* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

June 23, 2016

Legoland

Ni pergi masa bulan April haritu.
So pagi-pagi dah gerak ke Nusajaya untuk ke Legoland ni.
Harga tiket boleh tengok kat bawah okay.
Tapi since kitorang beli Annual Pass sebab ada promo untuk Johorean, so tak de la beli tiket segala.
Cuma pergi redeem annual pass je.




Gambar sebelum masuk.
The night before bukak youtube bagi Faqih tengok Legoland punya rides semua.
Jadi dia excited untuk pergi Legoland paginya.
Itu tips untuk ibu bapa sekalian bila nak bawak anak ke tempat yang baru ye.

Pagi-pagi kejut cakap "Faqih, jom bangun nak pergi Legoland" ha terus terbukak mata dia.

Ride pertama kita pergi is Boating School.
Sebelum kahwin pernah pergi sini dengan member tapi ride ni penuh ke tutup ke tak pasti.
Maka kami pun naik lah bot ni berdua sebab dia tak boleh dua adults dalam satu bot.
Kat sini bot tu kita bawak sendiri, which is Faqih la handle, habis dilanggar tembok-tembok.




Haruslah snap gambar kat sini kan


Kemudian naik airport ape tah dengan main bomba tapi tak snap sebab handphone simpan molek-molek dalam poket haha

Then naik Observation tower kalau tak silap nama dia.
Macam Menara Taming Sari kat Melaka tu.
Nampak lah satu Kota Iskandar dari situ.


Budak tak gayat boleh diri kat situ rilek je.


Then masuk Ninjago show, memang menarik seh.
Excited pulak tengok sebab selalu trick orang pakai baju hitam gerak-gerakkan patung tengok dalam tv je ni real depan mata.




Ni dekat 4D movie punya tempat.
Ada walk of fame gitu.



Then main bricks dekat zone Imagination.
untuk budak lelaki memang ni sangat seronok okay.
Even adults pun lepak tempat ni untuk main race kereta lah, gravity test lah.
Tapi sebab apaknya tidak berminat nak main lego pada hari tersebut, so kitorang pergi kids corner yang pakai Duplo.
Which is bigger and easier to handle.
Layan Faqih main lego kat sini tapi rasa macam mummy ayah yang over haha.



Then kita pun keluar. Pakai annual pass boleh masuk 365 hari setahun.
So untuk hari tersebut kitorang main half way je.
Later pergi lagi separuh yang tak sampai.


Ok cubaan ambik gambar loncat.
Cuba tengok Faqih kat belakang tu tengok ayah dia.



So dia pun nak loncat jugak.




Okay handphone mummy tak cukup canggih.
Nanti kita beli digital camera okay anak.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...