* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label brownie. Show all posts
Showing posts with label brownie. Show all posts

January 20, 2011

My pets...

Still remember post Brownie - The Loving Mother? Pasal my dog yang berusaha bersungguh2 untuk selamatkan anak-anaknya masa hujan tenagh lebat then Puppy n family dan juga White syooook tidur...

Post tu telah memberikan reaction ramai org... Tapi semuanya dengan nada "hmm... biase je.. " "eiii rumah u ade anjing" and "buruknye dorang ni"... others pun banyak....
itu semua reactions orang yang memang x suke haiwan n berilmu cetek mengenai hukum hakam...
Bela anjing x haram disisi islam asalkan anda tahu limit2 menjaga anjing... Anjing2 ni dah berada di rumah saya selama 3tahun (ini tahun ke 4)... Saya langsung tidak mempunyai masalah dengan mereka kerana mereka tidak menjilat,tidak mendekati kami sekeluarga kerana itu yang kami ajar...Mereka x dibenarkan masuk ke rumah saya langsung...
Diberi makan pun di luar pagar rumah di mana ade tanah kosong di tepi rumah saya...
saya x nafikan yg ramai org bile saya bagi makanan dekat anjing saya, mereka pandang dengan muka "eii ape budak ni ada bela anjing".. So what?
Padan muka dorang yang selalu tease kami, end up kena kejar dengan anjing2 saya... *anjing sangat setia terhadap tuannnya... jadi jangan la cuba buat pasal dengan tuan anjing*

Saya ade quote dari blog lain yg menyatakan dengan kuasa Allah, seekor anjing bercakap kepada orang yg menyinsing jubahnya ketika terserempak anjing.. "Sesungguhnya najisku yang terpalit di bajumu boleh dibersihkan, tetapi adakah dosa di hatimu kerana memandang hina terhadap anjing sepertiku boleh dibersihkan?"

Saya juga pernah dikatakan "ehhh dia bela anjing".. saya pandang ke muka dia n cakap, ko dengan anjing ni mana lagi hina? ... masa tu memang saya pissed off sangat...

Ada seorang kanak-kanak berkata dekat saya "rumah along malaikat x masuk kan?" saya tanya kenapa pulak... "sebab rumah along ada anjing".. Tuhan je tau ape rasanya hati saya masa tu... Nasib baik budak kecik... Saya jawab, anjing2 tu x pernah masuk rumah, kenapa pulak malaikat x masuk?
Tapi kalau orang dewasa yang cakap macam tu, saya akan bidas dengan,
"kalau kau kata rumah aku ada anjing malaikat x masuk, rumah kau yg x ada anjing tu confirm malaikat masuk ke? patung2 besar, rumah x ada orang sembahyang, penuh dengan maksiat dalam rumah, etc ada hati nak cakap pasal malaikat masuk rumah?"

Mula2 dulu Mummy pun susah nak terima yang rumah ni ada anjing,tapi selepas seberapa ketika,Mummy dah boleh terima, siap ingatkan kami adik beradik kalau budak2 ni belum makan... hihi

Now, rumah semakin meriah dengan kedatangan puppies baru yg belum diberikan nama sebab dorang akan diberi ke orang lain... ada yang nak adopt, sila contact saya..

saya ingin tegaskan yang sesiapa cuba memandang hina terhadap saya n my dogs,sila cermin diri sendiri dulu... cukup baikkah anda untuk menghina orang lain?Saya rasa saya x buat dosa dengan membantu makhluk Allah hidup...

Btw saya perlukan sponsors untuk Spay (memandulkan) anjing2 saya... ini untuk mengurangkan populasi mereka yang terbiar.... Saya perlukan seseorang yang sanggup untuk membawa anjing2 saya ke Veterinar untuk proses ini dan juga perlesenan... Bukan Muslim adalah digalakkan... Kerana Muslim perlu menyamak keseluruhan kereta nanti,.... Plus, anjing2 saya x pernah dibawa menaiki kereta... saya takut kalau2 dalam kereta dia mengamuk.. Sila contact saya...
Lokasi : Batu Pahat, Johor...

Saya habiskan post ni dengan video haiwan2 yg terdapat di rumah saya... Video aquarium lupa nak record... Cute sangat diorang ni... Diganggu... huhu..

I'm proudly stating that I LOVE MY DOGS....

Sebarang komen amatlah dialu-alukan... :)



*anak-anak Puppy bising sebab aku datang kacau... kelam kabut lari tengok Puppy datang*

January 2, 2011

Brownie - The Loving Mother

Hujan yang sangat lebat sekarang ni... Tiba-tiba aku terdengar bunyi anak2 anjing bising sangat.. (Brownie baru beranak 5 ekor anak semalam).. termasuk dengan suara brownie.. aku pun pergi tengok tempat dia duduk dengan anak-anak dia...

Rupanya bawah tempat dia berteduh tu ada lopak!! Brownie dah berjaya pindahkan 4 ekor anaknye ke tempat redup. Tapi aku dengar lagi sekor ada kat celah2 kayu yang bersusun. dalam hujan lebat aku angkat kayu2 tu.

tapi kudrat pompuan apa la sangat kan? aku carik lagi sekor dengan my youngest sister tapi x jumpa2. Brownie pun banyak kali pergi bawah kayu tu,tapi dia pun x jumpa. kesian kat dia....
aku pun give up n prayed for his/her best...moga die selamat kat bwh kayu tu walaupun sejuk x ingat.

then daddy and his worker keluar, angkatkan kayu-kayu yang aku da x berdaya nak angkat. Alhamdulillah! Jumpa puppy sekor yang tertinggal kat bawah timbunan kayu. aku pun letak kat dalam kotak yang dah dilapisi towel.

daddy letak zink supaya anak anjing tu x sejuk. aku angkat puppy tu tunjuk kat brownie tapi dia tengok je... x lama lepas aku tinggalkan anak dia dalam kotak, Brownie datang amik anak dia n bawak ke tempat yang 4ekor anak lain duduk.

Ya Allah.... Brownie ni bukan ibu anjing yang jaga anak dia... selalunya die tinggalkan anak dia lepas bersalin... Tapi kali ni nampak sangat yang dia sayang anak2 dia! habis badan dia basah n kotor asalkan anak die selamat.

Terserlah kesayangan dia terhadap anak-anak dia. Bunyi dia masa x jumpa anak dia tu wat aku sayu sangat.... Brownie, i love u!

Brownie n anak-anak tinggal kat bawah timbunan kayu ni...
ni gambar lepas kayu2 dialihkan..

...Tempat anaknye di jumpai...
...Kotak n zink yang tempat aku letak anak-anak dia..
.....Brownie n anak-anak di tempat baru...
i tried to move them ke tempat teduh tapi brownie x nak!
Ni dia tengah jilat sekor-sekor anak dia supaya kering...
Good job Brownie!


Kita tengok family lagi 1....
di 1 pihak lain
What? TIDUR???
*tempat Puppy dah dipindahkan sebelum ni... tiba-tiba semalam Brownie beranak jugak*
Pihak yang LAGI satu
Hurm....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...