* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label saiffah. Show all posts
Showing posts with label saiffah. Show all posts

August 21, 2017

Alkisah Car Seat

Syawal ke 4 kami bergerak ke Pasir Gudang since husband dah start kerja malam tu.

Bergerak dari Yong Peng (rumah auntie) and terus ke rumah.
Dah sampai Highway Pasir Gudang lepas exit Plentong, kitorang accident.
Masa tu slow je pun sebab traffic slow moving.
Tup-tup husband brek and kaboom hamtam itu kereta depan.

So I shared this story hampir dua minggu lepas accident tu.
Alhamdulillah ramai yang sedar kepentingan car seat ni.
Up to today, 6685 orang telah share kisah kami ni.

Syukur semuanya selamat.
Sebelum ni ada keluar dekat website Mingguan Wanita tapi bila cari balik tak de pulak.










♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥
 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

August 17, 2017

Syawal 1438H

Raya tahun ni giliran rumah mertua.
Pagi raya siap-siapkan anak-anak pastu set meja makan, ambik gambar then makan.

Lepas tu aktiviti bebas. HAHA
Since father in law dah tak berapa sihat, kami banyak terima kunjungan tetamu berbanding kami menjadi tetamu.









Tengah hari raya kedua kita bergerak ke Muar, beraya dengan family kita pula.





Lepas balik dari Muar, kembali ke Batu Pahat dan start berhuhu sebab tak beraya sangat tahun ni.



♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥
 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!
 Love, #ketawariang

June 8, 2017

Adik Beradik







♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 7, 2017

5 months! Welcome baby!

Fuh 5 months without any posts.

Maap ler hakak beranak dua memang busy sikit. LOL

Alhamdulillah diberi rezeki untuk melahirkan seorang puteri yang dinamakan Syifa Fatanah binti Saiful Bahri.
Lahir pada 4 Februari 2017 jam 1.11 pagi.

Pengalaman kali ni memang extreme sebab kena induce.
Semuanya kerana I am on GDM (Diabetes) and tak boleh overdue.

Pagi-pagi serah diri dekat Hospital Sultan Ismail, JB untuk induce tapi selepas discan-scan, baby's weigh dianggarkan 4.1kg!

So they did some talking and i went out from bilik saringan to discuss with encik suami.
Two options were given : Beranak normal or operation
Long story short  we decided untuk beranak thru normal process.
Czer will be the final resort if anything happen.

Masa tu memang tawakal habis, berdoa banyak-banyak biarlah baby ni keluar 1 kali induce je.
Sebab a few friends induce few times then finally kena operate jugak.
Jangan lah kena operate, jangan jangan.

Contractions started ngam-ngam satu jam lepas induce tu.
Woah mula-mula slow tapi tapi tapi, muka hakak lama-lama dah makin biru.
HAHAHA tu bohong.

Selepas contractions makin kuat sampai akak mintak adik bawak balik Faqih masa melawat yang belah petang, akak decide untuk masuk Labour room.
Banyak lah ko yang decide.
Doctor yang decide. Tapi sebelum tu tunggu dinner sampai.
Hujan selebat-lebat tidak, dinner sampai 7.30pm kot. Makan macam vacuum cleaner dah.
Masuk telan masuk telan. Sebab nak energy.
Faqih tantrum dekat lobi hospital, mintak husband setel then terus naik atas untuk masuk LR.

8.30pm masuk labour room, doktor cakap 12.30am tak beranak, diorang bagi induce drip (my cousin told me sakit yang tu lagi dahsyat).
Alhamdulillah after LOTS of screaming masa contractions tu, seorang baby pun lahir in the middle of the night dengan berat sebanyak 3.79kg.

Kali ni husband dapat teman sampai beranak sebab masa Saiful Faqih dulu dia kena keluar 5 minit sebelum bersalin sebab vacuum.

Thanks a lot dekat bidan yang tabah melayan aku macam-macam perangai masa nak bersalin.
Kebetulan nama sama FATIHAH. Sungguh dia banyak tolong aku dari segala segi.
Terima kasih jugak dekat doktor-doktor dan nurses lain yang datang bagi semangat untuk beranak.

Nah budak baru keluar oven.




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

October 20, 2016

Halu Halu!

Ehem!

Terlebih lama nampaknya tinggalkan blog.
Angin menulis baru je tiba ni ha.

Memandangkan last post masa nak raya, maka kita share gambar raya je la eh.

Hehe.

Tahun ni beraya dengan tambahan ahli keluarga baru.
Sepupu kahwin dan sepupu bersalin.

Ni kira post gambar raya pertama kedua je lah.
Raya ketiga laki bini anak down with fever.
Pengsan!
























♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥ Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya! Love, #ketawariang

July 11, 2016

Apa tu APA tu?

Masa tu ada course dua hari dekat Putri Pan Pacific, so alang-alang kitorang pun check in je hotel sebab Ery cuti.

Balik dari 1st day course, masuk bilik dapat view macam ni.
Terkejut bukan main lagi.
Patutlah Ery cakap dia ada projek segala.
Rupanya itu kerja dia.



