* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

June 27, 2016

Main Mekap Mekap

Lepas kenduri rumah Mimie petang tu buat bonding session dengan sisters.
Ada dua sisters yang tak dapat join.

Ramai yang tahu we the sisters memang keluar rumah naked face. Without powder pun haha.
Tapi kadang-kadang nak jugak cantik kan.

Kita pergi kelas Mary Kay yeay.
Dah pernah buat appointment dengan akak ni tapi tak jadi.
So kali ni jadi akhirnya.

Masing-masing pun diajar macam mana nak cuci muka dengan cara yang betul dan yeay make up time!

Semua kena ambik gambar naked face.





Then colek sana colek sini, maka siaplah muka kami ni haha
Akak ni best sebab dia ajar kitorang macam mana nak mekap mata yang eyelid halus macam kami adik beradik.
Dan semuanya pakai glasses. Mekap macam biasa mana nampak kan.




Jadinya sebelum balik kita wefie ramai-ramai.
Laki dah call tanya bila nak balik haha


Masing-masing muka... mekap gitu..




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

January 25, 2016

Hospital Kuala Lumpur

Seminggu lepas Krismas pergi Kuala Lumpur nak visit uncle husband yang cancer.
Ambik cuti masa 1 Januari sebab Johor tak cuti, 31 Disember tengah malam sampai Putrajaya.

Tidur pukul 3 pagi kot sebab Faqih dah segar sebab tidur lama sangat dari JB sampai Putrajaya.
Last-last dia tidur pukul berapa pun tak tahu sebab mak bapak dah lepak tidur krohh krohh

Lepas solat Jumaat baru bergerak ke HKL.
Sebelum turun ambik gambar dulu tapi entah kenapa Faqih pose macam tu.




Sampai bawah suruh ambik gambar dengan "Motor shanye".
sebenarnya ialah motor besarnya.
Tapi due kepelatan dia, jadilah motor shanye.
Faqih ni diajar dengan guna words betul bukan bahasa pelat macam contoh mamam, babam dan macam-macam lagi.
cuma ada dua perkataan je kot dia sebut pelat.
Yang lain alhamdulillah sebut betul.


Selfie dengan Mummy lepas puas hati dapat ambik gambar dengan motor besar.





Ha Ikea ni yang kat Cheras. Lalu masa on the way hospita.
Dah pujuk-pujuk husband nak singgah tapi hampa sebab dia cakap "kan esok nak pergi yang damansara punya".
Maka berkuburlah harapan haha.
Walaupun orang cakap Cheras ni ramai gila orang, nak jugak try pergi sebab few barang dalam list to ikea tak de dekat damansara,




Ni lepas melawat Pak Anjang my husband yang tengah dapatkan treatment untuk cancer.
Moga beliau cepat sembuh.

Nasib lah ada ambik gambar ni, kalau tak tak de sekeping pun gambar kita bersama kat KL mi.
Haha dah masing-masing busy dengan anak.




Kota batu. Feeling-feeling nak letak dalam instagram gitu.
Last-last tak letak pun.

Balik dari HKL pergi Pandan rumah Pak Andak husband, alang-alang dah ke KL kan bukan setiap hari ke sana.

Ni sepupu sebaya, beza 4 bulan je Dhia dengan Faqih.
Memang geng je la bila berjumpa.



Nanti cerita pasal Ikea pulak.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

January 14, 2016

Satu bulan dah?

HAHA.

confident je kan cakap blog tak update dua minggu lebih.
Bila tengok balik last post, alamak dah nak sebulan rupanya.

end of year memang busy nak siapkan documents untuk audit, early of the year pulak merewang nak pergi holiday.

gitu.

so trip family ke Melaka dah pun berlangsung minggu lepas.
Bukan main banyak tempat nak review.
gambar pun melambak-lambak.

Kita cerita satu-satu eh nanti.



Hurmmmm sedapnya. nak lari pergi melaka kejap boleh?


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

June 15, 2015

40.9 Darjah Celcius! SERIUS???

Ni berlaku tengah bulan Mei haritu.
Mula-mula ingat Faqih demam biasa je.
So monitor temperature dengan bagi ubat.

Hari ke dua masih tak kebah. Bagi ubat macam biasa.
Hari ketiga tengok temperature 40.1 terus bawak pergi emergency HSA
sampai je terus kena mandi
melepek je dia.
Kesian yang sangat.
Dah buat blood test,semuanya ok kata Doktor.

Maka kami pun pulang, kena bagi ubat demam dan antibiotik.






Hair ke 5 demam still tak ok,instead of pergi kerja pagi tu (kami suami isteri rotate cuti tiap-tiap hari untuk jaga Faqih), terus bawak ke HSA sekali lagi.
Sampai sana temperature 40.9! ALLAHUAKBAR

masa tu jantung berdegup sangat kencang.
nurse suruh mandikan, buat xray dan admit.

