Ini adalah DIY project yang telah dijalankan oleh Daddy ku yang hensem , Mr Sallehuddin.
Walaupun post ini SEPATUTNYA di buat lamaaaa dahulu,
HAHA.
So, dekat rumah di Batu Pahat, kami memang selalu menerima kunjungan burung-burung yang kelaparan. Bermula dengan meletakkan buah-buahan di atas kayu, my brilliant dad came with this idea untuk menukarkan sebatang pokok kepada platform untuk burung makan dan lepak.
Siap ada tempat mandi burung ok.
So what you will need are :
- Kayu pallet (easier since dia dah ada frame sendiri)
- Pengumpil kayu (or besi i guess)
- Tukul besi
- Benang (pergi hardware cakap nak benang untuk tandakan letak simen)
- Ukur dan tandakan tempat yang anda ingin letakkan platform tersebut. Gunakan benang yang anda beli dari hardware store tadi.
2. Kemudian letakkan kayu pallet di sekeliling pokok anda (teknik mungkin berbeza untuk setiap
pokok)
3. Once anda dah ada tapak, time untuk kemaskan platfrom tersebut dengan kayu-kayu supaya
platform ini tidak mempunyai lubang
Okay dah siap! My dad siapkan satu tempat untuk gantung buah-buahan seperti sesikat pisang.
Since burung-burung takkan datang bila ada manusia berhampiran, so gambar ini di snap dari parking area sahaja.
Watching birds makan dan melepak dan even "mandi" dekat situ merupakan pemandangan yang paling seronok.
Apa lagi?
Jom cuba!
♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang