* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

January 2, 2011

Siakap stim recipe (Chinese style)

Masakan orang yang x rajin... sebab nak masak dia sangat simple.. hehe
cuma perlu ke pasar untuk membeli ikan...

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap
1/2 bahagian sawi jeruk
beberapa biji Salted Plum
1 biji bawang
1 ulas bawang putih
1 inci halia
garam secukup rasa
air masak (mengikut citarasa)

  1. Sediakan tempat mengukus. Didihkan air. boleh gunakan periuk ataupun kuali.
  2. Hiris bawang, bawang putih, halia dan sawi jeruk
  3. Susun ikan di dalam pinggan yang ingin digunakan (digalakkan pinggan sedikit melengkung untuk kuah)
  4. Susun bahan-bahan yang dihiris tadi di dalam pinggan, lumurkan jua di atas ikan
  5. Ambil salted plum beberapa biji dan penyekkan, letak di dalam pinggan
  6. Taburkan sedikit garam di dalam pinggan
  7. Tuangkan air masak mengikut citarasa (jangan guna air paip sebab air di dalam pinggan x akan mendidih)
  8. Letakkan pinggan ikan di dalam tempat mengukus, kukus selama 15 minit atau sehingga masak (cucuk ikan guna garfu untuk pastikan isi masak atau tidak)
  9. Sedia untuk dihidangkan... lebih enak dimakan ketika panas2...

Sawi jeruk yang dihiris
Bahan-bahan yang dihiris disusun di dalam pinggan

Salted plum (lebih senang dicari di kedai runcit Cina)
Salted plum


Sebelum dimasukkan ke dalam tempat pengukus
Dah siap! *warna ikan dan kuah akan berubah*
Close-up

CUBALAH! :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...