First buffet buka puasa tahun ni…
Kami pergi ke Malay Village, Jalan Kolam Air…Beberapa hari sebelum pergi sana ada jugak tanya review pasal tempat ni dekat twitter tapi takde yang respond…
So kita pergi dan terjah dengan “Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan”…
Sampai sana pukul 4.00 pm sebab hantar kek, dapat lah tengok buffet spread dia…
1st impression was, “keciknya tempat ni mesti susah nak ambik makanan”…
Lepas
hantar kek pergi beli barang dan managed untuk sampai sana dalam pukul
6.50pm macam tu…Tu pun lama sebab nak cari parking yang dah x ada…nasib
lah ada parking lot belakang Malay Village ni…
Masuk je dalam kedai, as expected memang PENUH sangat orang… tempat makan yang kecik,dan laluan yang sangat limited…
Semua orang beratur dalam keadaan yang tak selesa…Disebabkan orang bersesak, gambar spread tak ambik…
Tapi ni layout buffet…
Bayangkan la dengan meja rapat-rapat,laluan memang kecik sangat… tempat makan pun sempit…
Untuk hari kejadian, menu yang disediakan ialah :
Main course
Nasi putih Nasi kuning
Daging hitam Borneo Bread & Mushroom soup
Kuzi ayam Tauhu jepun
Udang (unknown) Spaghetti bolognaise
Sawi Ikan sweet sour
Ulam-ulaman
Sambal goreng Ulam yang dicelur
Ikan masin Telur masin
Keropok (a few types) Ulam raja
Sambal kacang Sambal belacan
Cencalok
Dessert
Serawa durian Talam berlauk (cold)
Kuih lapis Lapis suji
Fruit punch with nata de coco Bubur chacha
Buah-buahan potong
Drinks
Pink Guava Orange (cordial)
Teh panas Kopi O panas
Air suam
Langkah selamat diambil, ambik air banyak-banyak sementara tunggu buka puasa…dan sempat grab beberapa jenis kuih…
Once dah buka puasa,baru pergi ambik makanan sebab orang dah start kurang dekat tempat makanan…
1st batch makanan
pinggan besar : Nasi putih, nasi kuning, Daging hitam borneo, kuzi ayam, udang masak tak tahu, sawi Chinese style, tauhu jepun, ikan sweet sour
piring : telur masin, sambal belacan, ikan masin, sambal goring
mangkuk kecil : kerang bakar
piring ulam (Nampak sikit dalam gambar) : kentang, bendi,sengkuang, kacang panjang, kuah kacang
ada jugak ambik jelly dan pudding dan beberapa jenis kuih… tapi satu pun tak habis..
Start makan, terkejut besar! Sebab daging tu BASI…BASI ok! Masa ambik lauk tu memang dah ada bau semacam tapi tak tau lauk mana yang rosak… bila dah rasa memang failed!
Makan makanan basi masa berbuka puasa adalah a big NO! especially bila anda dengan bangga menggunakan “Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan”
Okay ada lauk lain, kita makan lauk lain… kuzi ayam pun sama je…bau dan dah rasa masam T_T
Makan sayur, okay sedap…dan ikan tu. Sedap jugak…
Nasi kuning tu, my friend ambik dan nasi tu jelantah… luckily my plate nasi tak jelantah…Kerang tu tak makan sebab memang ambik untuk Mr Hubby… malas nak mengopek haha … Ulam pulak, kentang dia dah berlendir, bendi tua, tak boleh nak makan… sambal kacang ok lah berasa…
Untuk piring telur masin, sambal goreng dia memang sedap! *clap clap*
So 1st batch done, ambik makanan lain pulak iaitu mi rebus…Mee rebus portion dia x besar, so memang ngam lah…Ada condiments yang lengkap tapi ambik apa yang nak makan je…Sayangnya kuah cair dan tak berasa sangat tapi okay lah sebab tak basi LOL
Habis mee rebus, ambik spaghetti bolognaise, which mengecewakan…
Kuah dia dah berbau dan slimey… erk…So tu makan ratah-ratah je lepas tu surrender…In between mee rebus dengan spag, ada ambik bubur chacha…Makan sikit je sebab santan rasa mentah….sangat lah tak sedap…
Okay done sesi makan dekat situ… Sate, ikan bakar dah habis… bubur lambuk tinggal sikitttt sangat so tak ambik, roti dan mushroom soup dah habis… yang lain semua dapat rasa…gambar-gambar lain dah corrupt!!!! geramnye la rasa...
Rate yang boleh di bagi ialah 1 dari 5 bintang… tu semua berlaku sebab makanan basi... harapnya pihak Malay Village dapat perbaiki apa yang dah terjadi… orang datang makan bukan free…
♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang