* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

December 18, 2015

Wayang Disaster!

Plan nak tengok James Bond dengan adik-adik sebab tak sempat-sempat nak tengok.
Dah siap nak beli tiket bila dapat Whatsapp dari hubby yang kereta tak boleh bukak langsung.
 
Guna alarm tak hidup, guna kunci pun tak boleh.
So habis  plan nak beli tike-tiket wayang tu. Tak boleh fikir dah sebab tak ada siapa nak ambik balik kerja. Dengan Faqih dekat school lagi.
 
Dalam kepala fikir siapa nak tolong fetch ni. Alhamdulillah one of my good friends ada around, so dia fetch me and bagi pinjam kereta untuk fetch Faqih.
 

 
Thanks Jannah. Sayang ketat-ketat.
 
Sampai rumah, call pomen dia cakap esok pagi baru boleh datang tolong buat pintu tu.
Bila suluh dalam kereta, hubby lupa nak off lampu kereta. Bukak lampu besar pulak tu T_T
Guna kunci pun tak boleh. Heran betul.
 
Since tak ada option lain, pergi jelah Jusco Tebrau sebab tak ada apa pun yang boleh dibuat.
Tapi sebab cuti sekolah, seats habis! yang tinggal semua kat depan screen. Memang tak mungkin.
 
Makanya ambik gambar je lah.
 

 
Then pergi makan Nasi Ayam yang merupakan favourite Faqih.
Tengok dia makan, I am happy.
 


 
Masalah kereta selesai the next day lepas segala jenis umpilan dibuat.
Alhamdulillah kena RM 5.00 je untuk caj battery kereta.
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 17, 2015

Festival Trak Johor 2015

Nampak banner ni masa pergi Uda haritu, so lepas balik kerja hari Jumaat, terus singgah sini.
Then hari Ahad pergi lagi tapi dengan adik-adik pulak.
 


Since ianya Festival Trak, I was thinking of food trucks memenuhi area ni.
But I was quite disappointed.
Ada only few trucks dekat situ.
Tapi diorang ada bukak canopy untuk macam-macam brand.
Pusing punya pusing, tak sampai 30 minit dah habis pusing satu festival.



Mungkin sebab haritu hari Jumaat, so tak ramai orang walaupun dah petang.
Hari ahad pergi lagi, kali ni pergi jumpa dentist yang merupakan sepupu kitorang.
Masing-masing pun check gigi.


 
Habis check dan consultation, kitorang dapat berus gigi yeay.


Singgah pentas kejap ambik gambar Ifa Raziah.
Lagipun siapa ambik gambar dia bagi hadiah dari adabi.



Ha, siap bergambar setiap seorang dapat Telur Mate dari Adabi 3 pek. Banyak jugak tu. Tapi tak try lagi telur mate tu.

Mungkin sebab pergi masa tengah hari, panas berdenting.
Lepas tu rasa malas nak keluarkan Hp nak snap gambar.
Panas tak hengat.

Balik rumah dapat tahu pada same weekend ada Festival Seni Johor dan jugak food truck festival dekat Mount Austin.
Patutlah tak ramai join dan datang festival ni. Rugi betul

patutnya organizer kena peka benda-benda macam ni. Kesian kat vendor-vendor yang join.
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 16, 2015

WW - Playground

 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 15, 2015

Five Jumpe Coffee, Taman Rinting

Yes!
Akhirnya dapat jugak rasa air Five Jump ni.
Sebelum-sebelum ni takde kat Pasir Gudang, so mampu tengok kat Facebook je.
Tapi sekarang dah ada dekat Taman Rinting, so mari lah kita pergi menerai nya.
 
Tau je lah sekarang macam-macam nama coffee ade jual.
Mostly jual dalam cawan besar, ni haritu tengok ada jual dalam bekas plastic ala-ala nata de coco.
Ada macam-macam jenis lah pendek kata.
 
Tapi FIVE JUMPE jual air dalam paper bag!
tu yang macam excited sangat nak pergi.
 
 
Ha, ini dia punya banner ya. Dekat Taman Rinting, area Kamal Curry House.
Sampai je terus disapa oleh tokey yang merupakan rakan sekerja dulu.
Tapi ape-ape pun, order dulu.
Tengok harga dia, tak mahal kan?
 
 
 
So dengan harga tu dan tengok paper bag dia, fikir macam ha okay lah ni. Order seorang satu air.
 Satu chocolate, Latte dan juga Mocha.



Sekali bila dapat, ampun besar gila plastic dalam beg tu!

Sebelum balik kena lah selfie dengan tokey dulu, terima kasih Bulat.


 
Air dia memang best. Bukan cakap best sebab dia kawan, tapi memang best dan berbaloi dengan harga. Plak tu wap air tak menitik-nitik. Sebab paper bag tu tebal dan memang lasting chilness as per diorang punya tagline.

Semalam repeat Green tea pulak, pun sedap dan wangi.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 14, 2015

Cafe Racer Grillbar, Johor Bahru

Alkisahnya, sepupu sepapat from Kota Bahru ajak lepak kedai Hipster.
Google punya google, dia berminat dengan kedai ni sebab ada motor dalam kedai.
Maka berlaju-lajulah kami ke kedai ni.
Café Racer, Taman Pelangi.
Dalam waze dah ada tapi kalau tak ada Waze, pergi Pelangi Leisure Mall.
Bukan Plaza Pelangi okay.
Dia bertentangan Leisure Mall tu je.
 
 
 
Masuk je kedai, gembira lah masing-masing dengan motor-motor yang ada dalam kedai.
Lepas tu order makan dan minum.
Since semua baru lepas makan, so we decided untuk order dua snacks je.
 


Memang best dia punya nachos tu. Mangkuk tu besar ok.
Fries tu dengan crazy dips ke apa nama dia. Pun best.

Memandangkan nak pergi kedai hipster kan, memang kena ambil gambar banyak-banyak.









Dah kenapa tutup mata? Masa ni Faqih tengah busy main motor kat dalam kedai tu tapi Bonda dia yang attend. haha

Dalam ni ada jugak jual baju, tapi kami memang datang untuk minum dan chill je.

Total bill pada malam tu ialah hampir RM 100.00. Tapi itu harga yang perlu dibayar untuk ke-hipster-an.

Thanks Dan belanja lepak.

Tapi baru-baru ini ade tengok member lepak kat tingkat atas. Macam lagi best je.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 11, 2015

Wedding Situ Sana Sini. EH. Haha

Maka sekarang ni cuti sekolah kan, memang banyak lah jemputan kerja kahwin yang diterima.
So pada last week, kitorang attend dua kerja kahwin dalam satu hari.
 


The naked dan diconteng face
 
Pergi rumah kawan-kawan office lama dekat MMHE dulu.
Sampai situ tengok pengantin belum sampai lagi, so kita makan dulu.
Best betul sebab buffet dia banyak desserts. Ambik plate terus capai brownies, vanilla cupcake, red velvet cupcake, kek coklat, kek pelangi dan kuih bakar.
Ha tu ada 2 jenis lagi kot dessert tak ambik. Diorang serve dalam small portion.
Memang tersangat lah best. Lepas tu baru makan nasi.
 
Dah siap makan tengok pengantin tak sampai lagi, so we decided untuk gerak dulu sebab nak pergi rumah kawan lagi sorang.
Masa nak salam mak pengantin, ternampak LAKSA JOHOR kat tepi tu.
terus rasa sedih sebab teringin sangat Laksa Johor masa tu.
Tapi dah tak ada rezeki kan, tak pe lah.


Ambik gambar meja sebagai bukti dah attend wedding. HAHA

Tapi masa nak keluar dari area rumah pengantin, Nampak kereta pengantin perempuan. Then tengok ada pengantin dalam tu. Maka suruh hubby reverse dan pergi jumpa pengantin.
Ha, selfie je lah. Alang-alang dah jumpa.

 
Tapi kan, salah satu isi dalam goodie bag ialah telur pindang dalam bekas plastic ni. Ini sangat legend ok. Dah lama tak nampak.
Memang excited kitorang masa tu haha.
 
 

Then, off to second wedding dekat Tampoi, walaupun dekat gila dengan office lama, tetap tengok kad sebab tak pernah tahu kewujudan dewan dekat situ. kahkah

1st round tak jumpa parking, so suruh hubby pusing balik masuk area tu dan guna jalan lagi satu.
Maklumlah kan, dah nama pun keje dekat area tu dulu.
Luckily jumpa park betul-betul depan dewan.
Rupanya, ada 2 wedding reception dekat tempat yang sama.
Yang bezakan, dewan baru dan dewan lama.
Alhamdulillah memang kenal pengantin, so tak salah pergi majlis.

