* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

June 8, 2017

Adik Beradik







♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

June 7, 2017

5 months! Welcome baby!

Fuh 5 months without any posts.

Maap ler hakak beranak dua memang busy sikit. LOL

Alhamdulillah diberi rezeki untuk melahirkan seorang puteri yang dinamakan Syifa Fatanah binti Saiful Bahri.
Lahir pada 4 Februari 2017 jam 1.11 pagi.

Pengalaman kali ni memang extreme sebab kena induce.
Semuanya kerana I am on GDM (Diabetes) and tak boleh overdue.

Pagi-pagi serah diri dekat Hospital Sultan Ismail, JB untuk induce tapi selepas discan-scan, baby's weigh dianggarkan 4.1kg!

So they did some talking and i went out from bilik saringan to discuss with encik suami.
Two options were given : Beranak normal or operation
Long story short  we decided untuk beranak thru normal process.
Czer will be the final resort if anything happen.

Masa tu memang tawakal habis, berdoa banyak-banyak biarlah baby ni keluar 1 kali induce je.
Sebab a few friends induce few times then finally kena operate jugak.
Jangan lah kena operate, jangan jangan.

Contractions started ngam-ngam satu jam lepas induce tu.
Woah mula-mula slow tapi tapi tapi, muka hakak lama-lama dah makin biru.
HAHAHA tu bohong.

Selepas contractions makin kuat sampai akak mintak adik bawak balik Faqih masa melawat yang belah petang, akak decide untuk masuk Labour room.
Banyak lah ko yang decide.
Doctor yang decide. Tapi sebelum tu tunggu dinner sampai.
Hujan selebat-lebat tidak, dinner sampai 7.30pm kot. Makan macam vacuum cleaner dah.
Masuk telan masuk telan. Sebab nak energy.
Faqih tantrum dekat lobi hospital, mintak husband setel then terus naik atas untuk masuk LR.

8.30pm masuk labour room, doktor cakap 12.30am tak beranak, diorang bagi induce drip (my cousin told me sakit yang tu lagi dahsyat).
Alhamdulillah after LOTS of screaming masa contractions tu, seorang baby pun lahir in the middle of the night dengan berat sebanyak 3.79kg.

Kali ni husband dapat teman sampai beranak sebab masa Saiful Faqih dulu dia kena keluar 5 minit sebelum bersalin sebab vacuum.

Thanks a lot dekat bidan yang tabah melayan aku macam-macam perangai masa nak bersalin.
Kebetulan nama sama FATIHAH. Sungguh dia banyak tolong aku dari segala segi.
Terima kasih jugak dekat doktor-doktor dan nurses lain yang datang bagi semangat untuk beranak.

Nah budak baru keluar oven.




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

January 5, 2017

Corat Coret

Tiba-tiba dah tahun baru. Kejap je dah masuk 2017 kan.

Kita recap sikit 2016 :

Januari
- Family holiday kat Melaka. Plan nak buat tiap-tiap tahun tapi tahun ni kena postpone

Februari
- Terima sepupu baru

Rasanya ingat yang tu je. HAHA
banyak wayar putus ni.

Kita lompat sikit

Jun
- Bulan puasa paling dahsyat. Puasa 5 hari je. Tak boleh makan langsung, mampu teguk air je.


Julai
- Ada heartbeat baru dalam rahim alhamdulillah

Ogos/September/Oktober/November/Disember
- Bermula lah episod mabuk-mabuk, checkup dan tak boleh makan.
- Scan dua kali dah. Gender? Jeng jeng jeng.
- Akhirnya pada minggu ke 33 kehamilan, baru dapat makan nasi dengan sempurna. Sebelum ni menahan rasa bila makan nasi.
- Dan jugak sesi bergambar yang berlambak-lambak haha






♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥

 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

October 21, 2016

ABC Song

To me, ini video paling bagus nak bagi Saiful Faqih tengok dan belajar.
Easy dan catchy.

Sumber : Youtube




♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

February 24, 2016

January 28, 2016

Ikea Shopping Spree!

Walaupun plan pergi KL ni agak last minute, tapi diri ini sempat menyiapkan list untuk bershopping dekat Ikea.
Almaklumlah Ikea tu beratus kilometer dari rumah haha.

So pagi the next day meredah (lah sangat) highway untuk ke Ikea Damansara,
Sampai sana Hubby breakfast dulu sebab dia tak sempat makan sebab bangun lambat! haha
Gambar dekat food court tak snap pun sebab Faqih menumpahkan semangkuk sup.
So handphone memang tak pegang dah.

