* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

February 28, 2011

Jom Join Bloglist Blogger Baru


Ha... join lagi segment yang dianjurkan orang... ini adalah saya ingin menyenaraikan blog saya di blog comel ni... Comel kan banner ni...

Blog ni telah melancarkan Jom Join Bloglist Blogger Baru..

Blog i ni dah lama dah bertapak... cuma baru nak active..

Follower saya kurang dari 300 orang! *excited*
Makanya saya menepati syarat yang diberikan.... x kira baru ke lama... ;p


Kepada sesiapa yang nak join, sila ke link ini... :D

10 principles for peace of mind


Halu.... today is Monday... mesti ramai yang Monday Blues right?
So post kali ni yang x berat punya... untuk menenangkan minda... :D
Dan mengingatkan diri sendiri jugak... x nak stress...

stress = makan = gemuk = bertambah stress... hahaha

10 langkah untuk mendapatkan minda yang tenang...

1. Do Not Interfere In Others' Business Unless Asked.

Ni most of us hadapi sebab kita ni diajar untuk jaga kain orang... bukan nak kata x boleh jaga langsung, tapi beragak la... jangan sampai jiran sebelah masuk hospital pun kita x tau... (tu dah sampai tahap Bloody Unconcern)... kita pun x suka kalau orang asyik interfere dalam hal-hal kita kan? So,unless being asked to, jangan jaga sangat kain orang... mari jaga kain sendiri...

2. Forgive And Forget:

Selalunya yang buat kita pening,sakit kepala and hati, adalah bila kita berdendam... sesungguhnya ia adalah benda yang tidak sihat untuk diamalkan...silap-silap dapat darah tinggi nanti... Hidup ni terlalu singkat untuk moments yang x indah ni... memaafkan,melupakan dan teruskan hidup... Cuba amalkan ni sebelum tidur, "aku maafkan semua orang yang buat salah dengan aku walaupun secara sengaja atau tidak." percayalah,anda akan rasa tenang... :D

3. Do Not Crave For Recognition:

Jangan terlalu pentingkan nama... Semuanya nak nama dia... Lame-lame orang jadi x suka.. Amalkan "tangan kanan memberi, tangan kiri pun x tahu"... jadi humble... Hidup kita lebih mudah...

4. Do Not Be Jealous:

Jealous? sape x pernah jealous kan? tapi ada dua jenis jealous dalam dunia ni... Ada yang jealous ke arah kebaikan, tapi ada juga yang ke arah hasad dengki... Selalunya orang jealous yang jenis kedua tu... buat apa nak cemburu dengan orang lain? masing-masing mempunyai rezeki masing-masing... sekiranya si A ni lebih berjaya dari anda sekarang, x mustahil suatu masa nanti anda lebih berjaya dari A... Maka, sekiranya anda cemburu jenis kedua, tukarkan ia kepada cemburu jenis pertama... berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti orang yang dicemburui... baru la cemburu sihat namanya tu...


5. Change Yourself According To The Environment:

Masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau,mengaum... tapi jangan pula masuk kandang anjing, mengajing... naya nanti... hahaha... Makanya,kita kena sesuaikan diri dengan environment sebaiknya... memang susah mula-mula, tapi mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan? nak makan pun kena kunyah dulu baru boleh telan... once anda berjaya menyesuaikan diri,percayalah,hati dan minda akan senang sekali... ;)


6. Endure What Cannot Be Cured:

bukan semua benda dalam kawalan kita... tapi sekurang-kurangnya,kita boleh mengawal semua tu dari berlaku... kiranya macam accident,kita memang x boleh nak jangka.. tapi kalau memandu dengan mengikut had laju semua, kira kita ikhtiar untuk mengelak accident kan?

7. Do Not Bite Off More Than You Can Chew:

Ok... semua orang willing nak terima macam-macam tugas but end up satu pun dia x dapat nak siapkan... yang dikejar x dapat,yang dikendon berciciran.. jangan serabutkan kepala dengan benda yang x diperlukan... lebihkan kepada ibadat lagi baik.. semakin banyak beban yang ditanggung,semakin serabut kita rasa... kemudian kita sendiri penat dari segi mental and fiziakl...

8. Meditate Regularly:

Bertafakur? mungkin bagi muslim lebih elok untuk melakukan muhasabah diri... duduk selama setengah jam di tempat yang sunyi, muhasabah apa yang dilakukan sepanjang hari atau minggu... tenangkan fikiran dari benda-benda yang x sepatutnya...

9. Never Leave The Mind Vacant:

haa.... janagn terlalu kosong pulak minda tu.... bila minda kosong,mula la fikir macam-macam yang mengarut kan? Maka, jangan tinggalkan minda anda sendirian...kerana syaitan banyak menghasut ketika itu... seeloknya kekalkan di fikiran benda-benda positif... even sebelum tidur sekalipun,jangan kosongkan minda... fikirkan benda yang menyenangkan hati dan berselawat...

