* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

October 25, 2016

Majlis Konvokesyen Muhd Al-Fatih

Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan kegigihan adikku ini, akhirnya berkonvo pada September lepas.
Disebabkan Kolej Komuniti bergabung untuk sesi konvo, maka kami semua ke Melaka.
Dari pagi bukan main awal lagi bangun untuk ke UTeM ni ha oi.
Sekali turn Kolej Komuniti Batu Pahat bukan main jauh lagi. HAHA.

Sempat lah lari kejap ke tapak pesta untuk breakfast.
Dah balik khemah pun still long way to go.
Tapi! Masa tengah gelak ketawa segala, tergerak nak tanya barisan konvo yang tengah tunggu turn, rupanya KK Batu Pahat dah masuk dewan!

Hamik ko kelam kabut tengok tv kat dalam khemah, betul-betul turn budak hensem ni.

Cuma jerit "eh adik, adik" HAHAHA










Maka lepas konvo tu pergi lunch sebelah hotel, apa nama hotel tu dah tak ingat dah.
Mandi dan checkout.
Then sesi berjalan ke sana ke mari.

We decided to go to Kota A Famosa untuk round-round keliling.



Selipar merah dah dihumban dalam tong oleh encik husband sebab dah 'sengih' sangat dan handbag tu pun dah tak de lagi dah. Masa tu selamba berjalan dengan satu tali beg je haha.

Yang duduk wheelchair tu mengada-ngada malas nak jalan lepas tu ketawa bila abangnya tak nak tolak.









Lepas tu minum kopi dekat Kopi 13 negeri lalu masing-masing pun mengikut haluan masing-masing.

Missing my second sister yang kini mengajar di Bintulu.



♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!


 Love, #ketawariang

March 11, 2016

Melaka Trip - Compilation

Phewwww!
After berbelas post, akhirnya siap jugak posts pasal Melaka ni.

Ni full compilation untuk trip haritu. 

Pergi 4 hari 3 malam (07 - 10 Januari 2016).

Semua post ada LINK, just halakan cursor ke setiap nama tempat.

Day 1
Breakfast dekat Kambing 40 hari
Ambik gambar dekat 3D Art Museum
Lunch asam pedas dekat Hajah Rahmah
Check-in Bayou Lagoon
Dinner Qasreena Cafe

Day 2
Melawat Zoo Melaka
Lunch bola bola nasi ayam Ee Ji Ban
Check-in Hotel Angsana
Dinner roti nan gebus Pak Putra Roti Naan

Day 3
Breakfast Mee Bodo Hassan
Sambung makan dekat Sebelah Stadium Tun Fatimah
Jalan-jalan pusing muzium
Lunch dekat Ayam Bakar Wong Solo
Check-in Hotel Equatorial
Dinner dekat Asam Pedas Kota Laksamana
Minum kopi dekat Calanthe Art Cafe

Day 4
Breakfast Nasi Lemak Kampung Portugis
Naik beca dekat Menara Taming Sari
Minum cendol durian Jonker 88
Basahkan tekak dengan Klebang Coconut Shake

Dan Alhamdulillah, semua perbelanjaan tak lebih RM 500.00 untuk enter semua tempat termasuk minyak dan tol dan jugak makan.
Itu pun banyak tempat tak worth it untuk enter kitorang tak pergi.
Hotel-hotel booked dari awal, total RM 600 macam tu untuk tiga malam.

Dalam list kat atas dah ada tempat yang nak revisit. hehehe.
Untuk tidur dan jugak untuk makan semestinya.

Tahun depan mungkin ke arah Pantai timur kot. Tengok pada keadaan.




♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 26, 2016

Coconut Shake Klebang, Melaka

Okay ni post agak sendu sebab gambar dua keping je!
Malas nak snap sebab panas.
Selalu singgah sini kalau datang Melaka, tapi kali ni first time dine in.
Selama ni tapau je.

Mula-mula nak gi beli kuih keria tapi sebab baru jugak makan, maka cancel. 
Terus ke Klebang.


Kat sini ambik kuih and makanan self service.
Masa nak bayar, cakap kat dia nak berapa coconut shake.
Nanti lepas bayar, letak resit atas meja korang dan akan ada waiter yang hantar air tu ikut resit.

Tolong tunggu sebab kedai ramai gila orang.
Ada meja sebelah ni bising memekak cakap servis lambat lah siap marah-marah lagi.
Oh mai, kedai penuh oi. Orang yang bawak shake tu ke hulu ke hilir.
Fikir lah sikit.
Kalau dia duk goyang kaki main handphone ko nak jerit segala, baru lah betul.




Siap semua tu, balik lah ke Pasir Gudang nan tercinta. Tu Faqih pakai baju baru beli few days before. 



♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 25, 2016

Jonker 88, Melaka

Jonker 88, dessert house yang tak sempat nak pergi trip sebelum ni.
Maklumlah semua pun rush kan.
So kali ni, lepas naik beca tu, kami pun berdondang sayang ke Jonker Walk ni.
Waze je akan jumpa tempat ni ya.
Special kat sini ialah Baba Laksa dia dan ada macam-macam jenis laksa.
Saiz pun ada yang double untuk big eater kan.
Dapat meja, terus beratur. Kat sini self service ya kawan-kawan.
Jangan sampai kedai terus excited nak makan tanpa memikirkan mana nak duduk.




Cendol order tempat lain, laksa tempat lain tapi dia berdepan je.

Tak lama menunggu sebab diorang buat kerja laju. Dinasihatkan masa beratur dah fikir siap-siap nak makan or minum apa.



Order cendol durian dengan abc kalau tak silap tapi dua-dua nampak sama je kan.
Haha
Yang durian sumpah sedap. Mungkin sebab crave sangat masa tu, maka semua pun sedap.



Baba Laksa dia like OMG sangat lah sedap, Dengan tauhu pok dia tu. Aduhai aduhai.
Terbayang lagi sampai sekarang.

Ini kedai orang bukan Islam ye kawan-kawan.
Sebelum datang sini dah baca segala reviews and tengok kedai dia dulu sebelum beli.

So lepas minum and makan, kami pun berangkat ke destinasi terakhir sebelum balik ke Pasir Gudang, Klebang Coconut Shake.




♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 23, 2016

Mari Berbeca!

Mulanya nak naik Menara Taming Sari tapi harga macam tak logik.
Lagipun kan tidur kat tingkat 22, kiranya dah nampak dah pemandangan Melaka dari tempat tinggi.
Haha.

So kitorang pun decide untuk naik beca. Malam haritu nak naik tapi umat manusia terlalu ramai.
Maklumlah weekend kan.

Bila tanya, RM 35 kot rasanya. Ampun hakak dah lupa.
Dia bawak pergi small route. Naik Afamosa, pusing depan Muzium Samudera dan berhenti kat Taming Sari tu semula. Siap bagi waktu untuk berhenti ambik gambar segala.
Mula-mula serba salah nak hira pakcik ni. Yes pakcik okay. Pastu dia kata takpe boleh je.
Like boleh je dia bawak orang-orang gemuk haha.
Dia siap snapkan gambar lagi.
Ha tengok ultraman cucuk hidung kakaka



Selfie dalam beca itu mesti lah kan.


Ambik gambar guna tripod. Set, lari, snap.
Rupanya ada gambar yang blur kahkah.
Maka panas kot takkan nak stay lama-lama.









Nak loncat tapi tak jadi pulak gambarnye.


Selfie dengan pakcik beca yang cool je. Tengok tu dia rilek je bawak kitorang yang tembam ni. Eh.
So korang boleh cari dia tau. Dia bawak Ultraman punya beca dan ada kat area Taming Sari. Nanti kirim salam eh dekat dia.


Okay akhiri dengan sekeping gambar terbang.



♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 22, 2016

Nasi Lemak Kampung Portugis

Makanya pagi tu keluar ke Kampung Portugis sebab nak cari nasi lemak selalu Mummy bawak gi makan setiap kali ke Melaka.
Haritu pergi tutup pulak.
So kali ni Alhamdulillah dia bukak.
Sampai je terus mengusha ape yang nak diorder. Dia cakap self service so kita keliling stalls dalam ni.
Tengok ada mee kahwin. Order sepinggan.
Kan food hunting, rugi la tak makan makanan yang rare.


Selfie dulu, Muka semua tak mandi haha.


 Eh ada jugak selfie dua beranak ni.


So ini kami order untuk 2 orang makan. haha
Ikut arah jam : Nasi lemak sambal sotong, Mee kahwin, Nasi lemak sambal kerang dan Ketupat.


Close up makanan-makanan.




Selepas beberapa ketika, semuanya pun licin licau. Pinggan mee kahwin orangnya dah ambik.
Tapi memang sedap lah mee kahwin tu.
Rasa nak repeat lagi.
Semua yang diorder sedap.
Mula-mula orang kedai nasi lemak macam tak percaya kami order 3 pinggan makanan, tapi dia tak tahu yang kami order mee lagi sepinggan.
Kahkah


Tu view stall nasi lemak dari dalam kedai.


Process mengambil makanan efficient dan teratur.


Ha nampak tak orang queue dekat stall nasi lemak ni?



Senang je cari kedai ni, waze mesti jumpa.
 Restoran ni nama Cina tapi dalam nya stalls orang Islam ye kawan-kawan.
Cuma air disediakan oleh Taukeh.
Kalau rasa was-was boleh order air tin atau air kotak.


Ada jugak stall roti canai tapi tak lah order sebab dekat Pasir Gudang pun ada roti canai.


Betul-betul depan Kampung Portugis. Dekat traffic light. Ni view dari dalam kedai.


Ni jumpa motor besar, lalu mintak izin ambik gambar.
Sekarang Faqih memang hantu motor besar.


Perut kenyang, suka hati. Balik hotel, mandi swimming pool, siap-siap untuk checkout.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

February 19, 2016

Calanthe Art Cafe

Lepas dinner nak pergi naik cruise tapi entah kenapa waze buat hal so last-last pergi Jonker Walk je.
Sampai sana berpusing jugak cari parking tapi dapat spot dekat dengan entrance.
Okay Jonker Walk memang ramai penjual street snacks.
Tapi beware, nak dapat yang halal memang payah.
Telan air liur je tak beli apa-apa.

ada dancing apa tah dekat tengah-tengah tu so stop kejap tengok.
Bestnya.


Dah sampai hujung nampak kedai ni, dia ada jual ice cream durian.
Lalu sangat tempting perasaan ni.
Pergi tanya owner halal ke tak, dia cakap Halal. siap tunjuk sijil.
Lah kenapa tak tunjuk dekat luar kedai.



Maka beli aiskrim durian satu. Kejap je licin. Beli lagi satu.
Faqih pun suka makan.

Pusing jonker walk, minum kopi dekat kedai yang serve 13 negeri punya coffee.
Last time pergi tengah rush tak sempat singgah sini.


Ingatkan nak try menu nyonya tapi tak de yang menarik minat.
So kita minum air je basahkan tekak.




Drinks yang dipilih ialah kopi Melaka dan Perak.
Bagi aku kopi memang rasa sama je ahaha
tapi dia cakap Melaka punya less acidic tu yang aku order kopi Melaka.


Suasana kedai ni sempoi, deco pun simple je. Seatings dia pun banyak.
Tapi mata dah berat, maka tak stay lama dekat situ.
Masa bayar cashier bagi gula-gula kopi.


♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...