* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

February 12, 2011

Simple and easy caramel pudding

Woah! teringin sangat nak makan caramel pudding tadi....
surfed few recipes on the net...
so ni ape yang aku dapat while surfing just now...
combinations of few recipes untuk memudahkan kerja... huhu


Simple and easy caramel pudding

bahan-bahan gula hangus :
Gula -3 senduk
air - sedikit (hanya untuk melarutkan gula and memudahkan proses memasak)

bahan-bahan puding :
telur Gred B - 8 biji
Susu cair - setengah tin
Gula pasir - 200 gram
air - setengah tin susu cair
sedikit esen vanila

  1. sediakan gula hangus. untuk menyediakan gula hangus, campurkan gula dan air di dalam kuali, gunakan api yang sederhana, kacau sehingga gula menjadi keperangan dan pekat (seperti gula tarik). *gunakan senduk besi atau sudip besi dalam proses ini*
  2. Tuang gula hangus di dalam loyang dan ratakan sehingga melutupi seluruh permukaan loyang.
  3. sediakan puding.
  4. pukul telur bersama gula sehingga sebati. proses ini hendaklah dilakukan dengan perlahan agar telur tidak berbuih atau puding akan masak dengan berlubang-lubang kecil.
  5. setelah telur dan gula sebati, masukkan susu cair, esen vanila, dan air... kacau semula dengan perlahan sehingga semua bahan sebati.
  6. sediakan pengukus. tuang adunan puding ke dalam loyang yang telah diisi dengan gula hangus dan kukus dalam 25 minit atau sehingga masak *tips untuk mengetahui tahap "kemasakan" puding, cucuk garfu ke dalam puding, puding telah masak sekiranya ia menjadi seperti agar2*
mungkin boleh dijadikan sebagai minum petang hari ni... :D

Selamat Mencuba!

4 comments:

Unknown said...

mcm nak cuba gak la..tunjuk la pic.....heheh

ketawariang said...

nana : gmbr xde... bnde tu da abes... huhu... nnt kalau kot2 ade extra nnt upload gmbr yer... huhu...sorry3... slmt mencuba!

Unknown said...

sedapnye caramel

ketawariang said...

warna : thanks... buat la...snang jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...