Masuk dewan dah cakap nak minum air then gerak. Sebab baru je makan masa tu.
Sekali nampak makcik bawak pinggan ada spaghetti. Ha, ajak hubby masuk tempat makan dia.
Membayangkan spaghetti bolognaise ke kan sebab pakcik tu bawak spag dan kuah je.

RUPA-RUPANYA laksa Johor!
Alhamdulillah. Perancangan Allah memang hebat.
Tak dapat dekat wedding 1st, Allah bagi dekat wedding yang 2nd ni.




Hebat tak plating? hahaha. Actually ada spag dan kuah je. Lepas tu dah jalan nampak budak caterer bawak dulang daun-daun dan limau kasturi.
So letak lah dekat pinggan. Spag siap gulung ke atas feeling-feeling makan kedai mahal.
 
Before balik, ambik gambar dulu dengan perantin.
 

Haish rasa baju ni pelik betul bila ambik gambar.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MOHD NAZRUL DAN ROGAYAH SERTA AKMAL DAN PASANGAN
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 10, 2015

My BIG Boy

Record update blog tiap-tiap hari telah tercalar.
Hari Jumaat lepas busy tak sempat nak buat post.
Hari Sabtu terima berita sedih yang Tengku Laksamana Johor, Tunku Jalil mangkat. Al-Fatihah
Mood memang tak ada.
Menangis memanjang bila scroll timeline Twitter, FB dan Instagram.
 
Hmmmm.
Selesai sudah tempoh berkabung untuk rakyat jelata selama 3 hari.

So disebabkan mood menaip belum cukup banyak sekarang, kita share gambar Faqih je la ye.
Balik dari ambik dia dekat taska, pergi Tesco beli barang sikit.
Sampai rumah, tanya dekat dia, "Boleh tolong Mummy angkat tak"
Dia pun mintak beg plastic dan angkat.
Alahai comel je rasa. Tapi sampai tangga tingkat 1, dia bagi beg tu sebab susah nak panjat tangga.
 
 
 
 



♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

December 3, 2015

Bubur Sentosa No. 1

Kisahnya last week tiba-tiba Farah cakap nak makan bubur kat taman sentosa JB.
So cerita punya cerita, kitorang pun on je lah dengan plan dia.
 
Balik kerja langsung ke Kempas sebab nak naik 1 kereta je pergi Taman Sentosa.
Sampai sana mandikan Faqih dan siap-siap ke Sentosa.
 
 
 
 
Sampai je terus pelayan dia suruh duduk, dan ambik order.
Siapa yang tak pernah pergi sini, dekat sini ada seorang tauke yang akan duduk dekat dengan 7Eleven dan order guna pembesar suara. haha.
Jangan terkejut pulak.
 
Memandangkan dah sampai bubur no 1 ni, mestilah semua order bubur kan?
Tapi nampaknya bukan itu yang terjadi sebab Husband makan nasi ayam penyet and A'liah makan nasi lemak wak kentut.
 
Tak kisahlah.
Asalkan semua makan.
 
Disebabkan kelaparan, malas nak snap gambar. Dah kenyang baru selfie dengan meja yang dah habis semua makanan.
 





Dekat situ ade kerang bakar, kupang sambal, bubur putih dan lauk, otak-otak, kacang rebus, makanan goreng-goreng dan segala macam makanan. Yang penting, sedap-sedap belaka (mostly)

Order je apa anda mahu.
Tapi sebelum order kena tanya orang kedai dulu ye sama ada gerai yang anda pergi dan tempat yang anda duduk satu geng ke tidak.

Itu mesti tanya dulu.

Kalau nak pergi sini, Waze 7 Eleven Taman Sentosa. Situ lah gerai dia.
Baru feel makan kat tepi jalan. hehe
Waktu perniagaan kalau tak silap pukul 6 ptg sampai tengah malam.
CUTI hari Isnin ya. Jangan pergi situ hari Isnin pulak.
Kempunan nanti.

Sebelum balik rumah, jalan-jalan dulu dekat pasar karat dan haruslah ambik gambar sekeping.
 
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥


Love,
ketawariang


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...