Kisahnya last week tiba-tiba Farah cakap nak makan bubur kat taman sentosa JB.
So cerita punya cerita, kitorang pun on je lah dengan plan dia.
Balik kerja langsung ke Kempas sebab nak naik 1 kereta je pergi Taman Sentosa.
Sampai sana mandikan Faqih dan siap-siap ke Sentosa.
Sampai je terus pelayan dia suruh duduk, dan ambik order.
Siapa yang tak pernah pergi sini, dekat sini ada seorang tauke yang akan duduk dekat dengan 7Eleven dan order guna pembesar suara. haha.
Jangan terkejut pulak.
Memandangkan dah sampai bubur no 1 ni, mestilah semua order bubur kan?
Tapi nampaknya bukan itu yang terjadi sebab Husband makan nasi ayam penyet and A'liah makan nasi lemak wak kentut.
Tak kisahlah.
Asalkan semua makan.
Disebabkan kelaparan, malas nak snap gambar. Dah kenyang baru selfie dengan meja yang dah habis semua makanan.
Dekat situ ade kerang bakar, kupang sambal, bubur putih dan lauk, otak-otak, kacang rebus, makanan goreng-goreng dan segala macam makanan. Yang penting, sedap-sedap belaka (mostly)
Order je apa anda mahu.
Tapi sebelum order kena tanya orang kedai dulu ye sama ada gerai yang anda pergi dan tempat yang anda duduk satu geng ke tidak.
Itu mesti tanya dulu.
Kalau nak pergi sini, Waze 7 Eleven Taman Sentosa. Situ lah gerai dia.
Baru feel makan kat tepi jalan. hehe
Waktu perniagaan kalau tak silap pukul 6 ptg sampai tengah malam.
CUTI hari Isnin ya. Jangan pergi situ hari Isnin pulak.
Kempunan nanti.
Sebelum balik rumah, jalan-jalan dulu dekat pasar karat dan haruslah ambik gambar sekeping.
Love,
No comments:
Post a Comment