Alalala sweet sangat.
Faqih pun suka dengan bunga-bunga ni.


Terima kasih mini tripod maka dapatlah kami snap gambar begini.


Lepas tukar baju terus pergi mandi pool.



Esoknya pergi breakfast kat bawah.
Rilek je Faqih tak mandi.
Motip pun nak mandi pagi-pagi.


Eh ade sape tu?
Turned out my 3rd sister join course ni.
Tapi tak satu room.
So bila time rehat berchit-chat lah pasal slot masing-masing.



Pukul 12 Ery check out dan balik Pasir Gudang, malam tu jumpa dekat Seventees Cafe untuk makan Lamb Rack.


Ha tengok beso gila pinggan dia.
Kekenyangan betul malam tu.





♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥
 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!
 Love, #ketawariang

May 6, 2016

Throwback



Tengah cari idea nak buat blogpost then tiba-tiba nampak gambar ni.
Time flies.

Ni pre-wedding photoshoot bulan Januari 2012.
Ambik pakej dengan senior sekolah teknik dulu.
Balik Jb dari Kuching lalu ke Putrajaya untuk ambik gambar.

Masa ni masing-masing kurus, kaku tak reti ambik gambar.
Mekap pun tidak, nasib baik diorang mekapkan.
Baju pun tak sama tone kaler! haha

♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

November 23, 2015

Happy Birthday Mummy dan Saiful Faqih

Alkisahnya Mr Husband pergi company dia punya dinner last week.
Since tahun ni dia dapat award sebab dah bekerja 5 tahun, kami pun menanti-nanti lah apa agaknya yang dia dapat.

HAHA.

Dia balik je rumah (isteri dan anak tak boleh di bawa ke dinner tu hokeh.SENDU).
Katanya dapat voucher jam bernilai RM XXX. Okay lah dari takde kan?
Mula-mula expect voucher Jusco/Tesco, so berangan nak beli barang dapur banyak-banyak.
Sekarang kami mengamalkan menyimpan stok dekat rumah sebab kadang-kadang hari tak selalu cerah.
Nanti kita share pasal tu ye.

Then dia cakap dia dapat voucher Mydin Rm 200.00. Hah okay lah tu, dalam kepala dah rencana apa nak dibeli dekat Mydin. Sebab nak restock barang yang dah nak habis.

The next morning, terus pergi Plaza Angsana.. Sebab nak pergi redeem voucher jam tu.
Katanya voucher jam tu dihadiahkan ke isteri tercinta sebab belum beli hadiah birthday ini tahun.

Okay lah Husband, I ok jer.

Duduk kedai tu pilih semua jam warna pink, sebab memang nak ganti jam Adidas yang dia bagi dulu rosak.
Pilih punya pilih akhirnya dapat seutas jam yang menawan hati.



Nampak tak brand apa? haha. Memang Barbie punya brand. Yang penting ianya nampak sangat cool bila pakai dan orang tak fikir ciplak pasar malam punya.



.

Siap ada engraving Barbie lagi mak enon.

Dan anak handsome nak jugak seutas jam. So pilih lah seutas jam yang harga RM 30.00 itu pun dah habis pakai voucher beli my watch, kena tambah duit sikit. Kira hadiah birthday jugak lah. Kitorang share birthday bulan yang sama iaitu Oktober.

Bila dalam kereta tanya dia, "Where's your watch?"
Dan ini jawapan dia...



haaaaa

Lepas beli jam terus balik Pasir Gudang, sebab nak beli barang dapur dekat Mydin Taman Rinting.
Pilih, tambah, tolak, siap duduk kat scanner machine sebelum ke cashier untuk confirmkan harga.
Masa tu beli barang kena tambah RM 1.20 je rasanya, yang penting keperluan rumah dah stocked up.


Dah siap beli barang semua, mencari peluang untuk mengisi perut. Makan mihun sup daging yang sedap. Ok sedap.
Tu dalam troli adalah barang-barang yang dibeli tapi lupa nak snap gambar dari atas. Trust me, dengan RM 200.00 anda boleh dapat macam-macam dekat Mydin. Tapi apa pun jangan lupa banding harga dulu dengan tempat lain dan gunakan segala kupon yang ada.

Dan handsome akhirnya tidur dalam stroller yang kita pinjam dengan Mydin ni. Masa tu jam dah cabut dah dia bagi bapanya.





Perut kenyang hati girang, balik lah ke rumah. Sebelum tu singgah kedai gunting rambut dekat Bukit Dahlia sebab nak cantas sikit rambut. kahkah.

Siapa yang tengok rambut aku lepas gunting memang akan ketawa punya.
Adik-adik aku bantai gelak okeh.
Tapi tak pe, memang gaya tu yang aku nak pun. Dah jadi mak mak ni memang tak koser nak bela rambut berfesyen bagai.




So sebelum balik, laki bini selfie dulu.
Hoyeah.



 Ini belum celebration, Mr Husband cakap nanti celebrate kemudian... Sekali dengan anniversary... tunggguuuuu haahaha



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...