Sampai wad, pakar suruh buat neb sebab Faqih kena pneumonia.
Aduhai luluh hati
masa tu memang fikir cepatlah baik Saiful Faqih.

Duduk hospital satu malam, kena neb setiap 4 hours dan antibiotik..
Alhamdulillah the next day dia okay sikit,tapi lepas tu demam balik..

Doktor diagnose Faqih kena bakteria infection.
Sedih rasa.





Darah sebab mengamuk time neb


Keluar dari hospital pergi jalan-jalan 

 Seminggu dah laki bini tak tidur sebab risaukan dia.

Alhamdulillah lepas seminggu lebih,Faqih jadi macam biasa.

Persoalannya sekarang, aku rasa macam nak resign je.
Rasa bersalah dengan apa yang jadi dekat Faqih.

Yay or Nay?





♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

June 11, 2015

Meraikan Yang Tersayang.

This post dah lama dah...
My saudara susuan came back sekejap from Australia.

Dah lama tak jumpa dia so kami berjalan ke Pontian untuk makan makanan raya.

Lokasi : Depan Hospital Pontian. Warung bertentangan jalan. Easy to locate.





 




Lauk sedap, makan burasak dan ketupat feeling like the Hari Raya seh!


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 30, 2013

Raya mood?

Raya lagi berapa hari jer....
dah kira malam 7 likur eh sekarang?

tahun ni beraya sebagai seorang isteri... in sha allah tahun depan dengan title baru...
doakan lah ye...


tahun ni tak shopping banyak pun....baju raya je tempah....tu pun kain dapat hadiah kerja kahwin...
mood raya tak sampai lagi ni...

nak tambah mood raya, aku pun beli cd lagu raya zaman dulu-dulu...
hahaa gitu kan...

p/s : company tak nak bagi bonus raya ke? masing-masing update status pasal bonus.... T_T




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

October 25, 2011

Awak Suka Saya Tak akhirnya di tanganku!


Alhamdulillah! Novel yang dinanti-nanti oleh semua peminat blog Melur Jelita akhirnya tiba di tangan ku!!

Sekian lama menanti,akhirnya dapat jugak i pegang novel Awak Suka Saya Tak (ASST) ni!

Sepanjang hari cuba check dengan poslaju tapi entah kenapa website tu asyik hang je....

akhirnya called Poslaju di Jalan Song, mereka kata barang dah keluar untuk deliver.....

tunggu punya tunggggguuuuu dapat call dari Mr Poslaju-man.... dia tanya i dekat mana....

since alamat yang bagi tu x ada orang,maka i suruh dia hantar ke yard je.....

that was around 2.30 pm....

percaya atau x,jantung x boleh nak berdegup macam normal...da macam perempuan tunggu kekasih tau x!

jam berdetik sampai 3.30pm...call pulak Mr Poslaju-man tu...dia cakap kejap lagi....

jam semakin laju berdetik.....kalau boleh nak hentikan masa...

kenapa i bertindak sedemikian??

Novelog yang ditulis kak Melur ni mulanya atas dasar suka-suka.... tapi disebabkan ramai peminat....maka kak Melur menyambung cerita ni....

dan alhamdulillah kini dah di'nyata'kan menjadi novel...
banyak kisah sedih,suka,gembira,marah dan macam-macam la masa ikut novel ni... T____T
ASST telah memukau peminat dari seluruh Malaysia! sampai ada group di facebook untuk novel ni....
walaupun jarang dapat follow group ni,tapi kami sudah saling kenal mengenali....
thanks kak Melur!

so kita sambung...

Mr Poslaju-man x tiba sampai lah 4.30 pm... waktu balik dah masa tu... sobssss...

cepat-cepat keluar office untuk tunggu depan gate yard....
lepas tu i jadi makin x sabar...i pun balik and redha je la....
tiba-tiba! nampak van Pos Malaysia menghala ke yard, i dengan berani mati buat u-turn dan ikut laju-laju belakang van tu....
sampai depan gate, i pergi jalan laju-laju untuk amik novel ni...

"eh mane plak Mr Poslaju-man ni?" tungggu je laaaa.....

lepas dia deliver barang kat office, i terus pergi dekat dia.... x sabar langsung hokey masa tu!!

dia pass parcel dekat i,i tulis nama, IC no and sign....

terus pegang parcel tu and ucap Alhamdulillah....
mesti Mr Poslaju-man tu heran nape la hai muka budak ni berseri-seri....
serius la... muka i memang teruk b4 i had that novel....
terus i koyakkan plastik tu untuk tengok novel tersebutttt...

then balik ke kereta,i senyummmmmm je sampai la ke rumah!
niat nak cepat-cepat amik gambar dengan novel ni....

so ni hasilnya! hahahaha



teruja x? heee

dapat je terus baca.....


thankssss akak!

yeay!!

