* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

July 30, 2013

Raya mood?

Raya lagi berapa hari jer....
dah kira malam 7 likur eh sekarang?

tahun ni beraya sebagai seorang isteri... in sha allah tahun depan dengan title baru...
doakan lah ye...


tahun ni tak shopping banyak pun....baju raya je tempah....tu pun kain dapat hadiah kerja kahwin...
mood raya tak sampai lagi ni...

nak tambah mood raya, aku pun beli cd lagu raya zaman dulu-dulu...
hahaa gitu kan...

p/s : company tak nak bagi bonus raya ke? masing-masing update status pasal bonus.... T_T




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 27, 2013

Special dedication to my BFF :)

 
Post ini didedikasikan buat kawan baik saya, Nurhafizah aka Tad…

Nak tahu tak? Saya kenal dia dari tingkatan empat masa sekolah teknik dulu…
Kami satu dorm… dia dorm mate yang pertama saya jumpa…

Lepas sekolah kami sambung belajar di tempat yang berbeza…
Contact pun dah agak jarang…
Masa tu facebook,twitter, whatsapp dan sebagainya bukan lah macam sekarang…

Tapi, masa dia Latihan Industri, dia praktikal dekat company yang saya kerja masa itu…

Dan masa saya nak kahwin, dengan kelam kabut buat preparations, dia lah peneman setia saya tau…
Dia jugak merupakan pengapit ketika majlis saya…
Lagi beberapa hari nak kahwin, dia datang rumah saya… tolong siap-siap (kemas lagi betul kot) bilik pengantin…

Nasiblah saya dapat kawan yang rajin, buat kerja super pantas dan baik hati ni…
Masa hari nikah dan sanding, dia lagi busy dari saya… pastikan semuanya ok…
Kesian dia kepenatan tapi tak de pun dia mengeluh…

Sekarang dia masih lagi kawan baik saya, tiba masa saya pulak tolong dia :D
Happy dan excited tau! yeayy

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan :

Dear Tad, thanks for always being there for me…
Mintak maaf banyak-banyak kalau selalu buat ko marah…
walaupun kita sama-sama ikut perasaan je, ko tetap melayan…ko sentiasa ikut walaupun aku sentiasa ajak ko gi KSL…haha…
takziah atas kehilangan ayahanda ko… aku mintak maaf sebab aku lambat sangat dapat information tu…
aku doakan ko berbahagia dunia akhirat tau? Tak mau lah marah ke sedih ke…
lepas ni entah dapat tak lepak macam dulu-dulu… mane nak pergi kita bantai je…
ni dua-dua busy kerja, mungkin nanti kita lepak dengan bertambah jumlah orang… hehe…
moga kita berkawan sampai mati… insyallah.



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

August 8, 2011

Berkecamuk!

Assalamualaikum semua...

pejam celik dah ramadhan ke 8 hari ni kan?
dan lagi dua hari je blog ni dah berusia 4 tahun!

tungguuuu Giveaway/Contest sempena tahun ke-4 ni ya?

Join la nanti...hehe


Sebenarnya....

hati i x berapa sedap sekarang ni....
i'm scared! scared of everything.....

baca blog, ramai yang berputus kasih... Ya Allah...takutnya kalau itu yang berlaku padaku...mintak dijauhkan!!

x tau la...sekarang ni hati fikir macam-macam...sometimes i just rasa nak give up! malas nak fikir pasal orang lain....

it is not easy jadi tunang orang...

jantung ni sentiasa bergedup kencang....

bukak facebook pun laju je berdegup....

tengok handphone pun sama...


Ya Allah...apakah petanda yang KAU cuba tunjukkan ni?

Nak menangis. memang nak menangis... at least hati boleh tenang sikit....

i wish ada punca i can cry.... sob3....


hurm~

p/s : entry ni x ada kene mengena dengan Mr F.... just luahan hati yang x sedap...
dan jantung masih lagi berdegup laju!

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥Luv, ketawariang

April 21, 2011

Kedai Blackwood kini dibuka

Assalamualaikum....

dengan lafaz Bismillah, saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuka satu blog untuk menjual Premium Cat Food berjenama Blackwood - Adult and Kitten...

Kepada pencinta kucing yang ingin membeli makanan kucing ini,sila hubungi saya di








Dijamin harga termurah di kawasan Selatan Malaysia...

