* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

July 19, 2013

Tips perniagaan online

hai! eh dah puasa la...

kejap je kan masa berlalu?
tapi lama dah x update blog ni....

susah la laptop rosakkk....isk...

so post hari ni, pasal tips perniagaan online...
sebagai seorang pembeli online tegar (dulu la) dan juga pernah membuat perniagaan online,rasanya nak share sikit tips buat pembaca blog ni...huhu

moga tips ni berguna untuk peniaga online yang baru dan mungkin peniaga lama boleh apply tips ni jugak untuk tingkatkan market anda..

Benda yang paling penting, pastikan anda beri penerangan yang LENGKAP dan TEPAT untuk produk anda...
Terutama dari segi EJAAN...bayangkan lah kalau ejaan dah salah, macam mana orang nak datang mood membeli?

dari segi harga, jangan lah suruh PM ke apa... tak adil kepada buyers lain... melainkan buyer nak negotiate dengan anda, itu baru lah PM...

Then, pastikan anda reply/respond pada pembeli punya enquiry berkenaan produk/servis anda... Jangan buat orang ternanti-nanti... nanti mood nak membeli tu hilang...

Respond pada bakal buyer dengan manner yang baik. Bukan dengan reply sms "K" sahaja...anda kena fikir dia tu nak bagi rezeki pada anda.. benda ni baru je terjadi minggu lepas... grrrr.

Pastikan anda dapat dihubungi...sama ada melalui telefon ke, sms ke, email ke... Jangan dah bagi saluran untuk buyer contact anda, tapi anda pulak yang tak bukak handphone dan email (serta sebagainya)

Percaya atau tidak, memang anda akan berhadapan dengan FUSSY buyers... bertenang, jangan marah-marah sebab smua orang ada pengalaman pertama... mungkin buyer pertama kali beli barang online.. mungkin juga itu pengalaman pertama anda dengan fussy buyer... keep calm dan beri respond yang terbaik okay?

Selepas dua-dua pihak bersetuju, anda boleh minta buyer untuk bank in amount kepada anda... tips terbaik, pilih akaun bank yang selalu digunakan oleh ramai orang (Maybank/CIMB) supaya tak ada "floating" pada amount yang di bayar kepada anda..

Pengeposan hendaklah dibuat dalam waktu terdekat selepas pembayaran...jangan bagi orang tunggu lama (ini tidak applicable kepada produk pre-order)

Jangan sesekali lupa bagi tracking number kepada buyer anda! Ini tahap paling penting... jangan ingat anda dah dapat duit,anda boleh lepas macam tu je...tolong ingat yang orang bayar anda untuk produk itu...

dari segi pengiklanan, rajinkan diri buat marketing... rajin bukan bermakna sentiasa okay? plan waktu yang sesuai untuk buat promo... buat promo ketika ramai orang online so scope pembeli tu besar sikit...

haahhh...rasanya dah cukupla kot tips untuk kali ni...
kalau teringat nak tambah, nanti la buat post lain...hehe
Selamat berniaga! :D

sorry bahasa campur BM dan English...

Selamat berpuasa!!

 Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...