* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label diy projects. Show all posts
Showing posts with label diy projects. Show all posts

December 1, 2015

Solemnization.

 
Nikah.
10.11.12.
 
Banyak yang DIY masa nikah ni, tudung tu, veil tu, bunga tu, kasut tu dan jugak pelamin.
Hasil dari semua yang membantu.
Hantaran sewa je sebab takut nanti buang je hiasan tu semua lepas majlis.
 
Dalam gambar-gambar ni, ada 2 yang telah meninggalkan alam dunia ni.
Al-Fatihah.


 


 






 




 









 








 
 
 
 
♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

September 18, 2015

DIY - Bird's Eating Platform

 Yeah! 

Ini adalah DIY project yang telah dijalankan oleh Daddy ku yang hensem , Mr Sallehuddin.

Walaupun post ini SEPATUTNYA di buat lamaaaa dahulu, yeah you know how sometimes blogger tak ada feeling nak menaip, akhirnya berjaya juga jari jemari gemuk ini menaip.

HAHA.

So, dekat rumah di Batu Pahat, kami memang selalu menerima kunjungan burung-burung yang kelaparan. Bermula dengan meletakkan buah-buahan di atas kayu, my brilliant dad came with this idea untuk menukarkan sebatang pokok kepada platform untuk burung makan dan lepak.

Siap ada tempat mandi burung ok.




So what you will need are :

  • Kayu pallet (easier since dia dah ada frame sendiri)
  • Pengumpil kayu (or besi i guess)
  • Tukul besi
  • Benang (pergi hardware cakap nak benang untuk tandakan letak simen)
 Cara-caranya ialah :
  
  1. Ukur dan tandakan tempat yang anda ingin letakkan platform tersebut. Gunakan benang yang anda beli dari hardware store tadi. 



 
    2. Kemudian letakkan kayu pallet di sekeliling pokok anda (teknik mungkin berbeza untuk setiap 
        pokok)




      3. Once anda dah ada tapak, time untuk kemaskan platfrom tersebut dengan kayu-kayu supaya 
          platform ini tidak mempunyai lubang dan burung boleh makan dan lepak dengan gembira.



 Okay dah siap! My dad siapkan satu tempat untuk gantung buah-buahan seperti sesikat pisang.



Since burung-burung takkan datang bila ada manusia berhampiran, so gambar ini di snap dari parking area sahaja.

Watching birds makan dan melepak dan even "mandi" dekat situ merupakan pemandangan yang paling seronok.

Apa lagi? 
Jom cuba!


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

June 10, 2015

New Blog Header




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

July 27, 2013

Special dedication to my BFF :)

 
Post ini didedikasikan buat kawan baik saya, Nurhafizah aka Tad…

Nak tahu tak? Saya kenal dia dari tingkatan empat masa sekolah teknik dulu…
Kami satu dorm… dia dorm mate yang pertama saya jumpa…

Lepas sekolah kami sambung belajar di tempat yang berbeza…
Contact pun dah agak jarang…
Masa tu facebook,twitter, whatsapp dan sebagainya bukan lah macam sekarang…

Tapi, masa dia Latihan Industri, dia praktikal dekat company yang saya kerja masa itu…

Dan masa saya nak kahwin, dengan kelam kabut buat preparations, dia lah peneman setia saya tau…
Dia jugak merupakan pengapit ketika majlis saya…
Lagi beberapa hari nak kahwin, dia datang rumah saya… tolong siap-siap (kemas lagi betul kot) bilik pengantin…

Nasiblah saya dapat kawan yang rajin, buat kerja super pantas dan baik hati ni…
Masa hari nikah dan sanding, dia lagi busy dari saya… pastikan semuanya ok…
Kesian dia kepenatan tapi tak de pun dia mengeluh…

Sekarang dia masih lagi kawan baik saya, tiba masa saya pulak tolong dia :D
Happy dan excited tau! yeayy

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan :

Dear Tad, thanks for always being there for me…
Mintak maaf banyak-banyak kalau selalu buat ko marah…
walaupun kita sama-sama ikut perasaan je, ko tetap melayan…ko sentiasa ikut walaupun aku sentiasa ajak ko gi KSL…haha…
takziah atas kehilangan ayahanda ko… aku mintak maaf sebab aku lambat sangat dapat information tu…
aku doakan ko berbahagia dunia akhirat tau? Tak mau lah marah ke sedih ke…
lepas ni entah dapat tak lepak macam dulu-dulu… mane nak pergi kita bantai je…
ni dua-dua busy kerja, mungkin nanti kita lepak dengan bertambah jumlah orang… hehe…
moga kita berkawan sampai mati… insyallah.



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,
ketawariang

March 1, 2013

DIY - Bunga rewang

haha nama projek : bunga rewang... very village gtu ahaks...
x ingat la nama dia ape... tu yg main letak je...

This is one of my DIY projects masa wedding haritu....
senang je nak buat benda ni lagipun lepas majlis boleh pakai....
entah lah x berapa berkenan dengan bunga-bunga yang selalu orang pakai masa kendarat...
so,kita gunakan kuasa sebagai pengantin utk decide ape ptt orang kendarat pakai! ahhaha



jumpe step ni dekat internet, malangnya handphone rosak, ni je lah gambar yang dapat diselamatkan...

Barang yang diperlukan :
1. Butang - 2 jenis saiz sebab yang dekat tengah-tengah tu besar... setiap bunga perlukan 5 butang kecil...
2. Gam UHU/hot glue gun
3. Pin - boleh tanya kedai jahit, tapi sebelum beli sesuaikan dengan saiz butang

okay tu je barang yang diperlukan, so sekarang setepnya ialah :
1. Susun butang-butang untuk menjadi bentuk daun (saiz bunga bergantung pada saiz butang yang dibeli)
2. Gam keliling butang yang besar
3. Lekatkan pada kelopak tadi
4. Tunggu kering
5. Dah confirm kering baru lekatkan pin pada bunga yang dah siap tu. Untuk aritu i letak pin dekat tengah2...but it's up to you whether nak letak tengah-tengah or atas sikit
6. tadaaaa.siap!




proses pengeringan "bunga"... orange for boys, purple for girls..



okay bunga ni memang xde duit... sebab duit diberi asing... yelah nama pun nak benda ni boleh dipakai semula kemudian hari kan...

okay nanti share DIY projects lain!

taaaaaa~



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...