Fuh 5 months without any posts.
Maap ler hakak beranak dua memang busy sikit. LOL
Alhamdulillah diberi rezeki untuk melahirkan seorang puteri yang dinamakan Syifa Fatanah binti Saiful Bahri.
Lahir pada 4 Februari 2017 jam 1.11 pagi.
Pengalaman kali ni memang extreme sebab kena induce.
Semuanya kerana I am on GDM (Diabetes) and tak boleh overdue.
Pagi-pagi serah diri dekat Hospital Sultan Ismail, JB untuk induce tapi selepas discan-scan, baby's weigh dianggarkan 4.1kg!
So they did some talking and i went out from bilik saringan to discuss with encik suami.
Two options were given : Beranak normal or operation
Long story short we decided untuk beranak thru normal process.
Czer will be the final resort if anything happen.
Masa tu memang tawakal habis, berdoa banyak-banyak biarlah baby ni keluar 1 kali induce je.
Sebab a few friends induce few times then finally kena operate jugak.
Jangan lah kena operate, jangan jangan.
Contractions started ngam-ngam satu jam lepas induce tu.
Woah mula-mula slow tapi tapi tapi, muka hakak lama-lama dah makin biru.
HAHAHA tu bohong.
Selepas contractions makin kuat sampai akak mintak adik bawak balik Faqih masa melawat yang belah petang, akak decide untuk masuk Labour room.
Banyak lah ko yang decide.
Doctor yang decide. Tapi sebelum tu tunggu dinner sampai.
Hujan selebat-lebat tidak, dinner sampai 7.30pm kot. Makan macam vacuum cleaner dah.
Masuk telan masuk telan. Sebab nak energy.
Faqih tantrum dekat lobi hospital, mintak husband setel then terus naik atas untuk masuk LR.
8.30pm masuk labour room, doktor cakap 12.30am tak beranak, diorang bagi induce drip (my cousin told me sakit yang tu lagi dahsyat).
Alhamdulillah after LOTS of screaming masa contractions tu, seorang baby pun lahir in the middle of the night dengan berat sebanyak 3.79kg.
Kali ni husband dapat teman sampai beranak sebab masa Saiful Faqih dulu dia kena keluar 5 minit sebelum bersalin sebab vacuum.
Thanks a lot dekat bidan yang tabah melayan aku macam-macam perangai masa nak bersalin.
Kebetulan nama sama FATIHAH. Sungguh dia banyak tolong aku dari segala segi.
Terima kasih jugak dekat doktor-doktor dan nurses lain yang datang bagi semangat untuk beranak.
Nah budak baru keluar oven.
♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥
Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!
Love,
#ketawariang