Sila war-warkan kepada rakan-rakan yang ingin membeli produk ini... segala info dan harga termaktub di dalam blog tersebut..

Jasa anda semua amatlah dihargai...


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

March 29, 2011

nak menangis boleh? *penangan DURIAN dan ANUAR ZAIN*


huuuuu.... hari ni baru 29th march 2011....
nak menangis rasanya....
bile tengok blog dan facebook orang lain,masing-masing cerita pasal durian! durian.... oh durian...
terliur ni....

Enaknyaaaa
nak!!

makan durian, pose durian, bubur durian...even my sister pun upload gmbr durian! woaaaaaa...

kat kampung, sekilo rm1... tu pun x sempat-sempat nak beli... now dah jauh...menyesalnya x beli...

semalam pergi kip mart Masai, ya ampun... banyaknye durian.... :(

mula-mula ingat nak beli durian.... en fiancee dah offer dah...
tapi i cakap,x pe malam ni i dapat gaji (mengajar tuition).... so boleh makan puas-puas...
so esok je la pergi.... (hari ni la tu)....
sekali...... semalam budak tu lupa nak bawak duit tuition.... sedihnye.....
gaji pulak tu dapat minggu depan... :(
nak makan DURIAN.... siape nak sponsor? hurm....

DURIAN oh DURIAN...

lagi satu hal buat nak menangis ni...

Anuar Zain gorgeous-handsome-bergaya nak datang minggu depan, nak pergi tapi x jumpa sponsor lagi... so nak pergi ke x eh? mesti best... most of my friends dapat pi... :(


March 4, 2011

Dapat Award!

Salam semua... hari ni memang bukan hari yang menggembirakan untuk i.... hectic sangat.... calls x berhenti dari pagi... then ke sana sini untuk setelkan macam-macam....

TAPI, bila bukak blog tadi, terjumpa ada komen ni...


hehe... dengan segera ke page Hanna ni...then jeng3... dah jumpa award ni! comel sangat warna kuning... i loike!



Baru je follow sebab dia datang menggegarkan blog ni... thanks ok...
Semalam nak baca pasal blog dia tapi x sempat....

so ni baru lepas baca, baru tau dia ni lagi muda daripada i... Sebab tu i dapat award ni... :D
dah kahwin tahun lepas... so sweet...
kagum dengannya yang berani untuk berkahwin pada usia muda...
teringin jugak nak buat camtu, tapi i xready lagi.... enjoy!! haha... *mesti dah fikir i ni macam-macam kan?*
preparation mental dan fizikal penting... so i kagum dengan Hanna yang berani, cekal, yakin untuk kahwin muda... *best x?huhuhu*

Ape pun.thanks for the award...akan ku semadikannya di blog ini... :D

nak baca majlis penganugerahan? hehe... di sini yer... :)

Luv,
ketawariang

p/s : dah lama x update blog... asyik join contest je... bukan apa... sekarang semakin sibuk... akan kugagahkan diri untuk update selalu... sorry!

February 28, 2011

10 principles for peace of mind


Halu.... today is Monday... mesti ramai yang Monday Blues right?
So post kali ni yang x berat punya... untuk menenangkan minda... :D
Dan mengingatkan diri sendiri jugak... x nak stress...

stress = makan = gemuk = bertambah stress... hahaha

10 langkah untuk mendapatkan minda yang tenang...

1. Do Not Interfere In Others' Business Unless Asked.

Ni most of us hadapi sebab kita ni diajar untuk jaga kain orang... bukan nak kata x boleh jaga langsung, tapi beragak la... jangan sampai jiran sebelah masuk hospital pun kita x tau... (tu dah sampai tahap Bloody Unconcern)... kita pun x suka kalau orang asyik interfere dalam hal-hal kita kan? So,unless being asked to, jangan jaga sangat kain orang... mari jaga kain sendiri...

2. Forgive And Forget:

Selalunya yang buat kita pening,sakit kepala and hati, adalah bila kita berdendam... sesungguhnya ia adalah benda yang tidak sihat untuk diamalkan...silap-silap dapat darah tinggi nanti... Hidup ni terlalu singkat untuk moments yang x indah ni... memaafkan,melupakan dan teruskan hidup... Cuba amalkan ni sebelum tidur, "aku maafkan semua orang yang buat salah dengan aku walaupun secara sengaja atau tidak." percayalah,anda akan rasa tenang... :D

3. Do Not Crave For Recognition:

Jangan terlalu pentingkan nama... Semuanya nak nama dia... Lame-lame orang jadi x suka.. Amalkan "tangan kanan memberi, tangan kiri pun x tahu"... jadi humble... Hidup kita lebih mudah...

