* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

January 15, 2016

Berapa hari kambing ni? 40 hari! Kenapa?

So, last week kisahnya pergi Melaka satu family (kecik).
Bilik-bilik dah siap book dari bulan November lepas lagi.
Pergi 4 hari 3 malam.
Punya lah dahsyat macam nak pergi jauh je.

Pagi tu pukul 645 pagi bergerak ke Melaka.
Haruslah soalan pertama ialah "nak breakfast mana".
So kami ni fikir punya fikir, dengan nak kena redah jem budak pergi sekolah lagi, so tiba-tiba teringat pasal kari kambing ni.
Check waze, dalam sejam lebih sikit sampai dari Pasir Gudang ni.
So ayuh kita.
Time ni cakap dengan husband tengok je Waze ni sebab tak bagi tau mana sebenarnya nak pergi.

So dah sampai dekat tempat ni  baru lah husband tahu ini rupanya agenda binik.

                                   

Masuk dalam, tengok apa menu dia.
Makanya husband bukan fan nasi arab apatah lagi kena makan pepagi hari, kitorang decide untuk order 4 keping roti canai dengan 1 portion kari kambing.

Dekat situ ade tulis "Roti canai tak boleh bungkus!"

Apa sebabnya? Entah tak tanya pulak.

                                                      

Ha dekat sini kena self service tau. Masa kami sampai ni pagi lagi so tak de la beratur pun.
Tapi masa makan tengok ramai start datang.


                                        

Dan budak yang tidur dari rumah dah pun bangun. Lalu nak keluar dari stroller itu.
Yeah kami masih ada stroller jangan pelik pulak.





Pakai sunglasses ayah untuk berposing.


Okay agenda makan dah pun siap.
Kari dia? memang terbaik.
Sedap.
Ni taip pun teringat kari dia. haha
tapi kari dia bukan macam kari. dia more to masak beryani.

Ada toilet dekat situ so ambik kesempatan untuk mandikan Faqih so bersiap dalam kereta lalu bergerak ke Melaka.


Tau tak kenapa dia nama 40 hari? 

Selambe tanya kat staff kat situ almaklumlah blogger kan semua benda nak kepoh.
Mula-mula dia macam keberatan nak cakap, then masa tu taukey dia lalu untuk angkat periuk nasi arab terus aku tanya dia, sebab keluar 40 hari ke? (rasanya ramai yang faham)

So tu lah rupanya nama 40 hari tu. dia cakap tak ada kena mengena dengan masakan pun.
Letak nama je. Nampak tak the power of nama?
Jadinya sesiapa yang baca post ni nak buat bisnes, pilih nama yang unik tapi jangan sampai tahap pelik.


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...