* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

July 1, 2016

Busy lagi ke April?

So this will be the last post of busy April 
Celebrated Farhain's birthday on 22nd.
Masak dan panggil dia makan.
Mummy yang sponsor the makan-makan.



Dan seperti biasa satu slice creme brulee cheese untuk birthday girl.
Favourite cake dia ni.


Then the next day pergi Milo punya breakfast day dengan Farah.
Konon nak join 3 km fun run.
Fun lagi tidur kat rumah rupanya haha.

Datang dah 10 lebih. Matahari dah start naik.
Tapi boleh register lagi.
So register lah kita untuk goodie bags dan free breakfast.



Tengok matahari tinggi mana tu.
Diorang bagi milo free flow.
Dan jugak cereal milo pun free flow.
Makan selagi tak muak haha.

Balik-balik rumah bukak goodie bags, mak aih ni pesta ke ape.
Bukan main banyak lagi haha.



Angah convo bulan tu jugak tapi sebab bos takde kat Malaysia so aku tak dapat cuti.
Makanya dengan hati yang sedih-sedih ni pergi jugak surprisekan dia.
Alhamdulillah berjaya.




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 30, 2016

April yang sungguh busy!


Masih berkisar  tentang aktiviti bulan April HAHA

Awal bulan before birthday Ery, Aboi balik from Australia untuk attend wedding Haban.
Aboi is my abang susuan, Haban is his elder brother.

Sekembalinya dari Sabah, kitorang yang tak pergi ni gather makan bubur Sentosa No 1 kat Permas Jaya.
Sini lebih comfortable sebab dalam building. Tak lah seriau duduk tepi jalan.
Niat nak order sotong tepung dari kedai dekat situ, tapi cuti pulok.

   


Lepas makan-gelak-bagi souvenir-gelak-makan, semua pun berpisah.



A week after birthday ery, kitorang celebrate Baba's birthday dekat Selera Senibong Seafood.
A small celebration from us sebagai wakil keluarga.

Kek pun beli 1 slice je sebab tak de yang nak makan kek sangat.
Baik makan seafood haha


Kali ni dapat meja kat luar, tepi sekali pulak tu.
memang best la.

Staff sini pun sporting.




Ni bila Faqih dah pegang handphone.



Dia paksa kitorang pose untuk dia.
Hasil gambar boleh diterima jugak.


Betul orang cakap, anak tak akan ikut nasihat kita tapi dia akan ikut perbuatan kita.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 22, 2016

Selamat Berpuasa!

Ahaa....
Dah nak habis puasa dah baru reti nak update blog kan?

Kalau tengok macam dah lama jugak tak buat blogpost.

Maklumlah sekarang ni hectic jugak hidup.
Walaupunnnn ada banyak benda untuk dikongsi tapi masa mengekang nya haha.

Tambah-tambah bila handphone rosak.
Gambar pun tak boleh nak snap.

So memandangkan ni bulan puasa, kita share pasal buka puasa la ek.
Setakat ni memang lebih selalu masak dari membeli di bazar.
Pergi bazar pun tak tahu ape nak di beli.

Cuma last week Mummy Daddy ajak our grandparents and my in laws untuk buka puasa together-gether.

Sebelum tu pergi Kedai Emas Anuar yang glamer kat Kota Tinggi tu.
Alhamdulillah rezeki thank you Daddy.

Sehari sebelum dah book meja dekat Selera Senibong Seafood.
Jadinya bila sampai tak de la gelabah cari meja. Alhamdulillah book meja bawah bumbung sebab hari tu hujan masa nak berbuka.

Gambar makanan tak de sebab kelam kabut dan tak de hp nak ambik gambar haha.

Cuma mintak budak kedai ni tolong snap gambar ramai-ramai.
Memang sporting staff kat sini mungkin sebab kitorang selalu datang (sangatttt)






♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

March 24, 2016

Laksa Sarawak

Memang dah lama husband request nak makan Laksa Sarawak ni.
Rempah pun dah berlambak kerja restock je.

