengan ape tah bersatu....

tapi jodoh menentukan segalanya.... akhirnya Luna berkahwin dengan Remy ishak...so sweet...

overall....mmg suka cerita ni...sebab memang best dan kelakar....
cerita lain x da lagi macam ni tau...

sorry review macam ni sebab dah lama benda ni dalam drafts... huhu
dah x ingat dah ceritanya...

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥Luv, ketawariang

fuhhh orang Rusia datang blog ni?

tadi bukak je blog tengok traffic,perasan ada bendera lain dekat traffic tu..

yang Indonesia tu x kisah sangat sebab tau dia tengok review Saung Sunda Sawargi...
eh-eh, ada bendera Rusia?
fuh.... dahsyat ni... *bangga ke?*

...klik gambar untuk pembesaran...

hehe...sorry la ye... idea ada, tapi gambar x sempat nak transfer...
ni je la post kali ni ye... :)


Senyum merupakan stress terapi terbaik! sila senyum ok... :)


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

April 6, 2011

Saya SOMBONG?


haaa cuba baca tajuk post kali ni berkali-kali...

actually dah dapat beberapa "complaints" yang saya ni sombong...
huhu macam kelakar pulak....
tapi after each complaint, orang tu akan sambung "tapi tu sebelum aku kenal kau...bila dah kenal,memang ko ni kuat gelak,berilmu,etc"...

so it's a compliment kan? haha

so i asked few people...betul ke i ni sombong?
most of them cakap "ye,muka awak tu sombong"...
salah sorang yang cakap macam tu ialah my own Mr Fiancee T.T

but that was before sesiapa pun kenal i...
i ni orang yang paling suka gelak kat alam semesta ni tau...
sila baca my profile ok...
its stated :

I love to talk and laugh...and then talk again :)

so now i dalam proses tidak-menyombongkan-diri... haha...ada ke istilah macam tu?
x pela... sebenarnya i x kisah pun orang cakap kita sombong...i x pernah paksa orang berkawan dengan i...
dalam hati ni, kita dan kawan-kawan kita je yang tau...how crazy i am actually... kalau baca blog i pun, ada ke macam i sombong? *soalan berani mati*

maybe the way i look at people buat orang kata i sombong...
*almaklumlah mata ni golongan sepet,maybe mereka ingat i ni jeling kot*

tapi semalam malam masa i beli ice cream dekat McD, i senyum degan cashier tu tau...tapi dia jeling i... i was like "eh aku senyum pun dia jeling"...laju je Mr Fiancee cakap "itu maknanye dia yang sombong"... and kitorang gelak sekuat-kuatnya... :D
and most other people sampai heran macam mana i boleh gelak-non-stop...

cuma sometimes memang i sombong...bila orang dok sweet-sweet... *cut cut cutt cutttt..* like tikus ok! memang x suka... melainkan orang tu panggil nama i yang betul baru i toleh...
i x panggil orang menggunakan *sweet*,agak kejam la bila orang panggil i gunakan *sweet* tu kan?

kata la ada terjumpa kawan-kawan blog, sila lah tegur saya dengan nama ketawariang pun x pe.. jangan la sweet2... takut nanti awak kata saya sombong pula...
*woah berlagak diva...rasanya i x jumpa lagi blogger pasir gudang setakat ni*

so apa pun, ketahuilah bahawasanya i am a talkative-person-who-loves-to-laugh-like-crazy!

saya x sombong! :)

gambar tiada kena mengan dengan post kali ni... cuma nak sangat pakai baju ni masa my wedding... T.T


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

April 4, 2011

ABP Berita Harian 2010

*gambar credit to here*

post kali ni bukan untuk beritahu keputusan ABP BH 2010 semalam...
sekadar untuk berkongsi pengalaman i... :)
*keputusan penuh boleh tengok dekar BeautifulNara ok...*

So semalam,setelah berapa lama x menonton anugerah-anugerah kat Malaysia ni, even AJL yang lepas pun x tengok...
Sebab x rajin nak duduk depan tv berjam-jam...dan dah terlalu banyak anugerah sekarang ni...tengok pun sikit-sikit je...
tapi semalam,seisi rumah nak tengok ABP...since my cousin datang so i pun join la tengok... x kan nak tinggal tamu kan..hihi
so i pun join lah tengok...
dari awal dah gelak habis-habisan...memang best ABP kali ni *or i yang dah lama x tengok?*
semuanya sempoi dan menggembirakan!
dari awal hingga ke akhir i gelak kuat-kuat...
memang terbaik!

x pernah i sehappy ini bila menghabiskan 3 jam depan tv.. haha

seruis best...perkara yang membuat i senyum sampai sekarang,bila Dato' Siti nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa versi "Nobody-Wondergirls"
dengar je muzik, i punya happy...rupanya dia tukar nada lagu tu...
tapi yang sangat sweeeeet was, Dato' joget macam wondergirls joget... huhu
happy x terkata sebab i agak hafal joget lagu tu... weeeeee! suka-suka!