10. Do Not Procrastinate And Never Regret:

Hargai masa... jangan habiskan masa terlalu banyak untuk membuat keputusan... takut-taku nanti terlalu banyak masa dihabiskan dan tiada satu tindakan pun diambil...sekiranya dah membuat sesuatu keputusan,jangan di risaukan lagi,biarkan je... walaupun ia keputusan yang salah,ianya lebih baik dari tidak membuat sebarang tindakan.. jangan dikesali apa yang dah berlaku... let bygones be bygones..

Ok,tamatlah sudah post hari ni... petikan dari lovebeats.org..
i pun masih lagi belajar untuk mengamalkan semua ni... masih belajar untuk menjadi seorang yang optimistik...
i harap semua orang pun camtu...
doakan kejayaan i and i pun sentiasa mendoakan kejayaan semua orang dalam menjadi lebih optimistik..

Mari kita semua ke arah hidup yang lebih sihat!

Luv,
ketawariang

February 27, 2011

Tersenarai dalam 1 jam 1 blog

yeay!! gembira sebab i ada dalam list BlogpilihanMalaysia, 1 jam 1 blogger...
Masa mereka publish untuk interview tu, terus i taip laju-laju untuk join.... :D

semalam pulak was a hectic day sebab from Pasir Gudang to Batu Pahat.. then sampai je rumah, gi celebrate Birthday my sister... akan di post kemudian entry tu...
memang x sempat nak bukak blog BPM..

So pagi-pagi ni bangun terus je bukak BPM's blog... cari slow-slow... tiba-tiba nampakKetawariang... oh menjerit2 kegembiraan... haha...teruja sebab 1st time berjaya bila masuk entry-entry khas camni... dulu buat contest ucapan kekanda adinda x de rezeki nak menang... huhu


ape pun, thanks to BPM sebab cheered my day up! :D

Entry tu ada di sini...

February 19, 2011

Post saja2...

haha post gedik-gedik sebab dah x ada idea nak menaip... dari tadi dok perah otak....
ni je idea yang dapat...
saja-saja main cintan cintun manja2 kat fb tunang i... bukan tunang orang lain...
org yg baca mesti kata ek eleh nak manje2 pulak die ni....

ha... di situ la i dapat point... tu facebook tunang i... bkn fb u kan? so... yang nak sibuk2 kenapa?
kalau rasa macam annoying je,sila klik HIDE... tau kan? x pun, berambus je dari page tu... apelah...ade banyak benda lain bole buat...

sejak akhir-akhir ada golongan manusia yang sangat dengki dengan orang lain...
dok stalk orang punya facebook... then kutuk2.... alamak,orang camtu pun ada ke?
then kuar story "eh die tu berlagak ek" "apesal semua die nak upload?" "mak die x kisah ke eh?"... hahaha...
kelakar plak... kalau sekalipun i berlagak ke ape sekalipun...ckp je la straight kan...jgn la kantoi kt fb org lain... bikin malu je kan...
lepas dah puas kutuk i,kutuk orang lain pulak... kain sendiri koyak tu kak@bang... jangan dok jaga kain orang... itu dinamakan golongan kurang kasih sayang...

so... kepada yang makan cili rasa pedas,sapa makan timun rasa pahit,sapa makan lada hitam rasa pijar....etc...

x salah nak tengok facebook or blog org... jadi silent reader sekalipun... tapi jangan asyik cerita pasal orang lain... macam x de modal lain.... cuba cerita isu semasa... kan lagi berfaedah...

harap jangan marah ye... post di kala idea kering...




February 12, 2011

Simple and easy caramel pudding

Woah! teringin sangat nak makan caramel pudding tadi....
surfed few recipes on the net...
so ni ape yang aku dapat while surfing just now...
combinations of few recipes untuk memudahkan kerja... huhu


Simple and easy caramel pudding

bahan-bahan gula hangus :
Gula -3 senduk
air - sedikit (hanya untuk melarutkan gula and memudahkan proses memasak)

bahan-bahan puding :
telur Gred B - 8 biji
Susu cair - setengah tin
Gula pasir - 200 gram
air - setengah tin susu cair
sedikit esen vanila

  1. sediakan gula hangus. untuk menyediakan gula hangus, campurkan gula dan air di dalam kuali, gunakan api yang sederhana, kacau sehingga gula menjadi keperangan dan pekat (seperti gula tarik). *gunakan senduk besi atau sudip besi dalam proses ini*
  2. Tuang gula hangus di dalam loyang dan ratakan sehingga melutupi seluruh permukaan loyang.
  3. sediakan puding.
  4. pukul telur bersama gula sehingga sebati. proses ini hendaklah dilakukan dengan perlahan agar telur tidak berbuih atau puding akan masak dengan berlubang-lubang kecil.
  5. setelah telur dan gula sebati, masukkan susu cair, esen vanila, dan air... kacau semula dengan perlahan sehingga semua bahan sebati.
  6. sediakan pengukus. tuang adunan puding ke dalam loyang yang telah diisi dengan gula hangus dan kukus dalam 25 minit atau sehingga masak *tips untuk mengetahui tahap "kemasakan" puding, cucuk garfu ke dalam puding, puding telah masak sekiranya ia menjadi seperti agar2*
mungkin boleh dijadikan sebagai minum petang hari ni... :D

Selamat Mencuba!