                                       

Akhirnya enter Ikea pukul 11.00 pagi dan mula la menjelajah showroom dia.
ke sana ke mari dan perut pun lapar, maka stop makan dulu.
dan semestinya kena makan meatballs dia kan dan semestinya kena snap gambar kahkah


Alhamdulillah kenyang dan turun ke bawah untuk ambik barang-barang yang di listkan sebelum bertolak dan yang tertambah masa usha showroom haha

Sadly gambar-gambar barang tangkapan hilang. Mungkin terdelete masa format phone haritu lupa back up.

Yang tinggal gambar masa beratur je.
Ni pergi Ikea Damansara pun beratur hazab jugak menunggu.
Faqih tidur masa lepas makan tu so Husband duduk dokong dia.
Masa nak bayar baru dia join us.



Lalu terus pulang ke Ukay Perdana pukul 6 macam tu sebab semua dah flat especially my SIL yang pregnant tu kesian dia lama tunggu kami bershopping.
Bila duit dah habis shopping harus ambik gambar sedih.






♥ Share post ni dekat keluarga, rakan, sahabat handai tau ♥

Love,
ketawariang

January 25, 2016

Hospital Kuala Lumpur

Seminggu lepas Krismas pergi Kuala Lumpur nak visit uncle husband yang cancer.
Ambik cuti masa 1 Januari sebab Johor tak cuti, 31 Disember tengah malam sampai Putrajaya.

Tidur pukul 3 pagi kot sebab Faqih dah segar sebab tidur lama sangat dari JB sampai Putrajaya.
Last-last dia tidur pukul berapa pun tak tahu sebab mak bapak dah lepak tidur krohh krohh

Lepas solat Jumaat baru bergerak ke HKL.
Sebelum turun ambik gambar dulu tapi entah kenapa Faqih pose macam tu.




Sampai bawah suruh ambik gambar dengan "Motor shanye".
sebenarnya ialah motor besarnya.
Tapi due kepelatan dia, jadilah motor shanye.
Faqih ni diajar dengan guna words betul bukan bahasa pelat macam contoh mamam, babam dan macam-macam lagi.
cuma ada dua perkataan je kot dia sebut pelat.
Yang lain alhamdulillah sebut betul.


Selfie dengan Mummy lepas puas hati dapat ambik gambar dengan motor besar.





Ha Ikea ni yang kat Cheras. Lalu masa on the way hospita.
Dah pujuk-pujuk husband nak singgah tapi hampa sebab dia cakap "kan esok nak pergi yang damansara punya".
Maka berkuburlah harapan haha.
Walaupun orang cakap Cheras ni ramai gila orang, nak jugak try pergi sebab few barang dalam list to ikea tak de dekat damansara,




Ni lepas melawat Pak Anjang my husband yang tengah dapatkan treatment untuk cancer.
Moga beliau cepat sembuh.

Nasib lah ada ambik gambar ni, kalau tak tak de sekeping pun gambar kita bersama kat KL mi.
Haha dah masing-masing busy dengan anak.




Kota batu. Feeling-feeling nak letak dalam instagram gitu.
Last-last tak letak pun.

Balik dari HKL pergi Pandan rumah Pak Andak husband, alang-alang dah ke KL kan bukan setiap hari ke sana.

Ni sepupu sebaya, beza 4 bulan je Dhia dengan Faqih.
Memang geng je la bila berjumpa.



Nanti cerita pasal Ikea pulak.

♥ Thank you sudi melawat blog ni ♥
Love,
ketawariang

January 20, 2016

January 13, 2016

November 23, 2015

Happy Birthday Mummy dan Saiful Faqih

Alkisahnya Mr Husband pergi company dia punya dinner last week.
Since tahun ni dia dapat award sebab dah bekerja 5 tahun, kami pun menanti-nanti lah apa agaknya yang dia dapat.

HAHA.

Dia balik je rumah (isteri dan anak tak boleh di bawa ke dinner tu hokeh.SENDU).
Katanya dapat voucher jam bernilai RM XXX. Okay lah dari takde kan?
Mula-mula expect voucher Jusco/Tesco, so berangan nak beli barang dapur banyak-banyak.
Sekarang kami mengamalkan menyimpan stok dekat rumah sebab kadang-kadang hari tak selalu cerah.
Nanti kita share pasal tu ye.

Then dia cakap dia dapat voucher Mydin Rm 200.00. Hah okay lah tu, dalam kepala dah rencana apa nak dibeli dekat Mydin. Sebab nak restock barang yang dah nak habis.

The next morning, terus pergi Plaza Angsana.. Sebab nak pergi redeem voucher jam tu.
Katanya voucher jam tu dihadiahkan ke isteri tercinta sebab belum beli hadiah birthday ini tahun.

Okay lah Husband, I ok jer.