So lepas beli barang dapur, pukul 8.30 malam tiba lah rumah.
Sejam kemudian, ini hasilnya.





Esoknya masing-masing bawak bekal ke tempat kerja.
Ni Laksa Sarawak yang naked.
KAKAKA



♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥ Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya! Love, #ketawariang

March 17, 2016

Nasi Kerabu!

Start balik dengan review mengreview makanan sedap.

Kali ni baru jumpa satu tempat makan or should i say rumah makan yang jual makanan Kelantan yang sangat sedap!

First time beli, tapau je. Ni kawan satu kilang husband yang meniaga.
Jadi dia bawak dua bungkus Nasi Kerabu Tumis untuk kitorang.

Masa makan memang jatuh cinta tapi gambar pulak tak de.
Nasi banyak lauk banyak, harga RM 3.50 je.

So dua hari lepas tu pergi cari rumah dia untuk repeat Nasi Kerabu lagi.



Memang rasa sedap lah.
Order nasi kerabu, mee celup, lok ching.



Husband and wife memang asal dari Kelantan, kiranya ni pure Kelantan food tau.
Murah dan menggembirakan tummy.
Tapi dia naik harga 50 sen kot start bulan ni.
Tapi still murah.

Boleh cari rumah dia dekat Jalan Ciku 33, Kota Masai.
Tengok bunting yang digantung dekat gate.
Dari pagi dah meniaga tapi tak pernah lagi try yang makanan-makanan pagi.

♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!
 Love, #ketawariang

March 14, 2016

Company Dinner - Tai Son Seafood

Company dinner ni dah lama dah.
Before Chinese New Year lagi.
Alkisah masa dinner tu Encik Hubby kerja malam pulak.
So Faqih diserahkan ke adik ku yang tinggal di Kota Tinggi.

Balik mandi siap and gerak sebab pukul 8 dinner start. Dekat JB pulak tu.
Haruslah selfie dengan lakik sebelum bergerak kan?


Berhenti Maghrib dekat Petronas Permas Jaya dan mekap sikit muka untuk touch up.
Yelah kerja dah naked face, maka untuk event kita doll up sikit.
Tu pun 5 minit je touch up haha.
Pakai jubah merah and lilit shawl je setel.

So dalam pukul 8 sampai Tai Son Seafood dekt Stulang.
Dah sampai awal tapi tiga kali berpusing cari parking.
Maka iols ni penakut nak park dekat atas The Zon tu sebab lift dia scary.
HAHA



Meja outdoor tapi berpusing nak sampai table.
Tunggu punya tunggu akhirnya semua sampai dalam 830 pm.
Since makanan ikut course, makanya dia tunggu semua datang dulu.

Start dengan Yee Sang, ok first time makan benda ni. Selama ni tengok je kat tv, enetho ada rasa nak makan tapi tak de lah pergi cari ke ape.
First time makan, I was like "oh macam ni rasa dia".
Mungkin kedai lain, lain dia letak tapi bagi aku yang ni tak best.
Kahkah



Nampak tak akak tengah pipi pau tu kat belakang? entah apa tengah makan tu


Haha bila jadi seorang je perempuan kat opis, macam ni lah.
Ikut suka hati je nak duduk mana.



Ini table lagi satu.
Total 3 table tapi table bos tak ambik gambar.


Lepas Yee Sang datang satu persatu lauk, banyak jugak berapa course tah semua.
Tapi tak order nasi sebab masing-masing tak nak.
Masa shark fin soup sampai baru lah order nasi haha tu pun dua mangkuk je.
Yang lain tak makan nasi.
Ofcos lah shark fin soup kena ada nasi baru ngam hoi.








Lampu pening kepala hahaha


Diakhiri dengan dessert ni.
Ramai cakap roti kuning ni sedap, dalam nya ada custard but maybe not my favourite kot.