and Yuna punya show menarik perhatian....kali ni walaupun dia pakai tudung ala-ala turban, tapi dia pakai inner Maysaa rasanya, so tutup leher... nice Yuna!
then dia main 1 instrument which i tot a mini keyboard ke... tapi bila tengok, dia touch-touch je...
siap berargue apa benda yang dia main tu...
tadi pagi dia update fb dia and bitau apa yang dia main semalam...
guess what? it was Suzuki Q chord...
best la instrument ni... but i think it will cost me lots of $$$$ kan... hihi
nak beli piano pun x mampu lagi ni... huuuu



*sumber gambar dari Mr Google*

bangun je dari tidur, punyalah sakit pinggang... aduh napa ni... T.T

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

April 1, 2011

Reach Out Malaysia

Lepas balik dari Genting itu hari, malam seterusnya kami(my family) telah menjadi Volunteers untuk program Reach Out Malaysia...
program untuk memberi makanan kepada HOMELESS di sekitar Kuala Lumpur yg merupakan hasil sumbangan NGO ini...
kami joined the Midnight run around Pudu, 19th March 2011...

bermula jam 12 tengah malam, kami berkumpul.... paket makanan diberi kepada golongan Homeless ni...

makanan pada malam itu ialah, nasi lemak ayam, croissant, bun, mineral water dan orange...


kami memulakan perjalanan untuk megelilingi kawasan pudu... ini merupakan stop yang pertama....
mula-mula memang la ngeri sebab kita takut diorang buat apa-apa kan...

SUNGGUH MENGINSAFKAN...


BUT i was totally wrong! mereka sangat baik dan sopan....
merek berterima kasih setiap kali makanan dihulur...
disebabkan x boleh ambil gambar banyak masa tengah bagi makanan, takut mereka rasa terganggu, ni je gambar yang dapat ambil...






thanks... sebelum habis distribute..

proses selesai jam 2.30 pagi...

mereka tidur beralaskan surat khabar, tanpa selimut....
dengan keadaan yang sangat sejuk.... macam mana kalau hujan?
di mana tempat yang sesuai,mereka tidur... ada yang tidur di hadapan tandas... memang sedih...
kita sepatutnya bersyukur dapat tidur di atas tilam nipis dan berselimut...

ada yang bekerja tetapi tidak dapat menyewa rumah kerana kos sara hidup yang tinggi...
maklumlah kat KL kan? tapi orang camtu x boleh dapat bantuan...


kami pulang dengan penuh kesyukuran kerana masih dikurniakan rezeki untuk tinggal di dalam rumah..



Thanks to Datin Suri, Kak Anne dan Reach out Msia yang telah memberi kami pengalaman paling berharga ini...
Kepada warga KLumpur yang ingin berbakti kepada masyarakat, sila hubungi laman webhttp://www.reachoutmal.blogspot.com/ untuk sebarang bantuan....
jadi volunteer pun x apa.... program dijamin selamat... :D cuma jangan lah provoke atau buat benda bukan-bukan...
kepada couple-couple yang kalau dah x ada apa nak buat, boleh join distribute makanan ni semua...
family yang hendakkan aktiviti kekeluargaan yang berlainan pun boleh juga join...
saya yakin ramai warga KL yang masih x tahu kewujudan NGO ini... x kurang juga, ramai yang takutkan homeless ini...





Insyallah saya akan kembali untuk menjadi volunteer sekali lagi...

saya yakin,mesti ada yang kata "eh selamat ke","eleh dia ni nak tunjuk baik",dan macam-macam lagi... buat baik pun dikata orang..

saya x paksa sesiapa untuk join program ini...

post sekadar untuk menginsafkan diri kita masing-masing...
kita makan sedap-sedap, x habis,buang...
mereka menunggu bantuan baru boleh makan...
kadang-kadang x makan langsung...

mari sama-sama berbakti terhadap masyarakat kita...



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

Senyum... :D

Alhamdulillah....setelah join Deco Abg Ben, ramai yang datang melawat blog ni...
dah makin ramai follower...sukanya!
nak bagi award dekat follower ke-100... ramai lagi diperlukan...

banyak komen-komen membina diterima... dan hasil dari Blogwalking, banyak info yang dapat diperoleh...
macam-macam dah diubah dalam blog ni... :)

yang penting nak cekalkan diri untuk menaip 1 entry setiap hari...
bukan apa...
kerja office hours... balik nak masak untuk dinner, malam ada ajar tuition pulak... lepas tu terus tidur... hihi

banyak yang dah draft...tapi gambar x sempat nak transfer... x best lah kan baca blog x ada gambar? hehe...

so plan seterusnya ialah membuat header untuk blog ni...
nak tukar headernya yang begitu SKEMA.. hihi

cuma tengah fikir tema... banyak tutorials dah tengok... tapi x berkesempatan lagi ni...

any ideas?


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...