Duduk kedai tu pilih semua jam warna pink, sebab memang nak ganti jam Adidas yang dia bagi dulu rosak.
Pilih punya pilih akhirnya dapat seutas jam yang menawan hati.



Nampak tak brand apa? haha. Memang Barbie punya brand. Yang penting ianya nampak sangat cool bila pakai dan orang tak fikir ciplak pasar malam punya.



.

Siap ada engraving Barbie lagi mak enon.

Dan anak handsome nak jugak seutas jam. So pilih lah seutas jam yang harga RM 30.00 itu pun dah habis pakai voucher beli my watch, kena tambah duit sikit. Kira hadiah birthday jugak lah. Kitorang share birthday bulan yang sama iaitu Oktober.

Bila dalam kereta tanya dia, "Where's your watch?"
Dan ini jawapan dia...



haaaaa

Lepas beli jam terus balik Pasir Gudang, sebab nak beli barang dapur dekat Mydin Taman Rinting.
Pilih, tambah, tolak, siap duduk kat scanner machine sebelum ke cashier untuk confirmkan harga.
Masa tu beli barang kena tambah RM 1.20 je rasanya, yang penting keperluan rumah dah stocked up.


Dah siap beli barang semua, mencari peluang untuk mengisi perut. Makan mihun sup daging yang sedap. Ok sedap.
Tu dalam troli adalah barang-barang yang dibeli tapi lupa nak snap gambar dari atas. Trust me, dengan RM 200.00 anda boleh dapat macam-macam dekat Mydin. Tapi apa pun jangan lupa banding harga dulu dengan tempat lain dan gunakan segala kupon yang ada.

Dan handsome akhirnya tidur dalam stroller yang kita pinjam dengan Mydin ni. Masa tu jam dah cabut dah dia bagi bapanya.





Perut kenyang hati girang, balik lah ke rumah. Sebelum tu singgah kedai gunting rambut dekat Bukit Dahlia sebab nak cantas sikit rambut. kahkah.

Siapa yang tengok rambut aku lepas gunting memang akan ketawa punya.
Adik-adik aku bantai gelak okeh.
Tapi tak pe, memang gaya tu yang aku nak pun. Dah jadi mak mak ni memang tak koser nak bela rambut berfesyen bagai.




So sebelum balik, laki bini selfie dulu.
Hoyeah.



 Ini belum celebration, Mr Husband cakap nanti celebrate kemudian... Sekali dengan anniversary... tunggguuuuu haahaha



♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

November 17, 2015

Little Red Cube - Nusajaya

Sesi jalan-jalan cari makan with beloved cousin Haban.

Since gambar makanan tak snap, kita share tempat yang kami pergi di antara JJCM itu.

We went to Little Red Cube yang ada Hello Kitty theme park tu.
Little Red Cube offer kerja back in 2012 tapi masa tu dah accept offer MMHE.
TRC siap counter offer MMHE lagi tapi Allah knows best.
I turned down the offer walaupun ada sedikit kecewa but again Allah knows best.

So berjalan-jalan lah kami di sana.
Masa ni pergi best sikit sebab ada festival apa tah so ada banyak kedai-kedai kecik dibukak dari atas sampai ke marina punya area.
1st time datang dulu krik krik je sebab tak pergi Hello Kitty park tu.






Sekadar bergambar sebab masa tu dah petang, rugi kalau masuk.
Lagipun harga tiket bukan murah.
haha

Then dekat marina ada orang buat servis giant bubble.
Memandangkan Faqih is into bubbles and balloons, haruslah beli set tu untuk dia kan.
RM 5.00 kot satu set belon tu.

 Mula-mula main dengan Aunty N tapi lepas tu main sendiri.
Excited betul tengok dia.

Alhamdulillah













♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

November 16, 2015

New baby

Haipppp bukan baby anak tau.

Tapi baby handphone baru haha.
Last year, husband belikan M2 Aqua masa anniversary sebab our phones dah hazab sangat.

Nak dijadikan kisah tak ada rezeki, I've lost his phone.
So in replacement, I gave him my phone (which now dah crack sebab hp terjatuh from my hand)

Maka bermula lah hidup pakai Oppo Joy.. Bayangkan dari Lenovo then Sony then Oppo.
So nak kena belajar balik handphone baru.
Sampai lah tak boleh tahan, beli handphone baru bulan ni.
Oppo dah tak boleh nak tampung my usage.
Dah dijual pun pada kawan husband.

So, welcome baby M4 Aqua.


*gambar ehsan Google*


Tu yang galak post gambar kat blog kahkah


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

November 13, 2015

Saiful Faqih

Beloved son throwback.

Time flies.

















♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...