February 10, 2011

Can I Have them?


Poppy Patent With Flower Large Highlight

Tadi tengah-tengah baca email ada 1 iklan Coach.... Valentine's punya collection....
saja tengok-tengok...
tapi ternampak Beg ni.... alamak gorgeuosnya merah ni!!!
cantik letak atas dulang hantaran!!

bila check harga, $ 488.00 meaning dalam RM 1,300++... alamak...dia punya harga....
akan ku kumpul duit untuk beg ini... huuuuu


Jazlyn Wedge


Tengok wedges plak, $ 198.00


i wish i can have those on the hantaran dulang later!

p/s : ada sesiapa nak belikan tak? x pun, bagi aku beli dengan bayaran installment... huk3

February 8, 2011

Lets backlink :D

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Jogja-Blogger
2. Tutorial Blogging Internet Bisnis Online
3. pVidia Blog
4. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
5. Bisnis di Internet
6. Blogging-Surfer
7. Tintalughahwi
8. Igauan
9. Ad-dai’
10. kakngah
11. zlh@n
12. LYAfrina
13. download mp3 percuma
14. bâ„“og buĂ°ak χ-nakaâ„“ ♂
15. Life's ain't easy!

PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

sampai penuh keretapi orang backlink Smiley

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,625 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.
Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.
Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink.
Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).


tak rugi pun kalau cuba..
sekurang-kurangnya dah bertambah satu entri Smiley Smiley
selamat berjaya!!~


February 7, 2011

Ucapan Romantis Untuk Kekanda


Fatihah & Saiful Bahri's Engagement Day
06th November 2010


Dengan segala hormatnya, i nak join Ucapan Romantis untuk Kekanda ni.... dianjurkan oleh blogpilihanmalaysia....

Makanya post ni adalah untuk kategori Ucapan Untuk Si Teruna memandangkan i ni dah engaged... :D

Perkenalan kami berlaku pada tahun 2004 ketika i keluar dengan kawan2 i... dah banyak kali i dengar nama dia ni disebut2 oleh kawan2...
Disebabkan ketika tu i dah berpunya, so i x ambik "port" sangat dengan dia ni... heheh

Masa balik dari pertemuan beramai2, dia ada menegur "Kalau jatuh, bangun sendiri"..
That was the sweetest moment sebab sampai skrg kami teringat moment tersebut...

Kami tidak bertemu atau berhubung selama setahun...
Akhir Disember 2004, aku menghubunginya (hanya sebagai sahabat)... beliau memang seorang yang caring.. and sangat happening... pandai mengambil hati.... *bangga la tu*
tapi pada 9th January 2005, around 9pm, i telah dipelawa untuk menjadi Girlfriendnya.... Disebabkan masa tu tengah kecewa... *cewah-cewah* i pun terima... maklumlah Puppy Love kan...
Dari tahun ke tahun, kami jadi makin rapat and makin sayanggggg kat dia!
Hubungan kami dilanda ups and downs macam pasangan lain... Ditentang hebat oleh orang lain...

Saat paling manis :

Alhamdulillah, Syawal 2010 membuat aku tersenyum.... Parents beliau ingin masuk meminang..
Kami baru dilanda badai besar ketika itu...
Hasrat disampaikan ke ibuku dengan mudah... :)
alhamdulillah.... family x membantah... umur baru 22 masa tu...
tarikh ditetapkan untuk majlis merisik dan bertunang...
Segala persiapan dilakukan... semuanya berjalan lancar sehingga hari majlis...
Kami ditunangkan pada 6th November 2010 atas persetujuan kedua2 belah pihak...

Ucapan buat Kekanda:

Dear Saiful Bahri, selepas 6 tahun kita bersama, dengan 5 tahun "bercinta jarak jauh"; seorang di JBahru seorang di BPahat, akhirnya kita bakal disatukan... Terima Kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat, masa, wang, tenaga dan semuanya... Semakin hari semakin i tidak sabar untuk menuju hari bahagia kita... Walaupun dugaan-dugaan melanda, kita akan tempuhi bersama dengan penuh sabar dan tabah...
♥ i love you sayang ♥


GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI



woah! sekian lama bercuti dari update sebab cuti panjang.....

tadi bukak blog deqdeq and jumpa dia buat post utk Ben Ashaari.... so disebabkan baru nak aktif berblog ni. i decided untuk turut serta dalam Gegar 1000 blog oleh Ben Ashaari ni!


Kot2 dengan "gegaran" ni i boleh tambah followers kan? *macam biasa : no harm trying*

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Mode : nak update blog sebab nanti nak kena GEGAR! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...