* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

December 11, 2015

Wedding Situ Sana Sini. EH. Haha

Maka sekarang ni cuti sekolah kan, memang banyak lah jemputan kerja kahwin yang diterima.
So pada last week, kitorang attend dua kerja kahwin dalam satu hari.
 


The naked dan diconteng face
 
Pergi rumah kawan-kawan office lama dekat MMHE dulu.
Sampai situ tengok pengantin belum sampai lagi, so kita makan dulu.
Best betul sebab buffet dia banyak desserts. Ambik plate terus capai brownies, vanilla cupcake, red velvet cupcake, kek coklat, kek pelangi dan kuih bakar.
Ha tu ada 2 jenis lagi kot dessert tak ambik. Diorang serve dalam small portion.
Memang tersangat lah best. Lepas tu baru makan nasi.
 
Dah siap makan tengok pengantin tak sampai lagi, so we decided untuk gerak dulu sebab nak pergi rumah kawan lagi sorang.
Masa nak salam mak pengantin, ternampak LAKSA JOHOR kat tepi tu.
terus rasa sedih sebab teringin sangat Laksa Johor masa tu.
Tapi dah tak ada rezeki kan, tak pe lah.


Ambik gambar meja sebagai bukti dah attend wedding. HAHA

Tapi masa nak keluar dari area rumah pengantin, Nampak kereta pengantin perempuan. Then tengok ada pengantin dalam tu. Maka suruh hubby reverse dan pergi jumpa pengantin.
Ha, selfie je lah. Alang-alang dah jumpa.

 
Tapi kan, salah satu isi dalam goodie bag ialah telur pindang dalam bekas plastic ni. Ini sangat legend ok. Dah lama tak nampak.
Memang excited kitorang masa tu haha.
 
 

Then, off to second wedding dekat Tampoi, walaupun dekat gila dengan office lama, tetap tengok kad sebab tak pernah tahu kewujudan dewan dekat situ. kahkah

1st round tak jumpa parking, so suruh hubby pusing balik masuk area tu dan guna jalan lagi satu.
Maklumlah kan, dah nama pun keje dekat area tu dulu.
Luckily jumpa park betul-betul depan dewan.
Rupanya, ada 2 wedding reception dekat tempat yang sama.
Yang bezakan, dewan baru dan dewan lama.
Alhamdulillah memang kenal pengantin, so tak salah pergi majlis.

Masuk dewan dah cakap nak minum air then gerak. Sebab baru je makan masa tu.
Sekali nampak makcik bawak pinggan ada spaghetti. Ha, ajak hubby masuk tempat makan dia.
Membayangkan spaghetti bolognaise ke kan sebab pakcik tu bawak spag dan kuah je.

RUPA-RUPANYA laksa Johor!
Alhamdulillah. Perancangan Allah memang hebat.
Tak dapat dekat wedding 1st, Allah bagi dekat wedding yang 2nd ni.




Hebat tak plating? hahaha. Actually ada spag dan kuah je. Lepas tu dah jalan nampak budak caterer bawak dulang daun-daun dan limau kasturi.
So letak lah dekat pinggan. Spag siap gulung ke atas feeling-feeling makan kedai mahal.
 
Before balik, ambik gambar dulu dengan perantin.
 

Haish rasa baju ni pelik betul bila ambik gambar.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MOHD NAZRUL DAN ROGAYAH SERTA AKMAL DAN PASANGAN
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...