* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

April 22, 2016

Kek Karamel Coklat

Memang hantu betul dekat kek karamel ni tau.
Sebelum-sebelum ni beli je, tak pandai buat sendiri sebab tak ada mixer dan oven.

Tapi jumpa resipi kat Facebook, senang je buat benda ni.
Takde mixer pun tak pe.
Kukus je lagi senang.




Kejadian kek ni memang best tapi dia lembab sangat so dah macam soggy.
Untuk first trial boleh kira success lah.
Lepas ni kena alter sikit.
Rupanya masa terbalikkan kek, kena tekap air gula yang melimpah tu cepat-cepat.
so dia tak masuk dalam kek.

Ni resipi dan step, tq puan memberi resipi ni. Ikot je mesti jadi.
Baca Bismillah jangan lupa.





♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

July 25, 2013

Laksa Sarawak


Percubaan pertama nak masak laksa Sarawak…. Teringin nak makan tapi tak de pulak kemampuan nak ke sana dalam masa terdekat…

Pes laksa dihantar oleh kawan dari Sarawak… tu surprise jugak tu tiba-tiba ada parcel atas meja.. tapi x ingat la pulak apa brand pes tu…



So,excited lah untuk mencari resipi, google sana sini and found this recipe…




Dah print,balik readykan benda-benda untuk masak… rupanya tak lah susah nak buat kuah dia…
Yang banyak kerja sikit nak buat condiments dia sebab dia ada macam-macam… but I enjoyed sepanjang proses ni… buat sorang-sorang tak mintak tolong husband pun…
So ini lah hasilnya… hehehe

Laksa Sarawak air tangan orang Johor…. hehe




♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

September 23, 2011

Garlic bread

ok entry yang lamaaaa dulu patutnya buat!

masa puasa aritu teringin nak makan garlic bread...

surf sana sini untuk dapatkan resipi garlic bread... padahal bukan x pernah buat...

hahaha....

so pergi shopping kat Tesco beli french loaf (selama ni pakai roti biase je)...

balik terus combine butter and barang-barang yang lain, sapu pada french loaf, bakar....

tadaaaa!!

siap.... :)

resipi (x ingat ceduk dari mana)

french loaf secukupnya (depends on tukang makan)
butter (soften...bukan melted ok)
5 cloves of garlic (of course la kan?)
a bit of parsley

cara-cara bikin,

  1. crush or tumbuk or cincang garlic...terpulang pada anda nak macam mana ok...tapi better crush sikit sebab nanti garlic bread jadi smooth je...sedap...
  2. campur butter,garlic,parsley...
  • sapu pada french loaf... ok sini ada 2 methods...
first method

potong french loaf dalam sejengkal,then slice roti tu... tapi jangan sampai putus ok...then sapu garlic spread tu di antara celah-celah hirisan... lagi banyak spread lagi sedap... huhu
kemudian balut dengan aluminium foil...bakar....

second method
potong french loaf,belah dua (memanjang)...spread garlic spread tu... then bakar...

3. bakar di dalam oven bursuhu 150 darjah selama 15 minit... :D

siap!

sesuai dimakan bersama mushroon soup (beli campbell's je)

makan panas-panas...

tengok proses ni....

1st method's process..


see perbezaan dua-dua jenis ni bila dibakar?


hasil dari 2nd method... :)
dia jadi garing..
i potong to small slices...senang nak makan...

fuhhhh pizza hut punya garlic bread! haha

ok beza antara dua methods ni,

1st = lembab-lembab
2nd = garing

so nak buat tu pilih nak yang method mana ok... i prefer the 1st one sebab garlic bread pizza hut mahal and dah x sedap.... huhu

btw garlic bread ni dimakan bersama soup and fish and chips!

yang i made myself ok... :)

see?? nice x? haha gila puji diri sendiri...

i made the fish fillet myself...

here's the recipe..

ikan dorry (fillet)
tepung
telur (buat telur dadar)
breadcrumbs (golden colour)

celup ikan dorry dalam tepung then celup dalam telur...
golekkan pada breadcrumbs... golek-golek sampai tutup semua..

goreng dalan minyak banyak... deep fried...
proses ni kena sabar sebab ikan ni masak lambat...
yang penting jangan hangus! hehe

tambah dengan fries and letak tartar sauce...
planned nak buat sendiri tartar sauce tapi x sempat...so bot lady's choice's... :)


cuba buat ok... :D

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

August 18, 2011

Makaroni Bakar


Dah buat makaroni ni sebelum puasa aritu....
lepas tengok resipi ni...