Tapi puas hati makan shark fin soup dan jugak gamat.
aum. eh. haha

Malam tu lepas hantar Hafidz balik, lari ke Jb semula sebab Mummy semua sekali ada Jb since Aliah kena operate.
Check in dekat Swiss Garden Inn.
Cerita later okay.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

February 25, 2016

Jonker 88, Melaka

Jonker 88, dessert house yang tak sempat nak pergi trip sebelum ni.
Maklumlah semua pun rush kan.
So kali ni, lepas naik beca tu, kami pun berdondang sayang ke Jonker Walk ni.
Waze je akan jumpa tempat ni ya.
Special kat sini ialah Baba Laksa dia dan ada macam-macam jenis laksa.
Saiz pun ada yang double untuk big eater kan.
Dapat meja, terus beratur. Kat sini self service ya kawan-kawan.
Jangan sampai kedai terus excited nak makan tanpa memikirkan mana nak duduk.




Cendol order tempat lain, laksa tempat lain tapi dia berdepan je.

Tak lama menunggu sebab diorang buat kerja laju. Dinasihatkan masa beratur dah fikir siap-siap nak makan or minum apa.



Order cendol durian dengan abc kalau tak silap tapi dua-dua nampak sama je kan.
Haha
Yang durian sumpah sedap. Mungkin sebab crave sangat masa tu, maka semua pun sedap.



Baba Laksa dia like OMG sangat lah sedap, Dengan tauhu pok dia tu. Aduhai aduhai.
Terbayang lagi sampai sekarang.

Ini kedai orang bukan Islam ye kawan-kawan.
Sebelum datang sini dah baca segala reviews and tengok kedai dia dulu sebelum beli.

So lepas minum and makan, kami pun berangkat ke destinasi terakhir sebelum balik ke Pasir Gudang, Klebang Coconut Shake.




♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 22, 2016

Nasi Lemak Kampung Portugis

Makanya pagi tu keluar ke Kampung Portugis sebab nak cari nasi lemak selalu Mummy bawak gi makan setiap kali ke Melaka.
Haritu pergi tutup pulak.
So kali ni Alhamdulillah dia bukak.
Sampai je terus mengusha ape yang nak diorder. Dia cakap self service so kita keliling stalls dalam ni.
Tengok ada mee kahwin. Order sepinggan.
Kan food hunting, rugi la tak makan makanan yang rare.


Selfie dulu, Muka semua tak mandi haha.


 Eh ada jugak selfie dua beranak ni.


So ini kami order untuk 2 orang makan. haha
Ikut arah jam : Nasi lemak sambal sotong, Mee kahwin, Nasi lemak sambal kerang dan Ketupat.


Close up makanan-makanan.




Selepas beberapa ketika, semuanya pun licin licau. Pinggan mee kahwin orangnya dah ambik.
Tapi memang sedap lah mee kahwin tu.
Rasa nak repeat lagi.
Semua yang diorder sedap.
Mula-mula orang kedai nasi lemak macam tak percaya kami order 3 pinggan makanan, tapi dia tak tahu yang kami order mee lagi sepinggan.
Kahkah


Tu view stall nasi lemak dari dalam kedai.


Process mengambil makanan efficient dan teratur.


Ha nampak tak orang queue dekat stall nasi lemak ni?



Senang je cari kedai ni, waze mesti jumpa.
 Restoran ni nama Cina tapi dalam nya stalls orang Islam ye kawan-kawan.
Cuma air disediakan oleh Taukeh.
Kalau rasa was-was boleh order air tin atau air kotak.


Ada jugak stall roti canai tapi tak lah order sebab dekat Pasir Gudang pun ada roti canai.


Betul-betul depan Kampung Portugis. Dekat traffic light. Ni view dari dalam kedai.


Ni jumpa motor besar, lalu mintak izin ambik gambar.
Sekarang Faqih memang hantu motor besar.


Perut kenyang, suka hati. Balik hotel, mandi swimming pool, siap-siap untuk checkout.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...