* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label b2b. Show all posts
Showing posts with label b2b. Show all posts

December 1, 2015

Solemnization.

 
Nikah.
10.11.12.
 
Banyak yang DIY masa nikah ni, tudung tu, veil tu, bunga tu, kasut tu dan jugak pelamin.
Hasil dari semua yang membantu.
Hantaran sewa je sebab takut nanti buang je hiasan tu semua lepas majlis.
 
Dalam gambar-gambar ni, ada 2 yang telah meninggalkan alam dunia ni.
Al-Fatihah.


 


 






 




 









 








 
 
 
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

November 30, 2011

Tolong saya menang baju pengantin!! :)



*sticky post until 30 November 2011*
scroll ke bawah untuk post baru yer...

ingat x post whiteroom photoshoot yang i kata nak pertaruhkan gambar untuk contest?

tolong sangat-sangat....
saya perlukan baju pengantin ni sebab memang nk buat wedding yang budget....

tolong ya kawan-kawan?

contest ni dijalankan oleh akak Hariyati Omar yang jahit baju pengantin sangat cantik with reasonable price!

tengok dia punya hasil kerja...memang cantik sangat-sangat...

ada hantar 4 desigsn dekat dia tapi still KIV sebab nak tengok budget...
harap sangat-sangat boleh menang contest ni :D


Tolong undi saya di "The Coolest Photo of Loving Couple Contest". contest sehingga 30 November 2011....

Untuk Mengundi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah

LIKE Page Tailor Switch di Facebook. Sila click link Tailor Switch ya.. :)

Perkara seterusnya, anda boleh terus mengundi i dengan menekan LIKE di photo i dengan Mr F...


tolong ya... sebar-sebarkan...

ni gambar yg i pertaruhkan...

thanks a lot!

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥


Luv,

ketawariang

October 27, 2011

To-do List

*sticky post*

scroll bawah untuk entry terbaru

Kerja Kahwen Fatihah & Saiful Bahri


dapat this list from a blogger tapi x ingat la dari siapa...sobs...

nanti dah ingat baru update la yer... sorry...

ada yang dah buat advance ke depan sebab dari tunang aritu kitorang dah prepare sikit-sikit...

date baru-baru ni confirm...


so walaupun 12 bulan sebelum,ni dah behind schedule jugak ni...




12 Bulan Sebelum Majlis :-

- Tetapkan tarikh majlis (akad nikah, sanding, tandang)

- Tetapkan jumlah dulang hantaran

- Senaraikan barangan dulang hantaran

- Pastikan belanjawan dan budget majlis merangkumi semua hidden cost

- Buat senarai tetamu dan lengkapkan alamat mereka (dalam proses)

- tentukan lokasi majlis

- tentukan waktu konsep dan tema majlis

- pilih pengapit dan tambahan lain jika perlu (dalam proses)

- mencari busana nikah atau sanding ( idea dan rekaan)

- membeli sedikit demi sedikit barangan hantaran

- mengkaji pilihan photographer dan videographer

- memilih tema dan konsep bilik pengantin

- merangka tentatif majlis



6 Bulan Sebelum Majlis :-

- Hadiri Kursus Pra Perkahwinan

-HIV test

- Memilih busana pengantin

- Memilih rekaan dan pakaian family

- Memilih butik pengantin

- Membeli cincin , gelang atau rantai, etc

- merancang acara tambahan seperti memotong kek, marhaban etc

- mengkaji pelbagai pilihan kad kahwin

- mengkaji cenderamata untuk para tetamu

- prepare goodie bags

- prepare goodie bags untuk VIP

- mengkaji tempat honeymoon bersama pasangan

- periksa kembali senarai tetamu dan tambahan lain

- mengkaji homestay dan penginapan tambahan

- mengkaji semula barangan hantaran dan pengubahsuaian lain

- membeli barangan persiapan bilik pengantin



4 Bulan Sebelum Majlis :-

- Menempah photographer dan videographer

- Menempah butik dan pelamin pilihan

- Sesi pertama fitting baju pengantin

- menempah dan mendekorasi cenderahati

- memeriksa temujanji anda dengan pihak kadhi dan

sediakan semua dokuman yang diperlukan, hiv test

- menempah kompang, silat dan sebagainya jika perlu

- memastikan handbouquet yang sesuai

- membuat trial make up jika perlu

- tetapkan rekabentuk kad kahwin dan tempah

- mengumpul gambar- gambar pre-wedding dan menempah

dekorasi yang bersesuaian seperti canvas, etc (dah book untuk pre-wedd)

- merawat diri seperti menghadiri spa (tengah cari tempat sesuai)



