* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

June 23, 2016

Legoland

Ni pergi masa bulan April haritu.
So pagi-pagi dah gerak ke Nusajaya untuk ke Legoland ni.
Harga tiket boleh tengok kat bawah okay.
Tapi since kitorang beli Annual Pass sebab ada promo untuk Johorean, so tak de la beli tiket segala.
Cuma pergi redeem annual pass je.




Gambar sebelum masuk.
The night before bukak youtube bagi Faqih tengok Legoland punya rides semua.
Jadi dia excited untuk pergi Legoland paginya.
Itu tips untuk ibu bapa sekalian bila nak bawak anak ke tempat yang baru ye.

Pagi-pagi kejut cakap "Faqih, jom bangun nak pergi Legoland" ha terus terbukak mata dia.

Ride pertama kita pergi is Boating School.
Sebelum kahwin pernah pergi sini dengan member tapi ride ni penuh ke tutup ke tak pasti.
Maka kami pun naik lah bot ni berdua sebab dia tak boleh dua adults dalam satu bot.
Kat sini bot tu kita bawak sendiri, which is Faqih la handle, habis dilanggar tembok-tembok.




Haruslah snap gambar kat sini kan


Kemudian naik airport ape tah dengan main bomba tapi tak snap sebab handphone simpan molek-molek dalam poket haha

Then naik Observation tower kalau tak silap nama dia.
Macam Menara Taming Sari kat Melaka tu.
Nampak lah satu Kota Iskandar dari situ.


Budak tak gayat boleh diri kat situ rilek je.


Then masuk Ninjago show, memang menarik seh.
Excited pulak tengok sebab selalu trick orang pakai baju hitam gerak-gerakkan patung tengok dalam tv je ni real depan mata.




Ni dekat 4D movie punya tempat.
Ada walk of fame gitu.



Then main bricks dekat zone Imagination.
untuk budak lelaki memang ni sangat seronok okay.
Even adults pun lepak tempat ni untuk main race kereta lah, gravity test lah.
Tapi sebab apaknya tidak berminat nak main lego pada hari tersebut, so kitorang pergi kids corner yang pakai Duplo.
Which is bigger and easier to handle.
Layan Faqih main lego kat sini tapi rasa macam mummy ayah yang over haha.



Then kita pun keluar. Pakai annual pass boleh masuk 365 hari setahun.
So untuk hari tersebut kitorang main half way je.
Later pergi lagi separuh yang tak sampai.


Ok cubaan ambik gambar loncat.
Cuba tengok Faqih kat belakang tu tengok ayah dia.



So dia pun nak loncat jugak.




Okay handphone mummy tak cukup canggih.
Nanti kita beli digital camera okay anak.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 22, 2016

Selamat Berpuasa!

Ahaa....
Dah nak habis puasa dah baru reti nak update blog kan?

Kalau tengok macam dah lama jugak tak buat blogpost.

Maklumlah sekarang ni hectic jugak hidup.
Walaupunnnn ada banyak benda untuk dikongsi tapi masa mengekang nya haha.

Tambah-tambah bila handphone rosak.
Gambar pun tak boleh nak snap.

So memandangkan ni bulan puasa, kita share pasal buka puasa la ek.
Setakat ni memang lebih selalu masak dari membeli di bazar.
Pergi bazar pun tak tahu ape nak di beli.

Cuma last week Mummy Daddy ajak our grandparents and my in laws untuk buka puasa together-gether.

Sebelum tu pergi Kedai Emas Anuar yang glamer kat Kota Tinggi tu.
Alhamdulillah rezeki thank you Daddy.

Sehari sebelum dah book meja dekat Selera Senibong Seafood.
Jadinya bila sampai tak de la gelabah cari meja. Alhamdulillah book meja bawah bumbung sebab hari tu hujan masa nak berbuka.

Gambar makanan tak de sebab kelam kabut dan tak de hp nak ambik gambar haha.

Cuma mintak budak kedai ni tolong snap gambar ramai-ramai.
Memang sporting staff kat sini mungkin sebab kitorang selalu datang (sangatttt)






♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

May 19, 2016

April yang sungguh busy!

Okay bulan April memang bulan yang tersangat lah busy.
Sebab penuh dengan birthday.
Mula dengan birthday beloved husband on the 12th.
Tengok kat FB ada promo pakej surprise untuk birthday.
So laju-laju gi book orangnya dengan makanan dekat Revert Cafe ni.

Pada hari kejadian, bawaklah husband ke cafe ni, sampai area parking sudah kantoi haha
sebab kedai tu cermin dia see through.
Jadinya walaupun set meja paling hujung, tetap boleh nampak dari luar.




Jadinya kami order nasi goreng ape lupa dengan mearballs.
Kek satu slice je sebab pergi pun bertiga kang jenuh nak abeskan.
Lepas dinner tu pusing-pusing Pasir Gudang and balik rumah.

Walaupun kantoi dari luar kedai lagi, husband cakap dia happy and terkejut jugak.
Kira menjadi jugak lah kan?


Then selang beberapa hari dapat invitation birthday bash celebration.
Memang selalu buat tiap-tiap tahun. 
My auntie, uncle, second cousin and husband punya celebration.
April babies gitu.

Sadly my sister was not able to join.
Dia pun one of April babies jugak.
Masa tu datang bawak nasi, ikan goreng dengan sambal udang.
My auntie masak soto... oi sedap..





 Walaupun kek birthday to wife, kitorang lump sum je celebrate haha.


 Okay setel dua birthday, ada lagiiiii....



♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!
 Love, #ketawariang

May 18, 2016

WW - Tunang



♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

May 9, 2016

Eh dah raya ke?

Haaaa, dah mula dah orang iklan kuih raya sana sini.
Maklumlah dah nak masuk bulan Syaaban.

Masing-masing pun berebut ganti puasa HAHA


Speaking of which, i am still paying my puasa yang tidak ditunaikan last year.

Tengok gambar atas tu? Ia adalah pandangan biasa dalam family kitorang sebab dalam setahun lebih 10 kali makan menu macam tu.
Rasa tergerak nak makan lauk raya, terus masak.
Pulak tu masing-masing dah pandai masak, kira seorang masak satu lauk pun dah banyak lauk akhirnya jadi atas meja nanti.

Cuma tang ketupat je pass baton ke my second sister. Dia dengan my parents yang power berketupat ini.

I POWER MAKAN JE HAHAHA

Bila tengok gambar tu lagi, rasa rindu kat kenangan masa kecik dulu.
Masa tu tau main-main, berjalan, berhari raya dengan sepupu sepapat.

Ingat lagi masa my cousin beli DSLR, so masa raya tu lah masing-masing pose time ambik gambar ramai-ramai.
Siap petang tu kitorang gi photo shoot lagi haha.

Sekarang ni masing-masing dah besar. Nak jumpa setahun sekali pun bukan main susah.
Lagi lah bila masing-masing dah kahwin.
Time untuk balik kampung mesti clash.

Haish rindu semua.

Tapi, deep inside me,the memories stay.




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...