THE BEST BIRTHDAY PRESENT EVER KAK!!

memang i berdoa banyak-banyak novel ni sampai kat tangan i masa birthday i...

alhamdulillah di makbulkan...

x tukar baju kerja pun,terus baring baca this novel....
mula-mula baca dari awal, tapi dah baca 50 muka surat, x sabar pulak!
terus baca sampai ke part yang kak Melur buat di blog...
haha mengelat.....
ada banyak pages jugak lepas final part yang kek Meluar publish...

habis akhirnya novel tu setelah 1 jam rasanya baca...

alhamdulillah...

bak kata kak Melur, dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil...

i menangis....menangis kegembiraan,terharu,sedih dan macam-macam...

novel ni memang sangat-sangat menyentuh perasaan...

anda boleh dapatkan di Popular bookstore berdekatan anda... :)

banyak-banyak terima kasih akak sebab akak lah hari saya yg x berapa ceria telah bertukar... :D

sayaaaaang akak!

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,

ketawariang

October 22, 2011

Whiteroom Photoshoot


Photoshoot suka-suka before i left Johor... :(

These photos were taken by Newlyweds Photography...

Pergi lah ke page mereka untuk tengok artwork and tempah la untuk wedding ke apa-apa event sekalipun..... :D

dah few times we all buat photoshoot dengan mereka...

dekat danga bay, dekat jalan dhobi.... ni yang terbaru, whiteroom... :)

memang sangat best!

kalau perasan,photoshoot kali ni i x pakai specs... hikss



sila baca... ;p

sobsss





love this photo! boleh buat front page kad kahwin kan...

cak?? haha


by the way, i ada pertaruhkan salah satu gambar ni untuk contest...hope nanti you guys boleh tolong ye?
tunggu later i post...
hadiah nya baju pengantin perempuan!
harap-harap boleh menang....

:D

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

January 2, 2011

Brownie - The Loving Mother

Hujan yang sangat lebat sekarang ni... Tiba-tiba aku terdengar bunyi anak2 anjing bising sangat.. (Brownie baru beranak 5 ekor anak semalam).. termasuk dengan suara brownie.. aku pun pergi tengok tempat dia duduk dengan anak-anak dia...

Rupanya bawah tempat dia berteduh tu ada lopak!! Brownie dah berjaya pindahkan 4 ekor anaknye ke tempat redup. Tapi aku dengar lagi sekor ada kat celah2 kayu yang bersusun. dalam hujan lebat aku angkat kayu2 tu.

tapi kudrat pompuan apa la sangat kan? aku carik lagi sekor dengan my youngest sister tapi x jumpa2. Brownie pun banyak kali pergi bawah kayu tu,tapi dia pun x jumpa. kesian kat dia....
aku pun give up n prayed for his/her best...moga die selamat kat bwh kayu tu walaupun sejuk x ingat.

then daddy and his worker keluar, angkatkan kayu-kayu yang aku da x berdaya nak angkat. Alhamdulillah! Jumpa puppy sekor yang tertinggal kat bawah timbunan kayu. aku pun letak kat dalam kotak yang dah dilapisi towel.

daddy letak zink supaya anak anjing tu x sejuk. aku angkat puppy tu tunjuk kat brownie tapi dia tengok je... x lama lepas aku tinggalkan anak dia dalam kotak, Brownie datang amik anak dia n bawak ke tempat yang 4ekor anak lain duduk.

Ya Allah.... Brownie ni bukan ibu anjing yang jaga anak dia... selalunya die tinggalkan anak dia lepas bersalin... Tapi kali ni nampak sangat yang dia sayang anak2 dia! habis badan dia basah n kotor asalkan anak die selamat.

Terserlah kesayangan dia terhadap anak-anak dia. Bunyi dia masa x jumpa anak dia tu wat aku sayu sangat.... Brownie, i love u!

Brownie n anak-anak tinggal kat bawah timbunan kayu ni...
ni gambar lepas kayu2 dialihkan..

...Tempat anaknye di jumpai...
...Kotak n zink yang tempat aku letak anak-anak dia..
.....Brownie n anak-anak di tempat baru...
i tried to move them ke tempat teduh tapi brownie x nak!
Ni dia tengah jilat sekor-sekor anak dia supaya kering...
Good job Brownie!


Kita tengok family lagi 1....
di 1 pihak lain
What? TIDUR???
*tempat Puppy dah dipindahkan sebelum ni... tiba-tiba semalam Brownie beranak jugak*
Pihak yang LAGI satu
Hurm....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...