2 Bulan Sebelum Majlis :-

- Mula mengedar kad jemputan kepada tetamu

- mendekorasi bilik pengantin , rumah dan halaman

- menyiapkan dekorasi hantaran

- final call untuk barangan hantaran terutama batal air sembahyang

- memastikan cenderamata telah dibeli

- memastikan bunga pahar disiapkan

- pilih dan asingkan kasut, aksesori, pakaian dalam, etc diasingkan

- memastikan baju nikah dan sanding siap dan diambil

- senaraikan tugas dan mereka yang terlibat, sediakan rozek

- memastikan hal tambahan seperti candy buffet, cake station siap

- memilih 2-3 orang sedara untuk bahagian meja beradap

- memastikan saudara mara dari pihak laki dan perempuan

1 Bulan Sebelum Majlis :-

- remind all the vendor samada kecil atau besar peranan mereka

- hiasan dan dekorasi bilik pengantin, rumah dan halaman 90% siap

- mengingatkan saudara mara terdekat tentang majlis

- memeriksa senarai tetamu agar tiada yang tertinggal

- berlatih mengenakan kasut kahwin dan etc yg difikirkan perlu

- memohon cuti kahwin sebelum dan selepas

- meminta izin jiran jike perlu menggunakan kawasan mereka

- mengunjungi spa dan membelai diri



1 Minggu Sebelum Majlis :-

- Menganjurkan jamuan khas bersama family atau rakan

- membuat sesi spa pra-perkahwinan

- menjaga amalan pemakanan, banyakkan makan buah, sayur

- memastikan persiapan majlis lengkap - bilik pengantin, ruang akad

nikah dan jamuan susulan.

- memastikan semua hantaran dikumpul di sudut khas kecuali

barangan berharga. elakkan merata-rata

- mengingatkan jurusolek dan vendor lain

- mengingatkan mereka yang terlibat dalam upacara akad nikah

seperti kadhi, saksi dan sebagainya

- mengulangi jemput kepada jiran - jiran terdekat



I Hari Sebelum Majlis :-

- Memastikan khemah, pelamin dan dekorasi siap dipasang

- banyakkan rehat dan tenangkan fikiran

- berdoa dan tidur awal



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

October 23, 2011

wedding preparations...

serba sedikit wedding preparations... :)

sebelum berpindah tu sempat jugak survey mak andam pak andam...

alhamdulillah dengan bantuan blog and fb,we dah jumpa mak andam yang sesuai... :)

n yang penting murah...

lagipun we all nak buat ringkas-ringkas je.... baju and mekap....

yang lain-lain x nak...

serius rasa annoyed bila orang promote,amik la ni pakej ni dik,kalau macam ni jauhhhh lagi murah...kalau adik ambil mekap n baju je mahal... blaa...blaa...blaa...

oh kak,ni duit kitorang and kitorang yang decide... x nak membazir!

so selamat tinggal bridal-macam-bagus...

majlis di rumah i akan sewa baju from Andaman Liza dari pasir gudang... dia memang famous dan sangat baikkk hati...

harga pun boleh kawtim....

majlis rumah Mr F pulak sewa baju dengan bridal dekat parit sulong je....

baju letup2 kat situ... haha tipu... baju dia banyak jenis... dan orangnya pun friendly... :D


sekarang ni dalam DILEMA.... warna tema x jumpa lagi.... sobssss...

ok dah pasal mak andam... :D

and i dah book vip gift yang berharga Rm 1.00 .... murah kan? kan kitorang x nak membazir.... :D

ni ha websitenye.... Lurvering :)


kelik-kelik...


akak mai ni friendly dan sabar je orangnya... bulan Jan 2012 nanti nak amik botol-botol yang diorder... tengah fikir nak letak apa dalam bottles tu..



pastu pasal doorgift lain, i guna paper bags yang recycle tu,isi sweets and apollo stuffs pastu letak sticker... again, JIMAT... :p

sticker i akan order di Ceria Kad Kahwin... :) thanks amalyna for suggesting this place....



murah dekat sini sebab i dah usha few blogs,jauh lagi mahal dari harga yang diorang offer tau...

x sempat order before pindah aritu..... orangnya called and i will book by December... so January dah boleh amik... :D

still nak buat preparations lain...updates later! :D


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

October 22, 2011

Whiteroom Photoshoot


Photoshoot suka-suka before i left Johor... :(

These photos were taken by Newlyweds Photography...

Pergi lah ke page mereka untuk tengok artwork and tempah la untuk wedding ke apa-apa event sekalipun..... :D

dah few times we all buat photoshoot dengan mereka...

dekat danga bay, dekat jalan dhobi.... ni yang terbaru, whiteroom... :)

memang sangat best!

kalau perasan,photoshoot kali ni i x pakai specs... hikss



sila baca... ;p

sobsss





love this photo! boleh buat front page kad kahwin kan...

cak?? haha


by the way, i ada pertaruhkan salah satu gambar ni untuk contest...hope nanti you guys boleh tolong ye?
tunggu later i post...
hadiah nya baju pengantin perempuan!
harap-harap boleh menang....

:D

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...