sedap...cuma sebab sos spaghetti salah beli...makaroni jadi macam berkuah pulak....
so makaroni dia not-so-stick-together...

resipi dapat dari sini....

boleh tengok...very the easy one... muahaha

cuma budget tinggi sikit la sebab nak beli cheese tu...

tapi serius worth trying!!! :)

enjoy gambar je la ye...


colour pale sebab sos spaghetti yang cair...


dah tabur parmesan cheese


tada!!! sedap ok...sedap....

ok,i akui cheese dia ireng sikit...ha keluar bahasa jawa...
sebab kat resipi kata "hingga cheese kuning"... ha amik....sampai kerentungan dah... haha

masa slice tu x sempat ambil gambar...

♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥

Luv,

ketawariang

February 12, 2011

Simple and easy caramel pudding

Woah! teringin sangat nak makan caramel pudding tadi....
surfed few recipes on the net...
so ni ape yang aku dapat while surfing just now...
combinations of few recipes untuk memudahkan kerja... huhu


Simple and easy caramel pudding

bahan-bahan gula hangus :
Gula -3 senduk
air - sedikit (hanya untuk melarutkan gula and memudahkan proses memasak)

bahan-bahan puding :
telur Gred B - 8 biji
Susu cair - setengah tin
Gula pasir - 200 gram
air - setengah tin susu cair
sedikit esen vanila

  1. sediakan gula hangus. untuk menyediakan gula hangus, campurkan gula dan air di dalam kuali, gunakan api yang sederhana, kacau sehingga gula menjadi keperangan dan pekat (seperti gula tarik). *gunakan senduk besi atau sudip besi dalam proses ini*
  2. Tuang gula hangus di dalam loyang dan ratakan sehingga melutupi seluruh permukaan loyang.
  3. sediakan puding.
  4. pukul telur bersama gula sehingga sebati. proses ini hendaklah dilakukan dengan perlahan agar telur tidak berbuih atau puding akan masak dengan berlubang-lubang kecil.
  5. setelah telur dan gula sebati, masukkan susu cair, esen vanila, dan air... kacau semula dengan perlahan sehingga semua bahan sebati.
  6. sediakan pengukus. tuang adunan puding ke dalam loyang yang telah diisi dengan gula hangus dan kukus dalam 25 minit atau sehingga masak *tips untuk mengetahui tahap "kemasakan" puding, cucuk garfu ke dalam puding, puding telah masak sekiranya ia menjadi seperti agar2*
mungkin boleh dijadikan sebagai minum petang hari ni... :D

Selamat Mencuba!

January 2, 2011

Siakap stim recipe (Chinese style)

Masakan orang yang x rajin... sebab nak masak dia sangat simple.. hehe
cuma perlu ke pasar untuk membeli ikan...

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap
1/2 bahagian sawi jeruk
beberapa biji Salted Plum
1 biji bawang
1 ulas bawang putih
1 inci halia
garam secukup rasa
air masak (mengikut citarasa)

  1. Sediakan tempat mengukus. Didihkan air. boleh gunakan periuk ataupun kuali.
  2. Hiris bawang, bawang putih, halia dan sawi jeruk
  3. Susun ikan di dalam pinggan yang ingin digunakan (digalakkan pinggan sedikit melengkung untuk kuah)
  4. Susun bahan-bahan yang dihiris tadi di dalam pinggan, lumurkan jua di atas ikan
  5. Ambil salted plum beberapa biji dan penyekkan, letak di dalam pinggan
  6. Taburkan sedikit garam di dalam pinggan
  7. Tuangkan air masak mengikut citarasa (jangan guna air paip sebab air di dalam pinggan x akan mendidih)
  8. Letakkan pinggan ikan di dalam tempat mengukus, kukus selama 15 minit atau sehingga masak (cucuk ikan guna garfu untuk pastikan isi masak atau tidak)
  9. Sedia untuk dihidangkan... lebih enak dimakan ketika panas2...

Sawi jeruk yang dihiris
Bahan-bahan yang dihiris disusun di dalam pinggan

Salted plum (lebih senang dicari di kedai runcit Cina)
Salted plum


Sebelum dimasukkan ke dalam tempat pengukus
Dah siap! *warna ikan dan kuah akan berubah*
Close-up

CUBALAH! :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...