4. Do Not Be Jealous:

Jealous? sape x pernah jealous kan? tapi ada dua jenis jealous dalam dunia ni... Ada yang jealous ke arah kebaikan, tapi ada juga yang ke arah hasad dengki... Selalunya orang jealous yang jenis kedua tu... buat apa nak cemburu dengan orang lain? masing-masing mempunyai rezeki masing-masing... sekiranya si A ni lebih berjaya dari anda sekarang, x mustahil suatu masa nanti anda lebih berjaya dari A... Maka, sekiranya anda cemburu jenis kedua, tukarkan ia kepada cemburu jenis pertama... berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti orang yang dicemburui... baru la cemburu sihat namanya tu...


5. Change Yourself According To The Environment:

Masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau,mengaum... tapi jangan pula masuk kandang anjing, mengajing... naya nanti... hahaha... Makanya,kita kena sesuaikan diri dengan environment sebaiknya... memang susah mula-mula, tapi mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan? nak makan pun kena kunyah dulu baru boleh telan... once anda berjaya menyesuaikan diri,percayalah,hati dan minda akan senang sekali... ;)


6. Endure What Cannot Be Cured:

bukan semua benda dalam kawalan kita... tapi sekurang-kurangnya,kita boleh mengawal semua tu dari berlaku... kiranya macam accident,kita memang x boleh nak jangka.. tapi kalau memandu dengan mengikut had laju semua, kira kita ikhtiar untuk mengelak accident kan?

7. Do Not Bite Off More Than You Can Chew:

Ok... semua orang willing nak terima macam-macam tugas but end up satu pun dia x dapat nak siapkan... yang dikejar x dapat,yang dikendon berciciran.. jangan serabutkan kepala dengan benda yang x diperlukan... lebihkan kepada ibadat lagi baik.. semakin banyak beban yang ditanggung,semakin serabut kita rasa... kemudian kita sendiri penat dari segi mental and fiziakl...

8. Meditate Regularly:

Bertafakur? mungkin bagi muslim lebih elok untuk melakukan muhasabah diri... duduk selama setengah jam di tempat yang sunyi, muhasabah apa yang dilakukan sepanjang hari atau minggu... tenangkan fikiran dari benda-benda yang x sepatutnya...

9. Never Leave The Mind Vacant:

haa.... janagn terlalu kosong pulak minda tu.... bila minda kosong,mula la fikir macam-macam yang mengarut kan? Maka, jangan tinggalkan minda anda sendirian...kerana syaitan banyak menghasut ketika itu... seeloknya kekalkan di fikiran benda-benda positif... even sebelum tidur sekalipun,jangan kosongkan minda... fikirkan benda yang menyenangkan hati dan berselawat...

10. Do Not Procrastinate And Never Regret:

Hargai masa... jangan habiskan masa terlalu banyak untuk membuat keputusan... takut-taku nanti terlalu banyak masa dihabiskan dan tiada satu tindakan pun diambil...sekiranya dah membuat sesuatu keputusan,jangan di risaukan lagi,biarkan je... walaupun ia keputusan yang salah,ianya lebih baik dari tidak membuat sebarang tindakan.. jangan dikesali apa yang dah berlaku... let bygones be bygones..

Ok,tamatlah sudah post hari ni... petikan dari lovebeats.org..
i pun masih lagi belajar untuk mengamalkan semua ni... masih belajar untuk menjadi seorang yang optimistik...
i harap semua orang pun camtu...
doakan kejayaan i and i pun sentiasa mendoakan kejayaan semua orang dalam menjadi lebih optimistik..

Mari kita semua ke arah hidup yang lebih sihat!

Luv,
ketawariang

January 2, 2011

Happy new year!


Its new year babe! celebrated new year with my friends and family.... late night karaoke n family gathering...

Penat n mengantuk but enjoyed! started my new year with happy moments to remember...

So, lets talk about my new missions this year.... opsie.... only 1 will be revealed here... *hihhihi*

my mission is to update my blog at least once a week... so it'll be 4 updates per month... insyallah...

hope i can accomplish this mission since i still have a lot to share.... will pelbagaikan my blog.... :)

Love n Happy new year everybody!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...